Monday, January 13, 2014

Musim 2014 Liga Super Bakal tiba

Hampir kesemua pasukan tidak kira yang berada didalam liga Fam,Liga perdana dan Liga super,semua sudah menyiapkan pasukan masing masing dengan penuh bersemangat dan penuh keyakinan bahawa pasukan masing masing kini berada dalam keadaan yang terbaik dan mampu untuk merangkul sekurang kurangnya 1 piala untuk dibawa pulang kepejabat masing masing.

Tidak kurang dengan kehadiran barisan pemain import yang kononnya bertaraf world serta populariti pemain import masing masing diketengahkan hingga kepengetahuan pihak media diseluruh malaysia. Persoalannya mampukah mereka menunjjukan prestasi seperti yang telah digembar gemburkan tidak kira kedalam laman sesawang masing masing ataupun pengetahuan sehingga ke pihak media tempatan.

Harapan untuk melihat kelibat pemain import yang hadir kedalam Liga Malaysia musim 2014 dapat mempersembahkan satu kualiti dalam permainan yang sangat menarik dan hebat serta memiliki satu sikap yang profesional sangat tinggi. Jangan hanya ada pada nama konon pernah beraksi di sana disini mewakili itu dan ini tapi hasil serta kualiti yang ada lebih rendah berbanding kualiti pemain skuad belia dalam negara.

JDT antara pasukan yang mula mula memperkenalkan import untuk musim 2014 serta mewujudkan JDT 2 pasukan yang kini berada dalam saingan Liga perdana,Selangor turut mengambil ramai sekali pemain baru serta mengambil pemain Import yang pernah beraksi dengan pasukan Perak musim 2013,Terengganu dan T-Team juga antara pasukan yang kembali memperkuatkan pasukan masing masing dengan beberapa bintang yang telah kembali kepada pasukan untuk musim 2014, Kelantan walaupun ramai bintang yang telah meninggalkan pasukan itu namun berjaya memiliki beberapa pemain tempatan yang berkualiti serta dihadiri Forkey Doe dan Gaddar kedalam pasukan mereka serta kembali nya Steve Darby kedalam liga malaysia dimana kali pertama dan kali terakhir beliau bersama pasukan Perak pada tahun 2008.

Perak juga tidak kurang hebatnya dengan membariskan barisan kejurulatihan yang hebat walaupun pada hakikatnya dengan kehadiran beberapa pemain tidak ternama dan tidak diketahui kehebatan mereka serta kembalinya Hardi Jaafar dimana beliau hampir semusim tidak beraksi ketika di Felda musim 2013. Yang memalukan dimana pengurusan pasukan Perak gagal mendapatkan seorang pemain import yang sebenarnya bukanlah beraksi dengan pasukan sendiri didalam divisen 1 tapi adalah sebagai pemain pinjaman,tahniah F.A.M kerana begitu ketat untuk mengawal dengan ketat untuk pendaftaran pemain import dalam Liga Malaysia.

Walau bagaimanapun ucapan tahniah untuk semua pasukan yang terlibat dalam Liga Malaysia kerana berusaha sebaik mungkin untuk memajukan Liga kita. Harapan juga kepada seluruh penyokong Liga tempatan dapat menyokong pasukan masing masing tanpa melakukan pertelingkahan sesama sendiri kerana sukan Bola sepak adalah satu sukan yang unik kerana mampu menyatupadukan kita semua.

Kepada pengurusan pasukan pastikan perjalanan pasukan masing masing berjalan lancar tanpa ada masalah dari segi pembayarang gaji,seandainya rasuah melanda pasukan anda tepuk dada tanya selera......nak makan kangkung atau nak makan bayam............Kepada pemain berbelanjalah mengikut kemapuan masing masing jangan berbelanja lebih dari pendapatan anda,kalau terlebih belanja masalah juga Bookie sentiasa disekeliling anda.Dapatkanlah rezeki yang halal kerana semua yang kita lakukan didunia akan dihitung ketika dialam akhirat nanti............