Tuesday, January 29, 2013

Jadual Liga F.A.M 2013





PAFA tiada kuasa


Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) tiada kuasa dalam kerja pembaikan terhadap Stadium Perak.
Begitulah jelas Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengenai rungutan peminat Seladang berikutan kelewatan kerja-kerja meningkatkan pencahayaan di stadium itu yang hingga kini masih belum bermula.

“Saya perlu jelaskan, Stadium Perak bukan milik PAFA. Ia di bawah selenggaraan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Justeru PAFA tidak boleh berbuat apa-apa kecuali berharap MBI menyegerakan kerja di stadium agar dapat digunakan pada April,” katanya.

Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri membuat penjelasan itu berikutan PAFA disalahkan peminat atas kelewatan yang berlaku termasuk menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut Zainol selaku Exco bertanggungjawab, beliau berjaya mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan kerja meningkatkan cahaya serta menaik taraf kemudahan asas di stadium itu.
“Apabila MBI memberitahu tiada dana, kerajaan negeri setuju membiayai kos melaksanakan kerja.

“Sepatutnya tidak ada masalah untuk memulakan kerja tapi hingga kini ia belum dimulakan.
“Mungkin ada prosedur dan peraturan kewangan yang perlu dipatuhi bagi mengelak berlaku tohmahan dan dakwaan terhadap pemberian tender kepada kontraktor.

“Apapun saya harap peminat bersabar. Seperti mereka PAFA juga mahu perlawanan Liga M diadakan semula di Stadium Perak dengan segera.” Berikutan penutupan stadium selama tiga bulan, semua lima perlawanan pusingan pertama Perak di tempat sendiri diadakan di Stadium TLDM, Lumut.

Namun dengan kelewatan kerja membaiki stadium itu kemungkinan Perak terpaksa terus menjadikan stadium di dalam pangkalan tentera laut itu sebagai gelanggangnya.
Petikan Dari Harian Metro

Monday, January 28, 2013

Rintihan Penyokong Perak 2013

Kini penghujung bulan januari 2013 hampir menjelma,.namun kerja kerja penambahbaikkan Stadium Perak masih lagi dalam selimut. Tiada sebarang tanda tanda kerja tersebut bermula,tiada sebarang peralatan untuk melaksanakan penambahbaikan diselruh pelusuk stadium.

Apakah ini petanda bahawa penyokong setia Perak terpaksa mengharungi kira kira 90 km dari Bandar Meru raya Ipoh untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan Pasukan Perak setiap kali perlawanan di Negeri Perak sehingga ke penghujung musim. atau sehingga tibanya kiamat...???Adakah ini petanda bahawa pihak MBI tidak mampu untuk melaksanakan tugasan penambahbaikkan kerana duit didalam kantong sudah habis atau terpaksa menyimpan akibat akan terpaksa melaksanakan penambah baikkan yang tiada sebarang kerosakkan di stadium hoki.atau ingin membeli pokok dan menambah lampu disekitar bandaraya ipoh lagi dan terpaksa mengetepikan penambahbaikkan distadium Perak.....

Wahai pihak bijaksana yang tertinggi M.B.I tidakkah anda merasa malu dengan pihak pengurusan stadium dinegeri pembangkang iaitu Kelantan, stadium mereka memiliki tahap pencahayaan lampu limpah sehingga 2000 lux iaitu standard F.I.F.A, sedangkan stadium Perak hanya mampu mencapai tahap pencahayaan 964 lux.ianya tidak mencapai piawaian atau K.P.I yang diletakkan oleh F.A.M.
Tidakkah pihak anda malu dengan pihak pengurusan Stadium Lumut mampu mencapai tahap pencahayaan 1700 Lux ianya telah melepasi standard A.F.C. kami rakyat negeri Perak terasa amat terhina kerana memiliki barisan pemain muda yang sangat berkualti,memiliki pasukan yang sangat dibanggakan dan memiliki rekod pasukan yang sangat mengagumkan namun amat amat amat terhina kerana memiliki barisan pengurusan majlis bandaraya yang menjelikkan.

Bukan sahaja memiliki keadaan lampu limpah setaraf  Padang Ipoh malah memiliki kualtii tandas yang uzur,memiliki keadaan keliling stadium yang berkarat,memiliki keadaan padang bola sepak bertaraf padang mainan kanak kanak,memiliki pembesar suara taraf pusat karaoke RM1 satu lagu dan memiliki cat stadium bertaraf rumah setinggan.Adakah suara rayat negeri Perak tidak lagi dihiraukan oleh pihak berkuasa,atau adakah suara rakyat negeri Perak hanya suara sampingan memeriahkan suasana M.B.I...........???????


Wednesday, January 16, 2013

BIAR BETUL.........BIAR BETUL........BIAR BETUL.....


Salam 1 Malaysia,Kalau sebelum ini kekecohan yang melanda pasukan yang diberi jolokan Seladang ini dengan R.A.S.U.A.H dikalangan barisan pemain pemain serta seorang individu didalam Perak Fa....tapi kekecohan kali ini lebih gempar dan menghangatkan suasana Benar atau tidak itu pihak kami tidak pasti,tapi dari segi pembongkaran ini amat amat mengejutkan.......

Inilah masalah orang orang UMNO kalau dah mencampur hadukkan Politik dalam sukan.....tak terfikirkah korang yang terlibat Kiamat nak dekat dah nie.....Bintang berekor pun dah muncul pada tahun 1986 tahun ni dah tahun 2013.....dah dekat kita nie dengan kiamat takkan duit haram yang korang makan nak bawak sampai kekubur...nak rasuah malaikat di neraka nanti ker