Wednesday, December 23, 2009

BERITA MENGEJUTKAN

Setelah beberapa perlawanan persahabatan dilalui oleh pasukan Perak,antaranya bertemu dengan SDM kepala batas di lumut,PKNS dan Kedah distadium ipoh,termasuk perlawanan persahabatan yang dibatalkan iaitu Pasukan Selangor.

Hanya satu perlawanan sahaja yang dimenangi oleh pasukan Perak iaitu ketika menentang pasukan SDM kepala batas di stadium Lumut. Selebihnya tewas keatas tangan pasukan pelawat.Apa yang membimbangkan diabad ini, perlawanan persahatan sebegini rupa mempunyai keputusan yang akan ditentukan oleh sesetengah pihak,buktinya jelas kerana setiap kali perlawanan persahabatan melibatkan pasukan perak sudah pasti keputusan akan dikeluarkan oleh laman web kaki judi di malaysia ini.

Apa yang membingungkan kini,adakah pemain pemain terlibat ataupun pengadil perlawanan yang sememangnya dalang utama. Kalau dikaji dan diteliti sedalam dalamnya, keputusan pengadil perlawanan ini menampakkan keputusan yang dilakukan oleh mereka mereka ini sememangnya tidak masuk akal langsung.

Bagaimana perkara ini harus dijauhkan? tiada siapa yang mampu menjawapnya,kecuali mereka mereka yang disogok dengan wang yang banyak mampu untuk tidak menerimanya,pasti perkara yang jijik ini mampu untuk tidak berlaku lagi dalam negara ini.Perlawanan persahabatan yang pertama di bulan ini melibatkan pasukan Perak dan PKNS Selangor menjadikan kaki kaki judi mencari wang untuk cepat kaya dan berkuasa dimuka bumi ini.Oleh itu penyokong Bola Sepak dimalaysia ini mengharapkan daripada anda anda yang suka makan duit haram itu,berhentilah dengan segera. Ingat Allah melihat dan Allah mampu untuk menghapuskan anda dengan kadar yang segera.

Sunday, December 20, 2009

SIAPA KATA PAFA KINI HANCUR TANPA KEPIMPINAN YANG BARU

Ramai yang bersuara menyatakan selagi Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar memegang jawatan sebagai Presiden PAFA Maka hancur dan leburlah segala harapan dan impian rakyat negeri Perak untuk melihat pembangunan Bola sepak Perak terus maju. Ada juga suara suara sumbang menyatakan Pasukan Perak akan terus merudum dan juga harapan seluruh rakyat negeri ini tidak akan dapat melihat dan merasai nikmat kejuaraan pasukan. Apakah ini benar?

Cuba kita renungkan kembali sejarah dua ke tiga thun kebelakangan ini,semasa PAFA dibawah pemerintahan Dato Muhyiddin/Dato Zahid Hamidi. Adakah pasukan mampu melahirkan ramai bakat bakat muda untuk diperketengahkan dan mampukah mereka membawa piala sepeti yang diharapkan. Pokok pangkalnya semuanya harus diperlakukan oleh pemain pemain itu sendiri. Tidak guna miliki Presiden yang berpengaruh tinggi,tidak guna miliki pengurusan yang mantap dan tidak guna miliki jurulatih import,seandainya pemain pemain itu sendiri tidak menggunakan kesemua itu dengan berkesan dan tidak bermain secara mati matian.

Apa guna gaji yang ditawarkan sehingga berpuluh puluh ribu,sedangkan gaji tertunggak sehingga empat ke lima bulan, caruman kwsp tertunggak sehingga bertahun tahun,pembayaran Perkeso yang sedikit pun mampu untuk tidak dibayar.Apakah pengurusan Sebeginirupa harus dipanggil kembali untuk memerintah PAFA. Bukan itu sahaja pemimpin sebelum sebelum ini sanggup berhutang sehingga beratus ratus ribu kepada syarikat bas yang menghantar dan mengambil pemain dan pegawai untuk dibawa ke destinasi tertentu.Itu baru mengenai hutang piutang yang dilakukan belum kira lagi wang yang disalah gunakan,contoh salah satu ketika Pasukan Bola Sepak Perak layak untuk bermain dalam saingan piala AFC. ada makhluk Allah yang membawa keluarga bersama sama pemain dan pegawai ke luar negara dengan menggunakan wang persatuan.

