Tuesday, December 1, 2009

APA NAK JADI DENGAN PAFA

Satu persatu yang timbul mengenai pasukan Perak,kerana memiliki manusia manusia yang tidak faham bahasa dan muka tak tahu malu.Sudahlah jawatan diberi mahupun tidak mempunyai kelayakan yang setaraf,membelakangkan pula Presiden.

Tentu anda ingat dimana suatu ketika mereka ahli ahli majlis PAFA bersama sama exco sukan kerajaan Negeri Perak ke wisma FAM kononnya hadir berbincang dan mebawa sekeping cek untuk menyelesaikan hutang.Terfikirkah mereka ini hutang yang harus dibayar ke KWSP,PERKESO dan gaji pemain semasa dibawah pemerintahan Dato Jamal Nasir lagi Seharusnya cek itu diserahkan kepada yang berwajib,bukannya F.A.M.

Nak kata pandai tapi tak guna akal apabila melakukan sesuatu perkara itu. Disini sudah menampakkan bahawa didalam pasukan Perak itu sendiri memainkan peranan politik kotor. Masalah disini bukan kita nak pertikai exco tersebut,tetapi disini ingin mempertikai tindak tanduk pengurus sukad piala presiden Perak yang juga pemilik kedai makan/Restoran Pakeza dan beberapa ahli majlis yang lain,kerana mereka ini telah membelakangkan presiden.

Kononnya alasan Presiden tidak memanggil mereka untuk bermesyuarat mengenai masalah pasukan. Bagaiman nak panggil mereka sedangkan mereka semua sibuk nak buat undi tak percaya. Orang-orang tua ada berpesan nak belajar biarlah sampai kemati kerana ilmu takkan habis. Inilah yang terjadi kepada semua yang terlibat iaitu dalang dan jalang yang tidak miliki ilmu dengan banyak.

No comments:

Post a Comment