Thursday, January 14, 2010

KELAB PEMINAT TIADA HAK LAGI UNTUK MENJUAL TIKET

Sebaik sahaja saingan liga super musim 2010 bermula Kelab Peminat tidak lagi mendapat hak untuk menjual tiket distadium ataupun ditempat sewaktu dengannya.
Arahan ini berkuatkuasa serta merta yang diarahkan oleh pihak pengurusan PAFA.

Kelab peminat cuba membawa perkara ini untuk dibincangkan dengan pihak yang berwajib tetapi pihak yang berwajib tidak lagi mahu berbincang.Disebabkan perkara ini tercetus ahli majlis tertinggi kelab peminat mengarahkan pemain pemain gendang supaya tidak lagi mengalukan gendang sepanjang perlawanan,jelas dan nyata pemain pemain gendang terpaksa menyimpan semula gendang ketika perlawanan liga super antara pasukan tuan rumah menentang terengganu tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua,pihak pengurusan Pafa kini sudah hilang sabar dengan tindak tanduk presiden dan ahli majlis tertinggi kelab peminat,oleh itu ini adalah cara yang terbaik untuk mengenakan hukuman keatas kelab tersebut

Apa yang difahamkan sepanjang musim 2009 kelab peminat telah berhutang dengan PAFA, hasil daripada penjualan tiket tidak pernah sesekali diserahkan kepada pihak pengurusan PAFA Walaupun 1 sen. Kemana perginya wang tersebut? ini bermakna pafa pula yang menanggung secara percuma untuk peminat peminat yang membeli tiket melalui kelab tersebut.

No comments:

Post a Comment