Apakah ini semua berlaku dibawah pemerintahan Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar. untuk pengetahuan kepada semua pembaca pembaca,selama persatuan ini dibawah pimpinan beliau belum ada lagi gaji yang tertunggak belum timbul lagi caruman kwsp tidak dibayar,belum wujud lagi berhutang dengan syarikat bas dan belum serunya lagi untuk terus berhutang dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Apa yang lebih menarik perbelanjaan persatuan musim 2009 PAFA tidak dapat menggunakan satu sen pun wang geran dari F.A.M akibat telahpun diambil oleh pihak pengurusan ketika dibawah kepimpinan yang terdahulu. Walaupun wang yang ditaja dari syarikat tertentu tidak mencukupi namun kesemua masalah mampu diselesaikan secara profesional,kecuali gaji gaji pemain yang tertunggak dibawah kepimpinan terdahulu.

Walaupun gaji pemain dimusim 2009 agak rendah namun pemain pemain tidak dapat merasakan kesusahan kerana gaji dibayar mengikut masa selewat lewatnya 7 haribulan. Apakah kita semua ingin melihat pemain pemain dibayar gaji yang mahal tetapi mereka tidak dapat gaji sehingga tujuh ke lapan bulan. fikir fikirkanlah wahai pengkritik diluar sana.

Tuesday, December 1, 2009

APA NAK JADI DENGAN PAFA

Satu persatu yang timbul mengenai pasukan Perak,kerana memiliki manusia manusia yang tidak faham bahasa dan muka tak tahu malu.Sudahlah jawatan diberi mahupun tidak mempunyai kelayakan yang setaraf,membelakangkan pula Presiden.

Tentu anda ingat dimana suatu ketika mereka ahli ahli majlis PAFA bersama sama exco sukan kerajaan Negeri Perak ke wisma FAM kononnya hadir berbincang dan mebawa sekeping cek untuk menyelesaikan hutang.Terfikirkah mereka ini hutang yang harus dibayar ke KWSP,PERKESO dan gaji pemain semasa dibawah pemerintahan Dato Jamal Nasir lagi Seharusnya cek itu diserahkan kepada yang berwajib,bukannya F.A.M.

Nak kata pandai tapi tak guna akal apabila melakukan sesuatu perkara itu. Disini sudah menampakkan bahawa didalam pasukan Perak itu sendiri memainkan peranan politik kotor. Masalah disini bukan kita nak pertikai exco tersebut,tetapi disini ingin mempertikai tindak tanduk pengurus sukad piala presiden Perak yang juga pemilik kedai makan/Restoran Pakeza dan beberapa ahli majlis yang lain,kerana mereka ini telah membelakangkan presiden.

Kononnya alasan Presiden tidak memanggil mereka untuk bermesyuarat mengenai masalah pasukan. Bagaiman nak panggil mereka sedangkan mereka semua sibuk nak buat undi tak percaya. Orang-orang tua ada berpesan nak belajar biarlah sampai kemati kerana ilmu takkan habis. Inilah yang terjadi kepada semua yang terlibat iaitu dalang dan jalang yang tidak miliki ilmu dengan banyak.

Monday, November 23, 2009

JAMIL INGIN BERTINDAK TANPA GUNA AKAL DAN FIKIRAN KURNIAAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN

Setelah Jamil dipecat dari perjawatan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Perak,Kini beliau Ingin Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap Presiden Bola Sepak Perak.
Untuk pengetahuan Kepada Semua Pembaca Blog Ini,Perjawatan Yang Disandang Oleh Jamil Adalah Diatas Budi Bicara Presiden PAFA itu Sendiri.

Dasar yang Pertama membuatkan Presiden PAFA melantik Beliau menjadi Ahli Majlis Pafa Kerana Beliau Adalah Preiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak,Tujuan Yang utama Ingin mendakatkan Penyokong dan Peminat merapatkan hubungan dan mampu untuk berkongsi pendapat antara satu sama lain.

