Friday, January 29, 2010

PERKEMBANGAN YANG POSITIF

Kalau kita lihat musim 2009 dimana pasukan Perak dilatih oleh M.KARUTHU dan Raja AZlan Shah Raja Shoib,hampir keseluruhan adalah pemain pemain muda yang dipilih untuk bermain dalam pasukan Perak sehingga ada yang menggelar skuad SELADANG JR.Namun begitu pasukan ini mampu berada dalam kelompok sepuluh pasukan yang terbaik dan terus mengekalkan sebagai pasukan yang tidak pernah terkeluar dari kumpulan Liga Super(MSL).

Walaupun pemain pemain ini telah membuktikan kepada semua penyokong dan peminat bola sepak Perak bahawa mereka ini mampu meneruskan rentak kecemerlangan,masih ada yang bersuara sumbang menyatakan mereka mereka ini tidak layak untuk menjadi sebahagian pemain yang bertaraf Profesional,dan mereka mereka ini tiada tarikan penarik untuk menarik penyokong penyokong untuk hadir menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Perak.

Walaupun begitu,Mereka mereka ini tetap bersemangat meneruskan perjuangan untuk terus berjuang sehingga ke tiupan wisel penamat saingan.Ada segelintir individu mempertikaikan Kewibawaan M.Karuthu dan Raja Azlan Shah Raja Shoib kenapa tidak memilih beberapa pemain senior untuk diserapkan kedalam Pasukan sebagai tarikan kepada penyokong dan peminat untuk hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.
Persoalan sebegini hanya mampu untuk dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab.
Musim 2009 bukan sahaja ada yang mempertikaikan terhadap pemilihan pemain pemain,malah yang lebih mengemparkan apabila ada akhbar mengeluarkan artikel mengenai Rasuah yang melibatkan pemain pemain Perak.Sehinggakan pemain pemain yang dikenal pasti telahpun digantung sehingga tamatnya kontrak mereka ini. Bukan sahaja pemain pemain yang dikenal pasti menjual permainan digantung atau ditamatkan kontrak mereka ini,malah kerana masalah disiplin dan masalah prestasi turut dikenakan tindakan yang sama.Ini membuktikan bahawa jurulatih yang dipertanggungjawab menerajui pasukan bukan sahaja melatih pemain pemain tetapi menekankan tahap disiplin yang tinggi.Ini membuktikan kewibawaan mereka ini adalah yang terbaik kerana masih mampu menjalankan tugas yang baik walaupun berada diluar padang.

Musim 2010 kini tiba dan meninggalkan segala kenangan pahit dimusim 2009,dan menutup terus segala cerita lama. Raja Azlan Shah Raja Shoib kini dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan yang baru,dimana menggantikan M.karuthu yang telahpun bersara kerana ingin menumpukan sepenuhnya terhadap keluarga.Raja Azlan kini mengambil alih sebagai ketu jurulatih untuk musim 2010,perbagai musibah melanda pasukan sehingga jelas pasukan Perak hampir tidak layak untuk meneruskan saingan liga Super kerana masalah hutang piutang yang dilakukan oleh pemimpin yang lepas ketika dizaman pemerintahan Dato Muhyiddin.Namun Begitu beberapa pemain dari luar iaitu Fauzi Kasim dari Melaka, Khairul Izwan dari Perlis,Ariff Ismail dari Negeri Sembilan,Azmeer dari Proton fc,Wan Azwari dari Pahang,Sathia Kumar bekas pemain Perak ketika dizaman Tonni Netto dan bekas pemain senior skuad Perak iaitu K.Nanthakumar masih lagi sudi untuk berkhidmat dengan pasukan ini. Mereka mereka ini teramat yakin bahawa walau apapun yang terjadi pasukan Perak tetap akan terus mampu untuk berjuang dalam saingan musim 2010.

