Sunday, April 24, 2011

Keputusan yang tak masuk akal...........

Bukan aku tak bleh terima kekalahan,bukan aku tak boleh terima kedudukan pasukan aku dibawah. Tapi aku tak boleh terima dengan kehadiran beberapa pemain yang sudah tentunya tidak bagus dengan sikap,contoh seperti dua orang pemain yang kini berada didalam pasukan Perak pernah dibuang oleh pasukannya sebelum ini kerana didapati telah melakukan perkara haram iaitu menjual dan menentukan keputusan perlawanan.

Mungkin ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu,dimana keputusan 3 gol seharusnya berlaku di stadium Ipoh ketika bertemu pasukan Terengganu di Ipoh pada 19 hb April. Keputusan 6 gol bolos ketika distadium Shah alam sebelum itu,tetapi ianya semua tidak menjadi kerana ada penyelamat didalam pasukan,namun akhirnya terlaksana juga keputusan bolos 3 gol di Terengganu,aku yakin dan aku percaya jalan jalang yang berada didalam pasukan ini kalau tidak dipantau dan tidak direhatkan maka perbagai lagi keputusan luar jangkaan akan berlaku.Aku nak tergelak pun ada pasukan Perak akan bangkit dan menjadikan pasukan k.... ...... pasukan pertama untuk dikalahkan.......

Lagi satu yang aku betul betul tak puas hati dengan Cikgu Jan,kata berpengalaman dan seorang jurulatih yang hebat,tapi habuk pun takde,bodo jer memanjang,taktikal tak berubah,pemain tak berubah...tapi ada 25 pemain yang diguna pemain tak leh pakai itu jugak digunakan.Gol gol yang bolos selama beberapa game termasuklah game lawan terengganu nie,macam budak baru first time jer kenal bola,dan macam baru first time main bola,tak masuk akal langsung.......

Aku pun tak paham yang dok kat bangku simpanan tuer dari pengurus sampai ke pemain smua hebat hebat belaka,tapi pehal bodo nak mampus,tak nampak ke apa yang dah berlaku......
Kalau boleh tuer bawak lah berbincang,buat satu percaturan yang baik,kalau dah tak boleh dengar pendapat orang keliling buatlah sesuatu atas perbincangan korang ........

Kalau dulu kononnya salah pihak pengurusan yang takder duit,senarai pemain yang mentah,gaji yang rendah,elaun takde.sekarang nie korang bajet sikit punya belambak,senarai pemain dasyat dasyat termasuk kaki judi. Elaun gol pun ada elaun kemenangan pun ada,Tapi hampeh.sekarang nak salahkan siapa pulak yer....sendiri fikir sendiri jawap dan sendiri tanggungla sampai akhirat.

Thursday, April 21, 2011

Harap harap adalah taktikal lain pula ohhh perak

Sewajarnya perlawanan yang lalu dijadikan pengajaran,janganlah asyik keluar artikel(kita akan memperbaiki segala kelemahan) habuk pun tak der.Apa yang aku perhatikan,dari cikgu jan pegang team penang sampai ke team Perak nie,sama je dia ingat team bola macam jalan raya hanya perlu pakai bahan yang sama sampai akhir zaman. udahla gemor hanya menurunkan pemain yang sama tak kira situasi perlawanan,Aku tak la kata pemain pemain yang ada tak baguih tapi kenela tengok situasi bukan main bedal jer, mcm sekarang nie la game ganu,sabah,kelantan barisan dan corak taktikal yang sama cuma sorang jerla ada perubahan sikit.

