Wednesday, December 23, 2009

BERITA MENGEJUTKAN

Setelah beberapa perlawanan persahabatan dilalui oleh pasukan Perak,antaranya bertemu dengan SDM kepala batas di lumut,PKNS dan Kedah distadium ipoh,termasuk perlawanan persahabatan yang dibatalkan iaitu Pasukan Selangor.

Hanya satu perlawanan sahaja yang dimenangi oleh pasukan Perak iaitu ketika menentang pasukan SDM kepala batas di stadium Lumut. Selebihnya tewas keatas tangan pasukan pelawat.Apa yang membimbangkan diabad ini, perlawanan persahatan sebegini rupa mempunyai keputusan yang akan ditentukan oleh sesetengah pihak,buktinya jelas kerana setiap kali perlawanan persahabatan melibatkan pasukan perak sudah pasti keputusan akan dikeluarkan oleh laman web kaki judi di malaysia ini.

Apa yang membingungkan kini,adakah pemain pemain terlibat ataupun pengadil perlawanan yang sememangnya dalang utama. Kalau dikaji dan diteliti sedalam dalamnya, keputusan pengadil perlawanan ini menampakkan keputusan yang dilakukan oleh mereka mereka ini sememangnya tidak masuk akal langsung.

Bagaimana perkara ini harus dijauhkan? tiada siapa yang mampu menjawapnya,kecuali mereka mereka yang disogok dengan wang yang banyak mampu untuk tidak menerimanya,pasti perkara yang jijik ini mampu untuk tidak berlaku lagi dalam negara ini.Perlawanan persahabatan yang pertama di bulan ini melibatkan pasukan Perak dan PKNS Selangor menjadikan kaki kaki judi mencari wang untuk cepat kaya dan berkuasa dimuka bumi ini.Oleh itu penyokong Bola Sepak dimalaysia ini mengharapkan daripada anda anda yang suka makan duit haram itu,berhentilah dengan segera. Ingat Allah melihat dan Allah mampu untuk menghapuskan anda dengan kadar yang segera.

No comments:

Post a Comment