Thursday, January 28, 2010

PIHAK KAMI MEMOHON MAAF KEPADA SELADANGFC.COM

Kira kira jam 10 malam tadi pihak seladangfc.com telah menghantar mesej melalui shoutmix menyatakan rasa tidak senang dengan artikel yang telah pihak kami keluarkan mengenai kelab tersebut dikaitkan dengan pihak lain. Pihak sukanuntuksemua memohon maaf secara terbuka kepada pihak seladangfc.com.

Semua telahpun mengetahui mengenai tertubuhnya seladang fan club melalui kain rentang yang telah digantungkan distadium,dan ramai yang berpendapat kelab seladang fan club wujud disaat penyokong dan peminat dahagakan keihklasan untuk duduk bersama sama menyokong pasukan. tujuan artikel sebelum ini dikeluarkan bukanlah kerana untuk menyamakan antara satu sama lain, cuma untuk memberi luahan yang terpendam dikalangan kalangan penyokong Perak yang berada diseluruh malaysia.

Demi menjaga perasaan pihak Seladangfc.com, Artikel mengenai tertubuhnya kelab Seladangfc.com kami akan membatalkan artikel tersebut serta merta.

No comments:

Post a Comment