Tidak dinafikan keupayaan Shahman,Khairi,Nasril nordin dan K.nanthakumar untuk mengemudi posisi masing masing dan mampu menjalankan tangunggjawap yang diberi,tetapi hanya sekadar kemampuan dalam perlawanan tertentu sahaja.Aku terasa pelik and bin heran,kenapa dan mengapa,beberapa pemain yang berpotensi besar dan telah menunjukkan satu prestasi yang agak mengagumkan dimana mampu menggalaskan tugas dengan jayanya, iaitu Ariff ismail yang juga seorang pemain pertahanan tengah,Azmeer Yusoff yang juga seorang pemain tengah dan pernah beraksi dengan baik di pertahanan kanan dan kiri,Khalis Ibrahim yang juga seorang pemain sayap kanan dan mampu beraksi cemerlang disayap kiri dan penyerang,Nurridzuan yang juga seorang pemain tengah dan mampu beraksi di sayap kiri dan kanan dan Shazuan Marthew yang juga seorang penyerang dan mampu beraksi baik di sayap kiri....Adakah Cikgu Jan tak yakin dengan keupayaan pemain pemain muda atau memang tak sukakan pemain pemain muda.Yang jadi persoalan dimulut mulut penyokong setia kenapa dan mengapa khairul amri penjaga gol yang berpotensi besar dan telah menunjukkan kehebatannya dimusim lepaih berbanding bekas penjaga gol Perak iaitu Megat Amir,bekas penjaga gol no 1 perak musim lepaih tak diberi peluang dan ruang untuk beraksi,adakah kerana terlalu kurang percayakan mereka mereka ini...

Harapan kali ini bukan sekadar untuk mendapatkan 3 mata tapi perubahan taktikal dan teknikal haruslah dilakukan segera demi menjaga maruah penyokong penyokong setia Perak,jangan sampai ada yang terluka melampaui batas,hargailah penyokong penyokong dan dengarlah pendapat orang sekeliling dan kajilah sedalam dalamnya. Pada pandangan aku lagi baguih kalau Cikgu jan hentikan pertukaran pemain pemain disaat akhir,kalau boleh buat la pertukaran tuer kira kira setengah jam sebelum permainan tuer berhenti,kalau tinggal 5 minit 3 minit kasi masuk Drogba pun tak boleh buat apa setakat tendag sekali dua bolehlah.

Pada pandangan akulah,nex game lawan ganu di kuala Terengganu nie K.nanthakumar diberi ruang beraksi 60 atau 50 minit pertama saje, kerana tenaga dia pun tak mampu sampai 90 minit dan masukkan Nazri kamal berganding dengan Shahrulnizam,Nazri kamal sebenarnya seorang pemain yang rajin mampu membantu dibahagian pertahanan.manakala Isma alif pasti akan dikeluarkan apakata digantikan dengan Shazwan Marthew lebih awal jangan sampai minit ke 85 udahlah.Aku juga mengharapkan seandai hishamudin tak dapat diturunkan ariff ismail ganding yang sesuai untuk digantikan untuk bersama sama di pertahanan tengah,kerana selama ini dilihat beliau tidak sesuai beraksi di pertahanan kiri dan kanan,beliau akan lebih kebal diposisi tersebut. maka diposisi pertahanan tengah untuk perlawanan ini tidak sesuai buat Shahman,kerana beliau seorang yang berbadan berat dan larian yang perlahan,diposisi tersebut lebih wajar meletakkan Nor hazrul ataupun Shazwan roslan.

Bagi aku dibahagian serangan sebenarnya takdak masalah yang besar,kerana penyerang kembar pasukan Perak iaitu Akmal rizal dan Shafiq jamal mampu menjaringkan gol,buktinya shafiq jamal dengan 5 gol dan akmal 6 gol. mungkin razali boleh digandingkan pula dengan Shafiq jamal di babak pertama dan babak kedua Akmal akan digandingkan kembali dengan pasangan beliau. Telinga aku jugak sekarang nie tak habis habis kedengaran konon kononnya ada penentuan keputusan dilakukan dan lebih menguatkan dimana sebuah laman web judi yang ada didunia ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat malaysia berbangsa cina dan ejennya iaitu berbangsa melayu memang sudah mengeluarkan jumlah gol yang akan tebolos,tapi keputusan tepat tak dipaparkan.

Aku pun terpikir jugak kalau perkara nie takder masakan jumlah gol sudah dapat di keluarkan ataupun senarai pasukan pasukan yang beraksi didalam senarai mereka. kerana aku pernah menyemaknya sendiri dimana apabila sesebuah perlawanan itu tak terlibat maka didalam sebuah kotak akan kosong.tapi bab bab nie aku tak berani nak cakaplah kan sebab tak der bukti.yang penting strategi coach perlu diubah sikit,yang lain mantap.........

Sunday, April 17, 2011

OHHHH KELAB SELADANG???????