Kalau kita lihat dan kaji semula,seandainya pemain pemain dari luar ini mampu untuk yakin sedemikian rupa,kini penyokong penyokong pula tetap yakin pasukan Perak akan mampu membawa sekurang kurangnya 1 piala dibawa pulang kenegeri ini.Kini sudah ramai yang bersuara mereka mereka yang terpilih untuk menyarung jersi pasukan Perak adalah yang terbaik dari yang terbaik.Ini membuktikan bahawa penyokong penyokong sudah mula berubah dan menampakkan bahawa pemain pemain yang dulunya tidak langsung dipandang tetapi kini mereka mereka ini sudah menjadi bahan bualan disetiap bibir yang ada.

Thursday, January 28, 2010

WAJARKAH

Wajarkah seorang Presiden Kelab Peminat menyuarakan tidak akan jejakkan kaki ke stadium Selagi Presiden Pafa Diterajui Oleh Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar.Walhal Beliau menjadi seorang Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak,bukan Untuk Menjadi Presiden Kelab Peminat mana mana Parti Politik.

Sebagai seorang Presiden Kelab Peminat harus menarik seberapa ramai hadir kestadium untuk menyokong pasukan Kerana Semua telah mengetahui Bahawa sukan Bola Sepak dinegeri Perak ini adalah sukan no 1 dikalangan peminat dan penyokong. Tidakkah kita kasihan dengan pemain pemain muda kita yang terlalu dahagakan sokongan padu daripada kita semua. Wajarkah kita harus mengekalkan Jamil sebagai Presiden Kelab Peminat.

Untuk pengetahuan kepada semua Pemabaca pembaca beberapa hari yang lalu,Saudara Jamil hampir hampir menjadi seorang penjenayah kerana, Beliau bergaduh dengan salah seorang penyokong dan peminat bola sepak Perak,dimana Jamil mengeluarkan Senjata tajam untuk menikam seseorang.Wajarkah tindakan sebegitu rupa dilakukan.

Terlalu ramai yang bersuara ingin Kelab Peminat membuat EGM dimana untuk memberi peluang kepada orang yang lebih layak untuk menerajui Kelab tersebut.Kepada Jamil tidak perlulah Anda mengekalkan jawatan tersebut,kerana anda seorang Presiden yang mampu untuk menjatuhkan pasukan dimata dunia,dan menjadikan Kelab tersebut jatuh ke alam Khayalan sahaja.

Semua telah mengetahui bahawa kelab Peminat kini tidak layak untuk menjual tiket kerana tindakan Jamil yang berhutang dengan PAFA selama ini. Kalau ingin melihat kembali Kelab mendapat hak tersebut semula sila letak jawatan dengan segera,dan sila bayar hutang piutang kelab ke PAFA dengan kadar segera. Kasihanilah ahli ahli yang berada di dalam kelab,Jangan hanya fikir diri sendiri dan poket sendiri.

PIHAK KAMI MEMOHON MAAF KEPADA SELADANGFC.COM

Kira kira jam 10 malam tadi pihak seladangfc.com telah menghantar mesej melalui shoutmix menyatakan rasa tidak senang dengan artikel yang telah pihak kami keluarkan mengenai kelab tersebut dikaitkan dengan pihak lain. Pihak sukanuntuksemua memohon maaf secara terbuka kepada pihak seladangfc.com.

Semua telahpun mengetahui mengenai tertubuhnya seladang fan club melalui kain rentang yang telah digantungkan distadium,dan ramai yang berpendapat kelab seladang fan club wujud disaat penyokong dan peminat dahagakan keihklasan untuk duduk bersama sama menyokong pasukan. tujuan artikel sebelum ini dikeluarkan bukanlah kerana untuk menyamakan antara satu sama lain, cuma untuk memberi luahan yang terpendam dikalangan kalangan penyokong Perak yang berada diseluruh malaysia.

Demi menjaga perasaan pihak Seladangfc.com, Artikel mengenai tertubuhnya kelab Seladangfc.com kami akan membatalkan artikel tersebut serta merta.

