Wednesday, February 3, 2010

TETAP BERSAMA PASUKAN WALAU SIAPAPUN YANG MENTADBIR PASUKAN



Kisah ini harus dijadikan tauladan oleh semua Pihak didalam dunia ini. Jelas dan nyata dimana 3 laman web kelab penyokong dan sebuah laman web komuniti rasmi Persatuan bolasepak Perak tetap mengeluarkan artikel mengenai perkembangan pasukan Perak darul Ridzuan.Tahniah kepada yang mentadbir dan kepada ahli ahli yang terlibat kerana anda adalah yang terbaik demi sukan sanggup menggadai masa,menggadai wang dan tenaga demi penyokong penyokong diluar sana mendapat dan memiliki berita yang sewajarnya mereka ini terima.

Walaupun keempat empat laman web ini tidak mendapat sebarang imbuhan dari segi kewangan atau dari segi kepentingan didalam PAFA mereka tetap melakukannya demi maruah Negeri Perak terutamanya Persatuan Bolasepak Perak. Mereka sanggup melakukan kerja secara percuma agar penyokong penyokong yang kini sudah tidak lagi hadir kestadium disebabkan pemerintah PAFA adalah dari pihak yang digelar Pihak Pembangkang.

Sudah kuat untuk membuktikan bahawa mereka mereka ini telahpun mengetepikan segala hal mengenai politik dan mereka ini tetap menyayangi Pasukan Bolasepak Perak sepenuh hati.Contohnya seperti Seladang.net, tetap setia mengeluarkan artikel yang tepat mengenai perjalanan pasukan untuk dihebahkan kepada semua golongan, Yob4ever sentiasa mengeluarkan gambar gambar pasukan yang terkini untuk tatapan semua,Seladangfc.com pula sanggup menggadai wang mereka sendiri untuk membuat bena,dan membeli cenderamata untuk diberi kepada pemain terbaik pada setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Perak di laman sendiri dan apa yang membanggakan Silver State Ultras buat pertama kalinya menggangtungkan bena distadium buat pertama kalinya dan sambil menyanyi demi memeriahkan suasana stadium seperti diluar negara. Pihak sukanuntuksemua.blogspot.com mengucapkan Tahniah kerana sumbangan anda akan membawa kejayaan yang bermakna terhadap pasukan Perak dimata dunia terutamanya didalam negara kita yang tercinta.

Biar siapapun yang mentadbir kita sebagai penyokong haruslah terus memberi sokongan yang padu terhadap pasukan bukan terhadap parti politik.

No comments:

Post a Comment