Monday, January 28, 2013

Rintihan Penyokong Perak 2013

Kini penghujung bulan januari 2013 hampir menjelma,.namun kerja kerja penambahbaikkan Stadium Perak masih lagi dalam selimut. Tiada sebarang tanda tanda kerja tersebut bermula,tiada sebarang peralatan untuk melaksanakan penambahbaikan diselruh pelusuk stadium.

Apakah ini petanda bahawa penyokong setia Perak terpaksa mengharungi kira kira 90 km dari Bandar Meru raya Ipoh untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan Pasukan Perak setiap kali perlawanan di Negeri Perak sehingga ke penghujung musim. atau sehingga tibanya kiamat...???Adakah ini petanda bahawa pihak MBI tidak mampu untuk melaksanakan tugasan penambahbaikkan kerana duit didalam kantong sudah habis atau terpaksa menyimpan akibat akan terpaksa melaksanakan penambah baikkan yang tiada sebarang kerosakkan di stadium hoki.atau ingin membeli pokok dan menambah lampu disekitar bandaraya ipoh lagi dan terpaksa mengetepikan penambahbaikkan distadium Perak.....

Wahai pihak bijaksana yang tertinggi M.B.I tidakkah anda merasa malu dengan pihak pengurusan stadium dinegeri pembangkang iaitu Kelantan, stadium mereka memiliki tahap pencahayaan lampu limpah sehingga 2000 lux iaitu standard F.I.F.A, sedangkan stadium Perak hanya mampu mencapai tahap pencahayaan 964 lux.ianya tidak mencapai piawaian atau K.P.I yang diletakkan oleh F.A.M.
Tidakkah pihak anda malu dengan pihak pengurusan Stadium Lumut mampu mencapai tahap pencahayaan 1700 Lux ianya telah melepasi standard A.F.C. kami rakyat negeri Perak terasa amat terhina kerana memiliki barisan pemain muda yang sangat berkualti,memiliki pasukan yang sangat dibanggakan dan memiliki rekod pasukan yang sangat mengagumkan namun amat amat amat terhina kerana memiliki barisan pengurusan majlis bandaraya yang menjelikkan.

Bukan sahaja memiliki keadaan lampu limpah setaraf  Padang Ipoh malah memiliki kualtii tandas yang uzur,memiliki keadaan keliling stadium yang berkarat,memiliki keadaan padang bola sepak bertaraf padang mainan kanak kanak,memiliki pembesar suara taraf pusat karaoke RM1 satu lagu dan memiliki cat stadium bertaraf rumah setinggan.Adakah suara rayat negeri Perak tidak lagi dihiraukan oleh pihak berkuasa,atau adakah suara rakyat negeri Perak hanya suara sampingan memeriahkan suasana M.B.I...........???????


No comments:

Post a Comment