Wednesday, January 27, 2010

PASTI MENARIK

Pasti menarik untuk menyaksikan saingan liga super 2010 utnuk menentang skuad sang lebah di stadium ipoh buat kali pertamanya saingan ini bermula pada hari Sabtu di stadium Ipoh.
Pastinya dari semua pihak termasuk pihak pengurusan dan penyokong setia mengharapkan kepada yang berada diluar sana meluangkan masa untuk memberi sokongan yang padu terhadap pasukan Perak,dimana pasukan ini telah sekian lama tidak dapat sokongan yang padu seperti diera 90 an dahulu.

Pihak kami dari sukanuntuksemua.blogspot.com mengharapkan pihak Seladangfc.com akan membuat aktiviti seperti yang telah pihak anda lakukan ketika bertemu dengan pasukan The Red Warriors. Majoriti yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut bersetuju dengan undian pihak anda memberi hadiah kepada Penjaga gol pasukan Perak sebagai pemain cemerlang.

Apa yang pasti menarik sabtu ini pasukan Perak akan sekali lagi mempersembahkan satu persembahan yang lebih bertenaga kerana mereka mereka ini telah terlalu dahagakan kemenangan ditempat sendiri.

Wednesday, January 20, 2010




Azraai terpaksa akur lawan skuad bertaraf sekolah rendah

APA nak jadi dengan nasib skuad bawah 21 tahun kebangsaan yang lebih dikenali Harimau Muda senior?

Sudahlah tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super kemudian ditolak penyertaan dalam Liga Super, kini dipalit aib bermain dengan pasukan bertaraf sekolah rendah.

Itulah hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih Harimau Muda, Mohd Azraai Khor yang bersetuju untuk menerima pelawaan Khalsa Lions dari Melbourne, Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Padang Kelab Kilat, petang semalam.

Bergelar juara treble, pasukan yang baru dua tahun ditubuhkan di bawah Persekutuan Punjabi Victoria, Australia itu jelas bukan saingan buat skuad kebangsaan yang mudah meraih kemenangan 4-1, sungguh pun ia seharusnya mencecah dua angka.

Dengan penjaga gol Khalsa yang bertubuh comel menghadapi kesukaran untuk menyepak melepasi garisan tengah, ia adalah sukar untuk mempercayai pelawat yang tiba ke Malaysia sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan di India itu mampu menjaringkan gol sagu hati.

Walau pun tidak memberikan saingan, skuad negara tetap sukar untuk menembusi pertahanan dibantu kegopohan barisan depan dengan babak pertama berakhir tanpa jaringan sebelum Shakir Ali meledakkan hatrik pada separuh masa pertama.

“Daripada mereka bermain sesama sendiri, sekurang-kurangnya perlawanan sebegini memberi mereka peluang menguji diri. Itulah perkara positif yang boleh saya katakan,” adalah rumusan Mohd Azraai selepas perlawanan berkenanaan.

Khalsa Lions sebenarnya dijadualkan bertemu Selangor namun atas sebab-sebab tertentu, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk membatalkan temu janji itu dengan Mohd Azraai menerima dengan tangan terbuka kehadiran mereka berikutan ketiadaan aksi yang dijadualkan buat mereka. (maklumat berita dari BERITA HARIAN)

Thursday, January 14, 2010

KELAB PEMINAT TIADA HAK LAGI UNTUK MENJUAL TIKET

Sebaik sahaja saingan liga super musim 2010 bermula Kelab Peminat tidak lagi mendapat hak untuk menjual tiket distadium ataupun ditempat sewaktu dengannya.
Arahan ini berkuatkuasa serta merta yang diarahkan oleh pihak pengurusan PAFA.

