Thursday, June 16, 2011

OHHH PAFA

Apakah pasukan Perak sememangnya hanya mahu memperbaiki kedudukan lebih baik berbanding 2 musim yang lepas dibawah kendalian DATO M.Karathu dan Raja Azlan dimana ketika itu pasukan Perak hanya dibarisi pemain pemain mentah dan masih berhingus......itupun berjaya berada di tangga ke 8 dan 10 liga super,layak ke saingan suku akhir piala f.a dan Piala malaysia.

Di musim ini pasukan Perak memiliki barisan pemain yang bertaraf bintang dan hampir kesemua yang dibawa masuk adalah bekas dan pemain kebangsaan.Tetapi sekadar berada di tangga ke 5 liga super tidak termasuk bertemu selangor 6 julai nanti dan juga kerana masih ada pasukan dibawah yang kurang 2 perlawanan iaitu Harimau Muda A.

Bagi aku musim ini pasukan Perak tidak bagus manapun walaupun dibarisi pemain yang tidak berkualiti dari segi mentaliti.mungkin ada yang terlibat rasuah ataupun sebaliknya.Muism yang lepas pasukan Perak dihentam keran prestasi disebabkan pemimpin nya adalah dari pembangkang.Tapi musim ini tidak pula dihentam disebabkan yang memegang tampuk kerusi panas di dalam PAFA adalah dari pihak kerajaan.

Aku bukan nak berpolitik tapi inilah realitinya. Aku terasa duit mak bapak aku,ahli keluarga dan seluruh warga negeri Perak nie abis begitu jer,untuk dibazirkan ke dalam Kantong PAFA,tapi keputusan yang kami terima tak setimpal,malah maruah kami di calar sesuka hati.

Aku bukan marah sebab team dok kat tangga yang teruk tapi tak berbaloi dengan barisan pemain yang ada.mangkuk ayun manalah yang pilih barisan pemain nie,,,,,,,memang bangang.
lepas tuer mulalah kononnya barisan yang ada belum serasi kepala hotak deme. nak tunggu sampai bila tunggu sampai kiamat ker ke nak tunggu sampai ke alam kubur.

Kalau betul mahu bina sebuah pasukan yang mantap.....sewajarnya barisan pemain yang ada 2 musim lepas dikekalkan dan hanya mengugurkan beberapa pemain sahaja dan mengantikan dengan wajah wajah baru musim ini...aku yakin kalau pihak bertanggungjawab melakukan sedemikian sudah pasti pasukan Perak musim ini kukuh di persada liga tanah air.....

Tapi apa boleh buat semua nak pegang jawatan tapi keje macam anjing saja

Sunday, June 12, 2011

PERSOALAN YANG BODOH???????

Aku nak tergelak bacak dalam akhbar hari ini,setelah pasukan Kelantan tewas di kaki pasukan Terengganu tempoh hari di stadium Bukit jalil yang disaksikan 90 ribu penonton dan beratus ribu dihadapan kaca television.
Kononnya Jurulatih salah percaturan dengan meletakkan pemain yang tiada pengalaman, ianya membuatkan kemenangan memihak kepada pasukan lawan,adakah Daudsu pemain yang tiada pengalaman sehingga mampu menjaringkan gol sendiri.Kononnya dengan mengeluarkan S.Subramaniam membuatkan pasukan Kelantan lumpuh,walhal Subramaniam sendiri yang meminta untuk ditukarkan kerana masalah kecederaan sepanjang perlawanan.
Kononnya juga dengan mengeluarkan Shakir dan memberi peluang kepada pemain muda dibahagian serangan untuk bergandingan dengan penyerang utama Kelantan iaitu Mat yo ataupun Norshahrul Idlan Talaha adalah faktor paling utama membuatkan pasukan Kelantan tidak mampu memberi tekanan yang hebat dalam perlawanan itu.
Mungkinkah komentar yang diluahkan oleh pemain simpanan tersebut atas kekecewaan dia tidak diberi peluang untuk beraksi???? atau sebab tertentu.
Waktu kemenangan dikecapi takdela pulak yang mempertikaikan percaturan yang dilakukan oleh jurulatih.....
Apa yang paling mustahak kini kekalahan oleh pasukan Kelantan pemain individu paling penting untuk dipersalahkan kerana,pemain pemain harapan seperti Piya,Mat yo dan Chanturu gagal mempamerkan aksi dan persembahan seperti yang diharapkan. mereka longlai seperti ada yang tidak kena.
FIKIR FIKIRKANLAH.......