Sunday, April 17, 2011

OHHHH KELAB SELADANG???????

Terlalu ramai sudah bertanya dan terlalu banyak kedengaran suara suara kurang enak didengar.
Setelah 12 perlawanan saingan liga super musim 2011 bermula tidak termasuk saingan Piala F.a,
aktiviti yang biasa dilakukan oleh Kelab Seladang tidak lagi melakukan aktiviti seperti dimusim lepas iaitu penyampaian cenderahati kepada pemain pemain yang terbaik setiap kali perlawanan yang berlangsung distadium keramat iaitu Stadium Perak.

Adakah Kelab tersebut sudah terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehinggakan tidak lagi mahu membuat aktiviti penyampaian cenderahati,atau sebaliknya.Malah antara suara suara sumbang yang berlegar diudara kali ini,hangat hangat tahi ayam......Kalau dibaca didalam akhbar tempatan, Boleh dikata kerap kali wajah wajah orang orang kuat Kelab Seladang keluar didalam akhbar dan perbagai komentar yang menarik mengenai pasukan dihemburkan.Tapi ianya hanya sekadar diakhbar ke????

Bukan itu sahaja malah ada suara suara yang tidak berpuas hati,kenapa Kelab seladang hanya mempromosikan rombongan yang dilakukan sekadar didalam laman web dan laman sosial FB, kenapa tidak dihebahkan distadium ketika perlawanan pasukan Perak berlangsung distadium Ipoh.Tahukah wahai pengurusan Kelab seladang,bukan semua penyokong pasukan Perak tahu mengenai laman web anda,kerana ada diantara mereka baru beberapa kali menjejakkan kaki ke stadium.

Harap harap pihak bertanggungjawab didalam Kelab Seladang dapat melakukan sesuatu demi kepentingan penyokong penyokong dikeliling juga.
(maklumat dari penyokong skor yob skor tg malim).......

No comments:

Post a Comment