Friday, January 29, 2010

PERKEMBANGAN YANG POSITIF

Kalau kita lihat musim 2009 dimana pasukan Perak dilatih oleh M.KARUTHU dan Raja AZlan Shah Raja Shoib,hampir keseluruhan adalah pemain pemain muda yang dipilih untuk bermain dalam pasukan Perak sehingga ada yang menggelar skuad SELADANG JR.Namun begitu pasukan ini mampu berada dalam kelompok sepuluh pasukan yang terbaik dan terus mengekalkan sebagai pasukan yang tidak pernah terkeluar dari kumpulan Liga Super(MSL).

Walaupun pemain pemain ini telah membuktikan kepada semua penyokong dan peminat bola sepak Perak bahawa mereka ini mampu meneruskan rentak kecemerlangan,masih ada yang bersuara sumbang menyatakan mereka mereka ini tidak layak untuk menjadi sebahagian pemain yang bertaraf Profesional,dan mereka mereka ini tiada tarikan penarik untuk menarik penyokong penyokong untuk hadir menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Perak.

Walaupun begitu,Mereka mereka ini tetap bersemangat meneruskan perjuangan untuk terus berjuang sehingga ke tiupan wisel penamat saingan.Ada segelintir individu mempertikaikan Kewibawaan M.Karuthu dan Raja Azlan Shah Raja Shoib kenapa tidak memilih beberapa pemain senior untuk diserapkan kedalam Pasukan sebagai tarikan kepada penyokong dan peminat untuk hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.
Persoalan sebegini hanya mampu untuk dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab.
Musim 2009 bukan sahaja ada yang mempertikaikan terhadap pemilihan pemain pemain,malah yang lebih mengemparkan apabila ada akhbar mengeluarkan artikel mengenai Rasuah yang melibatkan pemain pemain Perak.Sehinggakan pemain pemain yang dikenal pasti telahpun digantung sehingga tamatnya kontrak mereka ini. Bukan sahaja pemain pemain yang dikenal pasti menjual permainan digantung atau ditamatkan kontrak mereka ini,malah kerana masalah disiplin dan masalah prestasi turut dikenakan tindakan yang sama.Ini membuktikan bahawa jurulatih yang dipertanggungjawab menerajui pasukan bukan sahaja melatih pemain pemain tetapi menekankan tahap disiplin yang tinggi.Ini membuktikan kewibawaan mereka ini adalah yang terbaik kerana masih mampu menjalankan tugas yang baik walaupun berada diluar padang.

Musim 2010 kini tiba dan meninggalkan segala kenangan pahit dimusim 2009,dan menutup terus segala cerita lama. Raja Azlan Shah Raja Shoib kini dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan yang baru,dimana menggantikan M.karuthu yang telahpun bersara kerana ingin menumpukan sepenuhnya terhadap keluarga.Raja Azlan kini mengambil alih sebagai ketu jurulatih untuk musim 2010,perbagai musibah melanda pasukan sehingga jelas pasukan Perak hampir tidak layak untuk meneruskan saingan liga Super kerana masalah hutang piutang yang dilakukan oleh pemimpin yang lepas ketika dizaman pemerintahan Dato Muhyiddin.Namun Begitu beberapa pemain dari luar iaitu Fauzi Kasim dari Melaka, Khairul Izwan dari Perlis,Ariff Ismail dari Negeri Sembilan,Azmeer dari Proton fc,Wan Azwari dari Pahang,Sathia Kumar bekas pemain Perak ketika dizaman Tonni Netto dan bekas pemain senior skuad Perak iaitu K.Nanthakumar masih lagi sudi untuk berkhidmat dengan pasukan ini. Mereka mereka ini teramat yakin bahawa walau apapun yang terjadi pasukan Perak tetap akan terus mampu untuk berjuang dalam saingan musim 2010.

Kalau kita lihat dan kaji semula,seandainya pemain pemain dari luar ini mampu untuk yakin sedemikian rupa,kini penyokong penyokong pula tetap yakin pasukan Perak akan mampu membawa sekurang kurangnya 1 piala dibawa pulang kenegeri ini.Kini sudah ramai yang bersuara mereka mereka yang terpilih untuk menyarung jersi pasukan Perak adalah yang terbaik dari yang terbaik.Ini membuktikan bahawa penyokong penyokong sudah mula berubah dan menampakkan bahawa pemain pemain yang dulunya tidak langsung dipandang tetapi kini mereka mereka ini sudah menjadi bahan bualan disetiap bibir yang ada.

No comments:

Post a Comment