Monday, November 23, 2009

JAMIL INGIN BERTINDAK TANPA GUNA AKAL DAN FIKIRAN KURNIAAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN

Setelah Jamil dipecat dari perjawatan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Perak,Kini beliau Ingin Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Presiden Bola Sepak Perak.
Untuk pengetahuan Kepada Semua Pembaca Blog Ini,Perjawatan Yang Disandang Oleh Jamil Adalah Diatas Budi Bicara Presiden PAFA itu Sendiri.

Dasar yang Pertama membuatkan Presiden PAFA melantik Beliau menjadi Ahli Majlis Pafa Kerana Beliau Adalah Preiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak,Tujuan Yang utama Ingin mendakatkan Penyokong dan Peminat merapatkan hubungan dan mampu untuk berkongsi pendapat antara satu sama lain.

Dasar yang kedua Kerana beliau adalah kenalan rapat dengan adik Presiden PAFA iaitu en.Zaini.tetapi apa yang diharapkan hanyalah menjadi angan mat jenin,kerana Jamil telah melibatkan politik dalam arena sukan ini. Untuk pengetahuan kalian pembaca pembaca, ketika Dato Seri IR Haji Mohammad Nizar menjadi menteri Besar Perak Jamil mula bermain wayang sehinggakan kemana sahaja Dato Seri ada pasti si jamil yang tak sedar diri ini ada juga. Sampaikan kemasjid pun menjadi insan talam dua muka.

Monday, November 16, 2009

KEADAAN STADIUM IPOH BENAR BENAR MEMALUKAN SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK






Setelah tamatnya saingan liga tempatan,keadaan stadium Ipoh Perak tetap sama,tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
Apakah keadaan sebegini rupa mampu untuk menjadikan Stadium Ipoh Diiktiraf oleh AFC atau FIFA.Apabila Pasukan Perak Tidak membayar hutang MBI bertindak dengan begitu kejam terhadap pasukan Perak sehinggakan Pasukan tidak dibenarkan menjalani latihan distadium mahupun melakukan sebarang aktiviti didalam stadium.

Tetapi setelah hutang dibayar keadaan stadium Tetap Daif dan tidak ubah seperti padang padang yang berada disekitar Bandaraya Ipoh mahupun disekitar Bandaraya yang berada diMalaysia ini.

Tuesday, November 10, 2009

APA SUDAH JADI

Persoalan sebegini rupa menjadi tanda tanya didalam kepala setiap peminat dan penyokong bola sepak Perak. Apabila pasukan menghadapi masalah pasti Presiden Persatuan menjadi mangsa sepenuhnya. Tidak kita semua ketahui bahawa Timbalan Presiden, Setiausaha,Setiausaha Kehormat,Bendahari,Pengurus,Timbalan Pengurus dan Ahli majlis tertinggi juga mempunyai peranan yang teramat besar didalam pasukan.

Cuba kita lihat masalah yang menimpa PAFA disaat kini, Presiden Pafa kini mengambil alih tugas sebagai presiden tahun ini ketika Pafa dalam keadaan tenat untuk membayar hutang piutang yang ditanggung Pafa dari musim musim sebelum ini.Sewaktu Presiden Pafa kini berada menjadi kerajaan negeri Perak untuk berberapa bulan kesemua ahli majlis tertinggi Pafa termasuk timbalan Presiden dan kesemua pemegang jawatan mengharapkan kerajaan negeri mengambil alih tampok kepimpinan Pafa.

Tetapi baru sebulan Presiden Pafa mengambil alih tugas beliau bersama sama exco exco kerajaan negeri menghadapi masalah dalaman politik sehingga sukar untuk mereka memberi tumpuan yang terbaik terhadap Pasukan.

Dalam masa yang sama turut terlibat beberapa pemegang jawatan didalam Pafa cuba merancang sesuatu demi untuk kepentingan sendiri,dengan berbincang untuk membuat sesuatu agar pemegang jawatan Presiden pafa kini meletak jawatan dengan kadar segera.namun tindakan tersebut gagal kerana Presiden Pafa kini mampu membayar gaji kesemua permain dan pekerja tanpa ada tertunggak.

Namun begitu dengan kehadiran bekas penolong jurulatih dan bekas jurulatih penjaga gol musim lepas mula memasang satu strategi bersama sama presiden kelab peminat Bola Sepak Perak iaitu salah seorang ahli majlis tertinggi Pafa berpakat agar Presiden Pafa Kini harus meletak jawatan agar tampok kepimpinan Pafa kini mampu untuk diambil alih oleh kroni tertentu.

Dengan bantuan F.A.M yang membuat syarat agar setiap pasukan yang ingin bertanding dalam saingan liga tempatan musim hadapan harus membayar hutang KWSP pemain pemain,harus memiliki dana sebanyak rm 2.5 juta untuk liga super dan rm 1.5 juta untuk liga perdana,termasuk wang pendahuluan beberapa ratus ribu untuk diserahkan kepada F.A.M. ini membuatkan beberapa individu didalam PAFA rasa berpuas hati dengan syarat yang diletakkan oleh F.A.M. kerana rancangan beberapa dalang dan jalang hampir hampir berjaya.Bermula dengan riuhan didalam akhbar akhbar tempatan mengharapkan Presiden Pafa kini meletak jawatan dengan segera,termasuklah artikel yang dikeluarkan melalui timbalan presiden PAFA,Bekas timbalan Presiden Pafa dan salah seorang ahli majlis tertinggi Pafa yang sudah lupa diri.

Namun begitu walaupun heboh dengan kerap mengenai perkara tersebut,Presiden Pafa tetap mendiamkan diri agar dapat menyelesaikan sesuatu perkara tanpa diketahui oleh dalang dan jalang didalam pafa termasuk pihak media tertentu.

Disini kita semua dapat lihat betapa rumitnya masalah didalam Pasukan Perak iaitu Pafa dengan beberapa tindakan kurang siuman yang telah pun dilakukan oleh beberapa individu didalam Pafa, kalau difikirkan secara logik dan normal bukankah masalah sedemikian harus dipikul oleh semua pihak didalam Pafa. Bersama sama mencari dana dan penaja agar pasukan dapat berjalan secara aman dan tenang untuk menghadapi saingan mendatang.

Timbalan presiden kini harus menjadi contoh kepada semua agar ketepikan masalah dalaman dan bekerjasama dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini secara profesional,bukan menyuruh pihak tertentu meletak jawatan.Cadangan dari beberapa penyokong bola sepak Perak seandainya Presiden meletak jawatan diharapkan yang teramat sangat kesemua pemegang jawatan didalam Pafa juga turut menyertai beramai ramai meletak jawatan.