Sunday, March 31, 2013

PAFA DAN ISRAEL SAMA SAJA


Aziz Yeop Jamaluddin iaitu SU PAFA kata akan terminated UMBRO n pakai LOTTO atau jenama yang lain pada second round liga super nanti... alasan

1) pasal UMBRO x hantaq jersi2 yang bnyk2 tu kepada PAFA...
2) pasai UMBRO dah mula edarkan pada kedai2 dan peminat2...

apa punya "hati kaudo" la PAFA ni? apa masalahnya sampai peminat pun x boleh nak beli dan apa alasan PAFA nk jersi banyak2? Yang hangpa nak tapau semua jersi2 tu pasai apa... nak bagi free kat anak bini n saudara mara pasai hangpa x mampu nak beli ka apa? Player liga super n piala presiden ada berapa orang utk satu skuad? klu sorg 2 set home 2 set away 2 set third pun baru berapa ratus helai? yang PAFA nak semua tu pasai apa? UMBRO pun nak jugak meniaga bukan sponsor saja2 tanpa dapat pulangan.... xdak ka puak2 PAFA yang bangang nak cuba bagi penjelasan kat sini? jangan la buat2 pandai tapi sebenaqnya menampakkan kebodohan dan busuk hati hangpa.... management team besaq2 dalam arena bolasepak dunia pun x buat macam PAFA buat la... kepada Dato Zainol Fadzi &DATO’ DR. ZAMBRY ABD. KADIR sila la siasat management dalaman PAFA yang semakin lama semakin mengarut ni.... Jangan dok dengaq saja kata depa tanpa pemerhatian...

Tuesday, March 26, 2013

PALESTIN LEBIH GAGAH

Skuad Rajagopal sekali lagi mengulangi kejayaan tewas dalam perlawanan persahabatan walaupun kali ini adalah perlawanan amal.


Tidak sewajarnya barisan pemain Harimau malaya memperaga aksi sedemikian kerana beraksi dilaman sendiri,Faktor cuaca,keamanan,jadual perlawanan dan kelengkapan tempat serta keperluan peralatan untuk diguna pakai dalam sesi latihan jauh lebih jelas Malaysia memiliki kelebihan berbanding Palestin. Bukan kecewa sebab tewas tapi kecewa sebab mutu permainan dan mutu asas permainan bolsepak barisan pemain negara lebh teruk dan mundur berbanding barisan pemain Palestin.

Barisan pemain tengah sememangnya gagal menjadi nadi setiap gerakan pasukan,jentera tengah pasukan negara turut gagal membantu pemain penyerang untuk menjaringkan gol.Letaklah penyerang terbaik dunia sekalipun sekiranya bahagian tengah dan sayap gagal membantu dan melakukan hantaran kemas dan tepat kepada penyerang agak mustahil akan terlaksana jaringan.

Pemain pemain seolah olah tidak tahu tugasan masing masing,dari segi pergerakan untuk menyerang dan bertahan,seringkali melakukan tindakan yang tidak masuk akal,serta gagal melakukan cubaan tepat kearah gol. Pertikaian terhadap Rajagopal.kata sudah kenal pemain pemainnya,tapi kenapa masih gagal melaksanakan satu taktikal yang mampu untuk dipikul dan digalas pemain pemainnya,antaranya perlukan corak pemainan yang baru seperti melakukan hantaran hantaran pendek dan jarak antara pemain pemain jangan terlalu jauh kerana apa yang dilihat dari mata kasar ini pemain pemain kebangsaan tidak memiliki kekuatan larian dan hantaran yang kurang tepat.