Wednesday, February 6, 2013

CERITA PANAS DISEBALIK KEGEMBIRAAN

Tahniah diucapkan satu satunya Kelab yang tidak berada dibawah naungan Pafa Telah berjaya melaksanakan Agm untuk kali Kedua ditempat yang sama pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu didewan  Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak.

Malah Kelab Seladang turut berjaya memiliki ahli dengan begitu ramai,dan jemputan VIP serta VVIP yang boleh dikatakan agak membanggakan termasuk setiausaha Pafa En Abdul Aziz.

Tapi yang kurang menariknya,ketika En Abdul Aziz diberi peluang untuk membuat ucapan sepatah dua kata beliau lebih mengutamakan dimana mempromosikan mengenai PAFA FAN CLUB dan menceritakan tentang PAFA HOLDING SDN BHD. ini membuatkan hampir kesemua yang hadir pada majlis itu amat tidak senang dengan berjuta juta patah kata yang di terangkan  oleh En Abdul Aziz.

Mana tidaknya,itu adalah majlis Kelab Seladang, dan yang berada didalam Kelab itu tidak mahupun mengetahui dengan perbagai berita mengenai Pafa fan club,dan tidak mahu mengambil tahupun mengenai Pafa holding sdn bhd........Sudahlah hadir ke majlis orang tak perlulah bercerita mengenai perkara lain dengan terlalu mendalam dan panjang lebar,hampir seratus peratus,ahli ahli kelab tersebut tidak teringinpun untuk berada didalam atau di bawah pimpinan Pafa fan club,mana tidaknya dalam masa yang sama akan bergabung dengan kelab Jamil............

Perbagai juga persoalan yang tertimbul di lubok muka bumi perak,kalau hebat sangat Pafa fan club kenapa dan mengapa setiap kali perlawanan pasukan Perak diluar Perak tiada satu aktivitipun yang dibuat oleh Pafa fan club iaitu rombongan untuk penyokong tambah tambah pula ker larkin sebelum ini.

Fikir fikirkanlah yer...... adakah kelab yang berada dibawah naungan Pafa fan club akan terpaksa mengunci peti suara ataupun terpaksa mendiamkan diri seandainya Pafa melakukan sesuatu perkara yang tidak elok???