Monday, August 27, 2012

PANS PANAS PANAS!!!!!!!

Sebelum episod kekalahan dalam skrip untuk perlawanan antara Perak keatas skuad Kelab Felda United di Ipoh tempoh hari,pasukan Perak digemparkan dengan berita sungguh panas yang tak sepanas api neraka iaitu berjaya menghidu aktiviti pemain mengatur keputusan perlawanan.

Yang pelik bin sial nya kenapa baru nak menghidu sekarang kenapa tidak dihidu dari awal permulaan liga pada musim lepas lagi,adakah kerana takutkan seseorang yang amat berpengaruh dalam PAFA ataupun kerana memang pengurusan yang ada pekak dan tuli,buta dan bangang.


Sewajibnya perkara ini tidak harus hanya menyalahkan 2 ekor beruk yang terlibat,ianya mesti menyalahkan sepenuhnya terhadap seekor lagi beruk dajal yang berada didalam Pafa itu sendiri,kerana beruk dajal itulah penentu segala keputusan.Disebabkan terasa dirinya tidak akan dicabar ataupun di ganggu maka beruk dajal tersebut dengan bermaharajalela melakukan penentuan keputusan perlawanan dengan sebebas bebasnya.
Ynag ditangkap hanya dua ekor beruk,tapi aku pasti dengan seyakin yakinnya,ada lagi beberapa pemain terlibat,ini seharusnya dihapuskan dengan seluas luasnya dan Pafa bertanggungjawab menghebahkannya demi memartabatkan kembali pasukan Bolasepak Perak dan mengembalikan maruah anak anak Perak yang berada diseluruh dunia.tidak kira yang sudah mati ataupun yang masih hidup dimuka bumi Allah swt ini.

Kemasukan JANG JUNG jurulatih pasukan Perak bukanlah jalan penyelesaian sepenuhnya untuk menguatkan pasukan Perak,selagi ada Beruk Dajal itu wujud bukan saja menajdi agen malah menganggu tugasan jurulatih untuk menentukan line up.........apa yang melucukan kemasukan Norizan Bakar menjadi jurulatih disebabkan Beruk Dajal,semua makhluk sudah tahu kemampuan Norizan Bakar yang tidak sehebat manapun,ditambah pula atas gangguan Beruk Dajal maka keputusan yang wujud sebelum ini terjadi.

Kesimpulannya,PAFA perlu menyingkirkan beberapa pemain yang terlibat dengan gejala menjijikkan ini dan menamatkan perkhidmatan Beruk Dajal(antara pegawai PAFA) SECARA hina dan hebahkan kpada umum agar menjadi tauladan dan pedoman kepada yang bakal menceburi bidang penghinaan dan yang sedang berada dalam bidang tersebut..Kepada yang terlibat sukanuntuksemua ingin mengatakan korang tak ubah seperti babi bai yang hina dan lebih hina dari Kumpulan SYIAH...



Tuesday, August 7, 2012

"KENYATAAN ATAU KHAYALAN"

Suasana disetiap jiwa penyokong menaruh harapan agar musim ini akan menjadi juara Piala yang tertua iaitu piala malaysia. Harapan ini bagaikan tinggi ke angkasa yang sukar sebenarnya untuk digapai.

Mampukah pihak tertentu menentukan kejuaraan kali ini memihak kepada pasukan dan rakyat negeri Perak.setelah bertahun tahun lamanya tiada sebarang piala yang mampu untuk ditakluki, kali terakhir kejuaraan sumbangsih sahaja mampu dijulang dan dikucupi serta dibawa bersiar siar mengenali negeri Perak..

Barisan kepimpinan,pengurusan,kejurulatihan,pemain dan penyokong pada kali ini pada pandangan mata kasar jelas sudah berada di peringkat yang tertinggi dan memiliki rekod dan reputasi yang mampu untuk menjadi angkuh,riak dan takbur seperti pasukan ternama diluar sana.Bukan rekod dan reputasi dalam kancah bola sepak tapi dalam kancah LAIN LAIN HAL...

Perjalanan pasukan seja diambil alih kuasa semula oleh barisan yang ada pada saat ini,tiada rekod yang mampu sebenarnya untuk kita bangga dan dikongsi bersama,peruntukan yang kencang,pemain yang ternama,keistimewaan perbagai sudut diberikan namun tiada sebarang keputusan yang boleh dihormati,kerana dalam tidak disedari rekod yang dicipta oleh bintang bintang lusuh ini menyamai rekod dengan barisan barisan hingusan sebelum ini.

Cuba kita kaji dan selaminya mendalam Barisan bintang yang ada pada hari ini sebenarnya tida bersemangat waja untuk menakluki sesuatu kejayaan,kerana jelas terpancar mereka sekadar mahukan pulus dan kalau ada extra dikiri dan kanan harapan yang menggunung dari penyokong hanyalah khayalan. itulah hadiah kepada mereka yang bertungkus lumus menyokong bintang lusuh ini.

Latihan dan perlawanan persahabatan telahpun dirangka terutama perlawanan persahabatan semalam dimana pasukan gelaran seladang ini bertemu skuad kenari yang hampir hilang sayapnya. dibawah Jang jung yang juga bekas bintang skuad Perak 20 tahun dahulu.keputusannya sekadar seri bolos 3 gol dan jaringan 3 gol.

mungkin kerana faktor ramadhan membuatkan stamina dan akal fikiran pemain tidak mampu berfungsi dengan cergas dan cerdas. Namun mampukah Jang jung memberikan kelainan kepada rentak pasukan.
Perak adalah pasukan kelima yang akan dipimpin oleh Jang jung.adakah pasukan Perak turut mendapat keputusan yang sama seperti rekod Jang jung bersama 4 pasukan sebelum ini,(tiada sebarang kejuaraan)

1998-2002Geylang United (Coach)
2003-2005Balestier Khalsa (Coach)
2006-2007Sri Lanka U-23
2007-2012Sri Lanka
2012-Perak FA

Pertikaian seperti ini juga sebenarnya harus tidak ditimbulkan,hanya kerana rekodnya dahulu,persoalannya adakah tugas Jang jung turut akan diganggu seperti jurulatih yang ada sebelum ini dibawah kendalian pengurusan bertaraf dunia yang ada pada waktu dan saat ini.Ayu kita perhatikan dari jauh adakah maruah anak anak perak akan dijual lagi,atau maruah anak anak perak dikembalikan dengan penuh kehormatan,