Kelab peminat cuba membawa perkara ini untuk dibincangkan dengan pihak yang berwajib tetapi pihak yang berwajib tidak lagi mahu berbincang.Disebabkan perkara ini tercetus ahli majlis tertinggi kelab peminat mengarahkan pemain pemain gendang supaya tidak lagi mengalukan gendang sepanjang perlawanan,jelas dan nyata pemain pemain gendang terpaksa menyimpan semula gendang ketika perlawanan liga super antara pasukan tuan rumah menentang terengganu tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua,pihak pengurusan Pafa kini sudah hilang sabar dengan tindak tanduk presiden dan ahli majlis tertinggi kelab peminat,oleh itu ini adalah cara yang terbaik untuk mengenakan hukuman keatas kelab tersebut

Apa yang difahamkan sepanjang musim 2009 kelab peminat telah berhutang dengan PAFA, hasil daripada penjualan tiket tidak pernah sesekali diserahkan kepada pihak pengurusan PAFA Walaupun 1 sen. Kemana perginya wang tersebut? ini bermakna pafa pula yang menanggung secara percuma untuk peminat peminat yang membeli tiket melalui kelab tersebut.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Pernah disuarakan oleh presiden kelab peminat bola sepak perak iaitu saudara JAMIL, selagi Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar tidak melepaskan jawatan sebagai Presiden Pafa Beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden kelab peminat.

Tetapi kini lain pula jadinya dimana saudara Jamil kini berpendirian lain pula,beliau hanya menguruskan rombongan kelab ke perlawanan luar dari Perak dengan mendapat bantuan daripada menteri besar Perak iaitu dato Zamry untuk menggunakan bas kerajaan negeri. Beliau tidak akan menghadirkan diri ke stadium Ipoh ataupun kemana mana saja stadium selagi Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar berada didalam Pafa.

Kalau dilihat tindakan beliau menampakkan beliau cuba bermain politik didalam sukan,apakah sewajarnya manusia sebegini rupa dijadikan presiden ataupun dihormati sebagai manusia ataupun juga melihatnya sebagai seorang insan yang berguna.Beliau juga telah mempengaruhi golongan golongan tertentu dan cuba memisahkan antara penyokong yang lain. Sesiapa sahaja yang cuba menubuhkan kelab baru dan cuba mengambil alih tugas beliau sebagai presiden kelab peminat akan dijadikan musuhnya.

Thursday, January 7, 2010

BERITA KEMALANGAN DATO SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR


Presiden Persatuan Bola Sepak Perak ditimpa kemalangan pada 7 hb januari 2010 di Jalan Dr Raja Nazrin kira kira jam 9 setengah pagi.Walaubagaimanapun Keadaan Beliau Stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Difahamkan beliau keadaan tekanan darah tinggi beliau berada ditahap yang tinggi memaksa beliau untuk ditahan diwad Hospital Permaisuri Bainun.Berita selanjutnya bolehlah layari Laman Blog wartasgrapat.blogspot.com

ADA ROMBONGAN KE PAHANG

Mungkin sesetengah pihak akan menyatakan ini adalah langkah yang baik untuk pasukan Perak di musim 2010,dimana kelab peminat yang kini tidak sah sebagai sebuah pertubuhan melakukan rombongan ke Pahang Sabtu ini bersamaan 9 januari 2010. Walaupun hanya sekadar sebiji bas yang dapat dibawa.Apa yang menghairankan khabar ini telah dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kelab tersebut,mereka akan ke Pahang dengan menggunakan bas kerajaan negeri Perak dibawah kepimpinan Dato Zamri secara percuma.Apakah ini relevan. Walhal Kerajaan Negeri Perak terpaksa melabur wang yang boleh dikatakan banyak terhadap rombongan tersebut.

Juga ada yang bersuara kini ada sebuah kelab yang baru ditubuhkan oleh individu yang benar benar menyayangi pasukan turut melakukan rombongan ke Pahang. Ini bermakna distadium Pahang perlawanan yang melibatkan pasukan Perak akan diiringi hampir 80 penyokong yang turut memberi sokongan.Apa yang menjadi persoalan sekarang,adakah akan wujudnya pendapat menyatakan SI J ini yang berjaya menarik penyokong untuk menyokong pasukan diluar kawasan Perak.