Friday, September 28, 2012

Jamil Kembali Lagi...................

Cerita pendek nie kisahnya masa antara 2 perlawanan terakhir dalam saingan Piala Malaysia 2012 di Ipoh.
Jamil kembali lagi dengan perangai buruk ala ala kebudak budakannya,dimana suatu waktu bukan waktu sembahyang tapi waktu menonton perlawanan di stadium la kan takkan di rumah pulak........

Si anak nya yang taklah comel dan bijak pun,menggunakan alat pembesar suara nampak macam hebat,tapi menggunakan alat tersebut salah disisi undang undang muka bumi Malaysia dimana anaknya mengeluarkan bunyi bunyian ala ala polis....sehinggakan mendatangkan kemarahan kepada pihak polis.

dengan lagaknya anggota polis yang hadir untuk mengambil tindakan merampas alat pembesar suara tersebut   berjaya dihalang oleh bapaknya iaitu Jamil(president kelab peminat Perak yang malu nak mampus)
alasan yang diberi oleh mangkuk ayun nie,kenapa kumpulan ultras sahaja yang dibenarkan menggunakan alat pembesar suara,apa kelebihan ultras kerana diberi kelonggaran menggunakan alat tersebut.Jamil cakap kalau nak rampas alat pembesar suara milik anaknya sila rampas dahulu alat pembesar suara ultras barulah melayakkan polis merampas alat pembesar suara milik anaknya.

Disebabkan itu,pihak Polis mengambil tindakan turut untuk merampas alat pembesar suara milik ultras...apa yang terjadi selepas itu hanya mereka dan keluarga serta keturunan mereka sahaja yang tahu........udahlah buat setakat ini sahaja la cerita si jamil kembali lagi

Monday, September 24, 2012

Pembongkaran

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai kisah PAFA HOLDING SDN BHD telah ditubuhkan pada tarikh 1 Jun 2012 yang berlamat di 23 Jalan Chew Boon Juan 30250 Ipoh Perak.

Individu individu yang menjadi Pengarah syarikat tersebut adalah 1 Khairuddin@Suhaimi Bin Ahmad,Pengarah 2 Abdul Aziz bin Yeop Jamaluddin dan Pengarah ketiga Meor Afendy Bin Abdullah. Kalau diikut dengan nama nama ini semangnya secara automatik dimana pemikiran kita akan berfikir PAFA HOLDING SDN BHD memiliki pengarah pengarah yang hebat dan mampu menjadikan sebuah syarikat mampu untuk berdaya saing dengan megah sekali. tetapi setelah pembongkaran mengenai status kewangan syarikat tersebut maka apa yang difikirkan sudah pasti kita akan berubah.

Syarikat tersebut didaftarkan dengan bermodalkan Ringgit Malaysia 100 ribu,dinilaikan dengan modal tersebut kalau untuk sebuah syarikat sudah mencukupi tetapi apakah urusan perniagaan syarikat ini?
Adakah urusan membeli dan menjual ikan ditepi jalan,atau menumpang dipejabat Perak Fa sekadar menjadi hiasan? perbagai tanda tanya akan tercetus.


Apa yang menarik sekali mengenai status kewangan syarikat ini,setelah beberapa bulan syarikat yang memiliki pengarah pengarah dan memiliki sebuah organisasi mantap atau tidak hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu, kewangan syarikat ini adakah masih mempunyai amount yang sama seperti mana mereka mengeluarkan modal permulaan sebelum ini? Adakah syarikat ini sekadar proxy Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk mengaburi perbelanjaan mereka?

Pertikaian yang berlaku kini,tujuan ditubuhkan untuk membantu meningkatkan dan kantong Perak fa,tetapi kini kantong syarikat sendiri dah surut macam mana nak bantu Perak Fa?jawapan ini hanya mereka sahaja yang tahu.....

Sunday, September 23, 2012

Siapa yang mentadbir PAFA HOLDING

Aku dapat tahu kononnya PAFA holding ditubuhkan semata mata untuk menambahkan dana kantung Perak Fa. tapi betulker..........

Kenapa perkara sedemikian tidak dihebahkan dan kenapa perlu senyap dan menyepikannya? kenapa tidak disiarkan mahupun diwebsite perak fa ataupun media cetak dan elektronik. Siapakah yang menjadi Pengerusi sehinggalah ke bahagian terendah dalam PAFA holding.

Malah hanya orang orang perak fa sahaja yang mengetahui dimana alamatnya yang didaftarkan,dan bila ianya ditubuhkan dan hanya mereka mereka yang tertentu mengetahui siapa pemegang saham terbesar hingga terkecil.

nantikan artikel seterusnya mengenai pembongkaran mengenai isu PAFA HOLDING.