Sunday, June 12, 2011

PERSOALAN YANG BODOH???????

Aku nak tergelak bacak dalam akhbar hari ini,setelah pasukan Kelantan tewas di kaki pasukan Terengganu tempoh hari di stadium Bukit jalil yang disaksikan 90 ribu penonton dan beratus ribu dihadapan kaca television.
Kononnya Jurulatih salah percaturan dengan meletakkan pemain yang tiada pengalaman, ianya membuatkan kemenangan memihak kepada pasukan lawan,adakah Daudsu pemain yang tiada pengalaman sehingga mampu menjaringkan gol sendiri.Kononnya dengan mengeluarkan S.Subramaniam membuatkan pasukan Kelantan lumpuh,walhal Subramaniam sendiri yang meminta untuk ditukarkan kerana masalah kecederaan sepanjang perlawanan.
Kononnya juga dengan mengeluarkan Shakir dan memberi peluang kepada pemain muda dibahagian serangan untuk bergandingan dengan penyerang utama Kelantan iaitu Mat yo ataupun Norshahrul Idlan Talaha adalah faktor paling utama membuatkan pasukan Kelantan tidak mampu memberi tekanan yang hebat dalam perlawanan itu.
Mungkinkah komentar yang diluahkan oleh pemain simpanan tersebut atas kekecewaan dia tidak diberi peluang untuk beraksi???? atau sebab tertentu.
Waktu kemenangan dikecapi takdela pulak yang mempertikaikan percaturan yang dilakukan oleh jurulatih.....
Apa yang paling mustahak kini kekalahan oleh pasukan Kelantan pemain individu paling penting untuk dipersalahkan kerana,pemain pemain harapan seperti Piya,Mat yo dan Chanturu gagal mempamerkan aksi dan persembahan seperti yang diharapkan. mereka longlai seperti ada yang tidak kena.
FIKIR FIKIRKANLAH.......

No comments:

Post a Comment