Dasar yang kedua Kerana beliau adalah kenalan rapat dengan adik Presiden PAFA iaitu en.Zaini.tetapi apa yang diharapkan hanyalah menjadi angan mat jenin,kerana Jamil telah melibatkan politik dalam arena sukan ini. Untuk pengetahuan kalian pembaca pembaca, ketika Dato Seri IR Haji Mohammad Nizar menjadi menteri Besar Perak Jamil mula bermain wayang sehinggakan kemana sahaja Dato Seri ada pasti si jamil yang tak sedar diri ini ada juga. Sampaikan kemasjid pun menjadi insan talam dua muka.

Monday, November 16, 2009

KEADAAN STADIUM IPOH BENAR BENAR MEMALUKAN SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK






Setelah tamatnya saingan liga tempatan,keadaan stadium Ipoh Perak tetap sama,tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
Apakah keadaan sebegini rupa mampu untuk menjadikan Stadium Ipoh Diiktiraf oleh AFC atau FIFA.Apabila Pasukan Perak Tidak membayar hutang MBI bertindak dengan begitu kejam terhadap pasukan Perak sehinggakan Pasukan tidak dibenarkan menjalani latihan distadium mahupun melakukan sebarang aktiviti didalam stadium.

Tetapi setelah hutang dibayar keadaan stadium Tetap Daif dan tidak ubah seperti padang padang yang berada disekitar Bandaraya Ipoh mahupun disekitar Bandaraya yang berada diMalaysia ini.

Tuesday, November 10, 2009

APA SUDAH JADI

Persoalan sebegini rupa menjadi tanda tanya didalam kepala setiap peminat dan penyokong bola sepak Perak. Apabila pasukan menghadapi masalah pasti Presiden Persatuan menjadi mangsa sepenuhnya. Tidak kita semua ketahui bahawa Timbalan Presiden, Setiausaha,Setiausaha Kehormat,Bendahari,Pengurus,Timbalan Pengurus dan Ahli majlis tertinggi juga mempunyai peranan yang teramat besar didalam pasukan.

Cuba kita lihat masalah yang menimpa PAFA disaat kini, Presiden Pafa kini mengambil alih tugas sebagai presiden tahun ini ketika Pafa dalam keadaan tenat untuk membayar hutang piutang yang ditanggung Pafa dari musim musim sebelum ini.Sewaktu Presiden Pafa kini berada menjadi kerajaan negeri Perak untuk berberapa bulan kesemua ahli majlis tertinggi Pafa termasuk timbalan Presiden dan kesemua pemegang jawatan mengharapkan kerajaan negeri mengambil alih tampok kepimpinan Pafa.

Tetapi baru sebulan Presiden Pafa mengambil alih tugas beliau bersama sama exco exco kerajaan negeri menghadapi masalah dalaman politik sehingga sukar untuk mereka memberi tumpuan yang terbaik terhadap Pasukan.

Dalam masa yang sama turut terlibat beberapa pemegang jawatan didalam Pafa cuba merancang sesuatu demi untuk kepentingan sendiri,dengan berbincang untuk membuat sesuatu agar pemegang jawatan Presiden pafa kini meletak jawatan dengan kadar segera.namun tindakan tersebut gagal kerana Presiden Pafa kini mampu membayar gaji kesemua permain dan pekerja tanpa ada tertunggak.

Namun begitu dengan kehadiran bekas penolong jurulatih dan bekas jurulatih penjaga gol musim lepas mula memasang satu strategi bersama sama presiden kelab peminat Bola Sepak Perak iaitu salah seorang ahli majlis tertinggi Pafa berpakat agar Presiden Pafa Kini harus meletak jawatan agar tampok kepimpinan Pafa kini mampu untuk diambil alih oleh kroni tertentu.