Terlalu ramai sudah bertanya dan terlalu banyak kedengaran suara suara kurang enak didengar.
Setelah 12 perlawanan saingan liga super musim 2011 bermula tidak termasuk saingan Piala F.a,
aktiviti yang biasa dilakukan oleh Kelab Seladang tidak lagi melakukan aktiviti seperti dimusim lepas iaitu penyampaian cenderahati kepada pemain pemain yang terbaik setiap kali perlawanan yang berlangsung distadium keramat iaitu Stadium Perak.

Adakah Kelab tersebut sudah terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehinggakan tidak lagi mahu membuat aktiviti penyampaian cenderahati,atau sebaliknya.Malah antara suara suara sumbang yang berlegar diudara kali ini,hangat hangat tahi ayam......Kalau dibaca didalam akhbar tempatan, Boleh dikata kerap kali wajah wajah orang orang kuat Kelab Seladang keluar didalam akhbar dan perbagai komentar yang menarik mengenai pasukan dihemburkan.Tapi ianya hanya sekadar diakhbar ke????

Bukan itu sahaja malah ada suara suara yang tidak berpuas hati,kenapa Kelab seladang hanya mempromosikan rombongan yang dilakukan sekadar didalam laman web dan laman sosial FB, kenapa tidak dihebahkan distadium ketika perlawanan pasukan Perak berlangsung distadium Ipoh.Tahukah wahai pengurusan Kelab seladang,bukan semua penyokong pasukan Perak tahu mengenai laman web anda,kerana ada diantara mereka baru beberapa kali menjejakkan kaki ke stadium.

Harap harap pihak bertanggungjawab didalam Kelab Seladang dapat melakukan sesuatu demi kepentingan penyokong penyokong dikeliling juga.
(maklumat dari penyokong skor yob skor tg malim).......

Tuesday, April 5, 2011

JAMIL BUAT HAL LAGI.............

Perlawanan yang lalu telah diakhiri dengan satu tragedi yang amat menyakitkan hati.Dimana setelah tamatnya perlawanan seperti biasa kumpulan penyokong setia Perak yang digelar ultras akan bergegas dihadapan pintu utama stadium untuk menyanyi sambil memberikan sokongan terhadap pengurusan dan pemain pemain.

Namun telah berjaya dihalang oleh ketua polis daerah ipoh agar pihak penyokong tersebut beredar jauh dari kawasan pintu pentas utama stadium.Pihak kami telah difahamkan oleh individu yang amat amat dipercayai telah menghantar email kepada pihak kami dan menyatakan bahawa,Presiden kelab peminat yang telah cemburukan dengan keupayaan kumpulan penyokong tersebut berjaya menambat hati ramai pihak terhadap kumpulan penyokong tersebut. dia telah menabur fitnah perbagai perkara kepada ketua polis daerah ipoh itu dan mengatakan bahawa kumpulan ini adalah kumpulan penyokong jahatttttttttt.......

Wakil pihak kami yang berada distadium sepanjang perlawanan malah setiap perlawanan,telah meluahkan perasaan mengatakan seandainya kumpulan penyokong tersebut tiada distadium pasti suasana stadium akan muram...kerana hanya akan mampu mendengar suara suara sumbang dan perbagai makian.DIharapkan perlawanan kali ini perkara sedemikian tidak lagi dilakukan oleh pihak polis yang bodoh..........Dan mengharapkan pihak pengurusan memulaukan sahaja si JAMIL yang gila kuasa itu...

Sebagai seorang ketua polis ipoh......yang berakal dan berfikiran seharusnya tahu undang undang, setahu pihak kami didalam akta keselamatan baik dimalaysia ataupun didunia,tiada menjadi kesalahan untuk bernyanyi ataupun menari sekalipun dihadapan pintu stadium tidak kiralah walaupun di didalam tandas.oleh itu jangan memalukan diri sendiri dengan menghalang orang lain dari membuat suasana kegembiraan itu berterusan walaupun sampai dalam kubur.

Nasihat kepada si JAMIL ANAK ANJING janganlah menfitnah sesuka hati,kerana zaman rasuah anda sudah berakhir dan zaman anda untuk menjadi ketua tidak diperlukan lagi