Thursday, May 26, 2011

CABAR PAFA.......

Dengan berita kehilangan Razali Umar Kandaasamy sekali lagi setelah di beri amaran terakhir,diharapkan pihak berwajib didalam Persatuan Bola Sepak Perak menggugurkan beliau atau mengantung dalam tempoh tertentu demi memberi kesedaran betapa pentingnya disiplin dalam kehidupan ataupun kerjaya.

Agak terkilan dengan sikap Razali yang tidak pernah berubah dari mula mula beliau menjadi pemain bola sepak sehingga ke hari ini sikapnya tidak pernah berubah.Malah kerana tingkah lakunya merencatkan sedikit strategi yang ingin dilakukan oleh jurulatih.Tidak dinafikan bahawa Razali Umar Kandasamy sebenarnya seorang pemain yang berpotensi dan beliau juga adalah seorang pemain penyerang yang terhebat di Malaysia dengan kepantasan lariannya dan bagus dalam kawalan menendang dan mengawal bola.

Tanyalah mana mana pemain pertahanan,pasti gerun dan akan mengawal seketat ketatnya terhadap Razali setiap kali beliau melakukan larian solo tanpa bola mahupun ketika berlari bersama sama bola,rembatannya juga padu dan mengelirukan.Apa yang lebih menarik tentang beliau,bukan sahaja memiliki penyokong dari negeri Perak sahaja malah mempunyai penyokong di merata dalam negara ini termasuk pengulas sukan Astro Arena sendiri mengakui meinati dan menyokong terhadap Beliau.Namun disebabkan masalah disiplin prestasinya agak merudum terlalu jauh kebawah,sehingga mampu dipintas oleh penyerang muda yang ada didalam negara kita.

Apa apapun hukuman berat wajib dijatuhkan ini demi menyedarkan dan mengembalikan beliau ke jalan yang lurus tanpa was was.

Tuesday, May 10, 2011

BENAR ATAUPUN SEKADAR FITNAH???????

Aku naik hairan semenjak dua menjak nie,ketika perbagai cerita yang sahih kedengaran dan jelas dilihat telahpun diceritakan termasuk aku telah keluarkan artikel mengenainya.
Tapi yang aku musykil sekarang nie kenapa ada lagi keluar berita yang aku sendiri tak boleh nak sahihkan dimana kesebelasan utama yang diturunkan dan pemain gantian yang diberi peluang beraksi telah ditentukan oleh S.E.S.E.O.R.A.N.G...... yang amat dikenali atau pun mungkin yang tidak dikenali,yang pastinya mengenai seseorang itu makan gaji dengan P.A.F.A......

Dan yang bertambah peliknya,dikhabarkan kononnya didalam pasukan Bola sepak Perak pada saat ini mempunyai puak puak......puak puak yang bagaimana tuer???????adakah puak puak dari kaki yang berbeza ataupun disebabkan mereka mereka ini berada dibawah pimpinan yang berlainan........aku sangat sangat musykil.....Malah yang menariknya cerita disebarkan ini, kononnya segelintir pemain yang sedang beraksi akan mengikut arahan dari coach yang berada di tepi padang tetapi segelintir pemainnya pulak akan mengikut arahan dari s.e.s.e.o.r.a.n.g...tak ke pelik benar dengarnya........nie dah macam kisah zaman Tonni Netto la plak.....

Yang menjadi persoalan kat kepala aku sekarang nie,adakah coach Cikgu Jan menjadi kambing hitam hanya sekadar mengikut arahan yang diberi,seolah olah beliau tak der kuasa....sama macam kes Wan jamak la ketika beliau di dalam pasukan negori...line up ditentukan oleh s.e.s.o.ra.n.g jugak,tapi per nak buatkan itu semua telah tertulis dalam kisah hidup masing masing,akhirnya sape yang rugi?????? bukan mereka saja yang rugi semua anak anak negeri akan menanggung kerugian dan maruah jatuh berderai ke lantai lantas dipijak haiwan haiwan...... lalu ianya menjadi busuk.....

Kalau lah apa yang diceritakan benar,memang tak guna punya manusia itu harus disumpah sampai ke hari penentuan untuk kekal ke alam nerak atau syurga.....dan aku dengar cerita lagi,coach Cikgu jan boleh dtg ke Perak pun disebabkan diatas request dan dipersetujui oleh pihak pihak yang mempunyai agenda tersendiri......itu wallahualam la yer harapan aku pun taknaklah cerita nie benar,tapi kalau benar apakan daya mungkin ada agenda lain pulak tuhan akan turunkan kepada mereka mereka yang jahanam........