Dengan bantuan F.A.M yang membuat syarat agar setiap pasukan yang ingin bertanding dalam saingan liga tempatan musim hadapan harus membayar hutang KWSP pemain pemain,harus memiliki dana sebanyak rm 2.5 juta untuk liga super dan rm 1.5 juta untuk liga perdana,termasuk wang pendahuluan beberapa ratus ribu untuk diserahkan kepada F.A.M. ini membuatkan beberapa individu didalam PAFA rasa berpuas hati dengan syarat yang diletakkan oleh F.A.M. kerana rancangan beberapa dalang dan jalang hampir hampir berjaya.Bermula dengan riuhan didalam akhbar akhbar tempatan mengharapkan Presiden Pafa kini meletak jawatan dengan segera,termasuklah artikel yang dikeluarkan melalui timbalan presiden PAFA,Bekas timbalan Presiden Pafa dan salah seorang ahli majlis tertinggi Pafa yang sudah lupa diri.

Namun begitu walaupun heboh dengan kerap mengenai perkara tersebut,Presiden Pafa tetap mendiamkan diri agar dapat menyelesaikan sesuatu perkara tanpa diketahui oleh dalang dan jalang didalam pafa termasuk pihak media tertentu.

Disini kita semua dapat lihat betapa rumitnya masalah didalam Pasukan Perak iaitu Pafa dengan beberapa tindakan kurang siuman yang telah pun dilakukan oleh beberapa individu didalam Pafa, kalau difikirkan secara logik dan normal bukankah masalah sedemikian harus dipikul oleh semua pihak didalam Pafa. Bersama sama mencari dana dan penaja agar pasukan dapat berjalan secara aman dan tenang untuk menghadapi saingan mendatang.

Timbalan presiden kini harus menjadi contoh kepada semua agar ketepikan masalah dalaman dan bekerjasama dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini secara profesional,bukan menyuruh pihak tertentu meletak jawatan.Cadangan dari beberapa penyokong bola sepak Perak seandainya Presiden meletak jawatan diharapkan yang teramat sangat kesemua pemegang jawatan didalam Pafa juga turut menyertai beramai ramai meletak jawatan.

Thursday, October 22, 2009

Antara Wajah Wajah Yang Menyerikan Pasukan Perak Musim 2009


KETIKA DIZAMAN DATO JAMAL NASIR MEMEGANG PAFA

Ketika Dizaman Dato Jamal Nasir Menjadi Naib Presiden Pafa,Jamil menjadikan Dato Sebagai Tulang Belakang Diri Sendiri Agar Jawatan Yang Dipegang Oleh Jamil Tidak Akan Goyang. Saya Masih Ingat Lagi Sejarah Itu Iaitu Ketika Mesyuarat EGM Diadakan Dan Ada Pihak Yang Ingin Merampas Dan Menumbangkan Keegoan JAMIL.

Individu yang ingin menjatuhkan Jamil Ketika Itu telahpun Melakukan Persiapan Yang teratur Dan Kemas Sehingga Mampu Untuk Meraih Undi Dan Secara Automatiknya Individu Tersebut Bakal Menjadi Presiden Kelab Peminat Yang Baru. Tidak Dinafikan Sewaktu Itu Jamil Adalah Individu Yang Amat Dibenci Oleh semua AHli tidak Kiralah Yang tua Ataupun Yang muda,lelaki ataupun Perempuan.

Saat saat Yang dinantikan oleh semua Ahli Tiba,Dato Jamal Nasir Merasmikan upacara tersebut. Sebelum Pengundian Dijalankan Dato Jamal Nasir Memberi Sepatah Dua Kata Untuk Memberi Semangat Kepada Pihak Kroni Dan Memberi Kata Kata Penghinaan Kepada Pihak Lawan. Tuan tuan Dan Puan Puan Nak Tau Apa yang diperkatakan,Kepada yang bertanding Iaitu Pihak YANG ingin Merebut Jawatan Jamil Adalah Golongan Orang Orang Munafik. Wajarkah Pemimpin Berkata Sedemikian.

Bukan Itu sahaja Yang Mmapu Dilakukan Oleh Jamil Untuk Meraih Undian, Malah Jamil Telah Mmemberi Rasuah Kepada 46 Orang Pengundi Agar Jamil Mmapu Kekal Dikerusi Presiden Kelab Peminat BolaSepak Perak. Tuan tuan Dan Puan Puan Nak Tahu Apa Yang Telah Diberi Oleh Jamil Kepada 46 Orang pengundi itu. Mereka Akan Dibawa ke KUALA LUMPUR untuk Menyaksikan Perlwanan Secara Percuma.(jamil sponsor sebiji bas). Maka Selepas Kata Kata Ucapan Majlis Pun Bermula. Waktu Itu Jamil Sudah Senang Hati Dia Yakin Keputusan Akan Memihak Kepada dirinya.

