Sunday, April 24, 2011

Keputusan yang tak masuk akal...........

Bukan aku tak bleh terima kekalahan,bukan aku tak boleh terima kedudukan pasukan aku dibawah. Tapi aku tak boleh terima dengan kehadiran beberapa pemain yang sudah tentunya tidak bagus dengan sikap,contoh seperti dua orang pemain yang kini berada didalam pasukan Perak pernah dibuang oleh pasukannya sebelum ini kerana didapati telah melakukan perkara haram iaitu menjual dan menentukan keputusan perlawanan.

Mungkin ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu,dimana keputusan 3 gol seharusnya berlaku di stadium Ipoh ketika bertemu pasukan Terengganu di Ipoh pada 19 hb April. Keputusan 6 gol bolos ketika distadium Shah alam sebelum itu,tetapi ianya semua tidak menjadi kerana ada penyelamat didalam pasukan,namun akhirnya terlaksana juga keputusan bolos 3 gol di Terengganu,aku yakin dan aku percaya jalan jalang yang berada didalam pasukan ini kalau tidak dipantau dan tidak direhatkan maka perbagai lagi keputusan luar jangkaan akan berlaku.Aku nak tergelak pun ada pasukan Perak akan bangkit dan menjadikan pasukan k.... ...... pasukan pertama untuk dikalahkan.......

Lagi satu yang aku betul betul tak puas hati dengan Cikgu Jan,kata berpengalaman dan seorang jurulatih yang hebat,tapi habuk pun takde,bodo jer memanjang,taktikal tak berubah,pemain tak berubah...tapi ada 25 pemain yang diguna pemain tak leh pakai itu jugak digunakan.Gol gol yang bolos selama beberapa game termasuklah game lawan terengganu nie,macam budak baru first time jer kenal bola,dan macam baru first time main bola,tak masuk akal langsung.......

Aku pun tak paham yang dok kat bangku simpanan tuer dari pengurus sampai ke pemain smua hebat hebat belaka,tapi pehal bodo nak mampus,tak nampak ke apa yang dah berlaku......
Kalau boleh tuer bawak lah berbincang,buat satu percaturan yang baik,kalau dah tak boleh dengar pendapat orang keliling buatlah sesuatu atas perbincangan korang ........

Kalau dulu kononnya salah pihak pengurusan yang takder duit,senarai pemain yang mentah,gaji yang rendah,elaun takde.sekarang nie korang bajet sikit punya belambak,senarai pemain dasyat dasyat termasuk kaki judi. Elaun gol pun ada elaun kemenangan pun ada,Tapi hampeh.sekarang nak salahkan siapa pulak yer....sendiri fikir sendiri jawap dan sendiri tanggungla sampai akhirat.

No comments:

Post a Comment