Tuesday, August 7, 2012

"KENYATAAN ATAU KHAYALAN"

Suasana disetiap jiwa penyokong menaruh harapan agar musim ini akan menjadi juara Piala yang tertua iaitu piala malaysia. Harapan ini bagaikan tinggi ke angkasa yang sukar sebenarnya untuk digapai.

Mampukah pihak tertentu menentukan kejuaraan kali ini memihak kepada pasukan dan rakyat negeri Perak.setelah bertahun tahun lamanya tiada sebarang piala yang mampu untuk ditakluki, kali terakhir kejuaraan sumbangsih sahaja mampu dijulang dan dikucupi serta dibawa bersiar siar mengenali negeri Perak..

Barisan kepimpinan,pengurusan,kejurulatihan,pemain dan penyokong pada kali ini pada pandangan mata kasar jelas sudah berada di peringkat yang tertinggi dan memiliki rekod dan reputasi yang mampu untuk menjadi angkuh,riak dan takbur seperti pasukan ternama diluar sana.Bukan rekod dan reputasi dalam kancah bola sepak tapi dalam kancah LAIN LAIN HAL...

Perjalanan pasukan seja diambil alih kuasa semula oleh barisan yang ada pada saat ini,tiada rekod yang mampu sebenarnya untuk kita bangga dan dikongsi bersama,peruntukan yang kencang,pemain yang ternama,keistimewaan perbagai sudut diberikan namun tiada sebarang keputusan yang boleh dihormati,kerana dalam tidak disedari rekod yang dicipta oleh bintang bintang lusuh ini menyamai rekod dengan barisan barisan hingusan sebelum ini.

Cuba kita kaji dan selaminya mendalam Barisan bintang yang ada pada hari ini sebenarnya tida bersemangat waja untuk menakluki sesuatu kejayaan,kerana jelas terpancar mereka sekadar mahukan pulus dan kalau ada extra dikiri dan kanan harapan yang menggunung dari penyokong hanyalah khayalan. itulah hadiah kepada mereka yang bertungkus lumus menyokong bintang lusuh ini.

Latihan dan perlawanan persahabatan telahpun dirangka terutama perlawanan persahabatan semalam dimana pasukan gelaran seladang ini bertemu skuad kenari yang hampir hilang sayapnya. dibawah Jang jung yang juga bekas bintang skuad Perak 20 tahun dahulu.keputusannya sekadar seri bolos 3 gol dan jaringan 3 gol.

mungkin kerana faktor ramadhan membuatkan stamina dan akal fikiran pemain tidak mampu berfungsi dengan cergas dan cerdas. Namun mampukah Jang jung memberikan kelainan kepada rentak pasukan.
Perak adalah pasukan kelima yang akan dipimpin oleh Jang jung.adakah pasukan Perak turut mendapat keputusan yang sama seperti rekod Jang jung bersama 4 pasukan sebelum ini,(tiada sebarang kejuaraan)

1998-2002Geylang United (Coach)
2003-2005Balestier Khalsa (Coach)
2006-2007Sri Lanka U-23
2007-2012Sri Lanka
2012-Perak FA

Pertikaian seperti ini juga sebenarnya harus tidak ditimbulkan,hanya kerana rekodnya dahulu,persoalannya adakah tugas Jang jung turut akan diganggu seperti jurulatih yang ada sebelum ini dibawah kendalian pengurusan bertaraf dunia yang ada pada waktu dan saat ini.Ayu kita perhatikan dari jauh adakah maruah anak anak perak akan dijual lagi,atau maruah anak anak perak dikembalikan dengan penuh kehormatan,



No comments:

Post a Comment