Selepas Kiraan Pengundian Dikira Maka Keputusan Telah Berada Ditangan Dan Diumumkan Bahawa Jamil Menang Dengan Kelebihan 46 Undi Sahaja. Maka Terjawaplah Kenapa Setiap Kali majlis Sebegini Rupa Memerlukan Belanja Yang Besar, Kerana Nak Bagi Rasuah Kepada Pengundi Bukan Boleh Bagi Sikit sikit.

Wednesday, October 21, 2009

JAMIL GEMAR MENYALAHKAN ORANG LAIN

SAUDARA JAMIL IAITU PRESIDEN KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK GEMAR MENYALAHKAN ORANG LAIN DEMI MENUTUP KESALAHAN DIRI SENDIRI.

SELEPAS TAMATNYA PERJUANGAN BOLA SEPAK PERAK DALAM KANCAH PIALA MALAYSIA AKHBAR MALAYSIA KERAP MENGELUARKAN ARTIKEL MENGENAI SESEORANG YANG GEMAR MENCAMPURI DAN MENGAMBIL TAHU TERHADAP MUSIBAH DAN MASALAH PASUKAN. ORANG TERSEBUT BUKANLAH SEBENARNYA KAKI PENYIBUK TETAPI ORANG YANG DIMAKSUDKAN ADALAH PENAUNG SEBUAH LAMAN WEB RASMI PAFA ATAU LEBIH DIKENALI OFFICIAL PAFA.

UNTUK PENGETAHUAN KEPADA SEMUA PEMBACA, SEPANJANG BELIAU MENJADI AHLI MAJLIS PAFA TIDAK PERNAH SEKALIPUN BELIAU CUBA MEMBANTU PAFA KEARAH KEBAIKAN MALAH BELIAU BERSAMA BEBERAPA AHLI MAJLIS TERTINGGI PAFA CUBA MENJADI DURI DALAM PERUT SEHINGGAKAN PASUKAN PERAK SUKAR BERADA DILANDASAN YANG TEPAT.

MALAH PERNAH SUATU KETIKA MEREKA BERKOMPLOT UNTUK MENJATUHKAN PRESIDEN PAFA IAITU DATO SERI IR NIZAR. TINDAKAN YANG INGIN MEREKA LAKUKAN TIDAK UBAH SEPEERTI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TUMBANG BEBERAPA BULAN YANG LALU,KONONNYA MEREKA INI INGIN MEMBUAT UNDIAN TIDAK PERCAYA TERHADAP KEMAMPUAN DATO SERI IR NIZAR DALAM PAFA.

BERBALIK SEMULA KEPADA CERITA ASAL, JAMIL MEMBAWA CERITA YANG BURUK TERHADAP SESEBUAH ORGANISASI KEPADA MEDIA MEDIA YANG RAPAT DENGAN BELIAU. KONONNYA LAMAN WEB TERSEBUT ADALAH LAMAN WEB YANG MENJATUHKAN MARTABAT PEMAIN PEMAIN. PENAUNG LAMAN WEB TERSEBUT MUKA TAK TAU MALU KONONNYA INDIVIDU TERSEBUT BUKANLAH AHLI MAJLIS ATAU APA APA HUBUNGAN DENGAN PAFA,KECOH DI DALAM AKHBAR BAHAWA INDIVIDU TERSEBUT MENUMPANG BAS DARI KULA LUMPUR KE JOHOR BAHARU.

WALHAL JAMIL CUBA MENJADI BESI KARAT DALAM PAFA DIMANA SEWAKTU DI KUALA LUMPUR KETIKA SAINGAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA DIANTARA PASUKAN KUALA LUMPUR MENENTANG PASUKAN PERAK TELAH MEMBAWA 7 KE 8 ORANG MASUK SECARA PERCUMA DENGAN MENGGUNAKAN KUASA AHLI MAJLIS TERTINGGI PAFA.

