Thursday, January 26, 2012

Gugurkan Popovic ...............

Sememangnya disuatu ketika dahulu sebelum tiba ke malasyia Popovic seorang striker yang hebat namun bukanlah kerana geraknannya tapi kerana jaringannya dihadapan garisan gol hasil hantaran rakan rakannya yang hebat.

Beliau juga dibuang oleh pasukan lamanya kerana sudah tidak mampu untu menjaringkan gol,malah tidak mampu beraksi dengan baik,inilah dikatakan tindakan yang berani dan profesional oleh bekas pasukan beliau sertai.

yang menariknya,kenapa pasukan Perak gemar ambil pemain import yang memiliki kualiti begitu menjijikkan seperti Popovic,apakah kerana rekodnya sebelum ini,atau kerana nilai nya begitu tinggi.walaupun pada hakikatnya beliau pada hari ini seorang pemain bertaraf pemain amatur peringkat sekolah menengah sahaja.

Penonton yang tak miliki pengetahuan terhadap mutu permainan pun tahu menilai Popovic nie hebat atau teruk kualitinya,dengan larian yang lembab,pemalas nak kejar bola,suka berada dikedudukan yang salah ketika kawan nak hantar bola,pantang disentuh suka jatuh macam kene hentak dengan dua atau tiga orangmusuh dari belakang,suka marah kawan kalau tak hantar bola ke kaki dia,inikah kualiti pemain import yang dicari oleh pihak pengurusan pafa selama ini,sudahlah gaji sama mahal dengan safie salie.tapi kualiti.....?????????????

Cuma persolan yang besar timbul di fikiran kini,adakah PAFA sebuah pengurusan pasukan bola sepak profesional,atau masih ditakuk lama iaitu amatur.Sebagai sebuah pasukan profesional,tidak perlu memberi ruang terlalu lama kepada pemain import,paling kurang 6 ke 7 perlawanan sahaja termasuk jumlah perlawanan persahabatan.seandainya prestasi pemain tersebut masih ditahap biasa biasa sahaja...gugurkan terus.bukanlah dengan cara melantik seseorang untuk memastikan Popovic berada ditahap prestasi seperti yang diharapkan,Popovic seorang pemain import maknanya beliau adalah pemain profesional,tidak perlu menggunakan seseorang untuk membantunya.

Tidak dinafikan juga beliau seorang pemain yang mempunyai bakat yang baik dari segi hantaran hantaran tidak kira jauh ataupun dekat, tetapi kalau setakat itu sahaja baik tak payah,bayar saja lima ke enam ribu lantik Popovic untuk melakukan tugas hantaran sahaja tak perlu berlari,tak perlu jaringkan gol,tak perlu berpeluh ditengah padang tuer.Penonton pun tak marah,penyokong pun tak sakit hati.

Thursday, January 5, 2012

Ada Pihak Didalam Pafa Bakal Disaman

Setelah Isu Dato Seri Abdullah Hisan Dipecat dengan Alasan Beliau Telah Diistihar Muflis Oleh Jabatan Insolvensi Malaysia,Dimana Didalam Perlembagaan FAM dimana Individu yang telah diistihar Muflis tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan didalam organisai sukan.

Tetapi adakah perlembagaan itu dikuatkuasa pada musim ini,atau musim sebelum ini atau musim hadapan.Persoalan utamanya adakah didalam perlembagaan PAFA Itu sendiri memiliki perundangan sebegitu rupa?

Khabar angin itu kini kuat bertiup kencang dari selatan ke utara dari timur ke barat dan dari atas ke bawah. Ada harapan besar saman itu berjumlah puluhan Juta,tetapi siapakah mereka yang bakal disaman.

Apa yang menariknya saman keatas Persatuan bola sepak Perak hanya RM1,Ini mengingatkan kita kepada Yusri Che Lah yang hanya mengenakan bayaran perpindahan RM1 terhadapa persatuan Bola sepak Selangor.

Siapakah mereka yang bertanggungjawap,adakah PRESIDEN PAFA,SETIAUSAHA ADMIN DAN AGUNG PAFA ataupun AHLI MAJLIS PAFA.sama samalah kita nantikannya dan saksikan pertarungan baru didalam PAFA.