BELIAU SEBENARNYA TELAH BERPAKAT DENGAN BEBERAPA INDIVIDU DAN SEORANG INDIVIDU YANG BERKUASA BESAR UNTUK MERAMPAS PAFA DARI TANGAN DATO SERI IR NIZAR. MALAH INGIN MENJATUHKAN KEWIBAWAAN JURULATIH PASUKAN IAITU M.KARATHU DAN PEMBANTUNYA RAJA AZLAN SHAH RAJA SHUIB. DALAM PERANCANGAN BELIAU IALAH SETELAH PIHAK TERTENTU MENGAMBIL ALIH PAFA PENGURUS PASUKAN IALAH BEKAS PENOLONG JURULATIH MUSIM LEPAS IAITU ZAKARIA,DAN KETUA JURULATIH IALAH STEVE DARBY YANG PERNAH MEMBAWA PASUKAN KEARAH KEGELAPAN.

KALAU KITA SEMUA MENGKAJI SEMULA JAMIL CUBA BERMAIN POLITIK DALAM SUKAN DIPERAK. PERNAH SUATU KETIKA,JAMIL TIDAK MEMBENARKAN PEMAIN PEMAIN GENDANG BERMAIN DISTADIUM KONONNYA GENDANG TERSEBUT HAK MILIK KELAB. TAPI ITU SEMUA BUKAN BOLEH DIJADIKAN ALASAN OLEH PEMAIN PEMAIN GENDANG MENYEPIKAN DIRI, MEREKA MENCARI 10 ORANG PEMAIN KOMPANG SEKOLAH DAN MENCARI PENAJA SEBANYAK RM 100 UNTUK MEMBAYAR UPAH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT.

JAMIL JUGA PERNAH BERKOMPLOT DENGAN SESEORANG YANG DIGELAR KETUA JURULATIH UNTUK MERAMPAS RAZALI UMAR KANDASAMY AGAR PEMAIN TERSEBUT MENINGGALKAN PERAK.

KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK KINI TIDAK SAH

KENAPA DAN MENGAPA PRESIDEN KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK PERAK TIDAK MELAKUKAN SESUATU AGAR PENUBUHAN KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK MASIH MENJADI SEBUAH KELAB YANG SAH.

SUDAH 2 TAHUN LEBIH PRESIDEN KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK TIDAK MELAKUKAN MENYUARAT TAHUNAN ATAUPUN APA APA SEBARANG MENSYUARAT. ADAKAH KERANA TIDAK CUKUP WANG,MUNGKINKAH INGIN MENGADAKAN MENYUARAT TAHUNAN MEMAKAN BELANJA SEHINGGA BERIBU RIBU RINGGIT. JELAS DAN NYATA KINI KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK TIDAK LAGI MENGHIRAUKAN LANGSUNG TERHADAP PASUKAN KESAYANGAN MEREKA SENDIRI. APA YANG PENTING WANG MASUK POKET SENDIRI.

UNTUK PENGETAHUAN KEPADA SEMUA PEMBACA PEMABACA BLOG INI BELIAU YANG DIMAKSUDKAN IALAH SAUDARA JAMIL. BELIAU JUGA SALAH SEORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN BOLA SEPAK PERAK,BELIAU DILANTIK MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI DISEBABKAN BELIAU ADALAH PRESIDEN KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK PERAK YANG SAH KETIKA ITU TETAPI KINI BELIAU BUKAN LAGI PRESIDEN KELAB PEMINAT YANG SAH.WAJARKAH PAFA MENGIKTIRAF BELIAU MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI PAFA DAN PRESIDEN KELAB PEMINAT BOLA SEPAK PERAK LAGI....FIKIR FIKIRKANLAH.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SETIAP KALI PERLAWANAN BOLA SEPAK YANG MELIBATKAN PASUKAN PERAK, SAUADARA JAMIL MANUSIA PERTAMA DALAM DUNIA INI YANG SERONOK DAN MELONJAK KERIANGAN APABILA PASUKAN PERAK TUMBANG DIKAKI LAWAN. HARUSKAH MANUSIA SEBEGINI RUPA HIDUP DENGAN AMAN. ANDA SENDIRI YANG HARUS TENTUKAN MASA DEPAN BELIAU.