Thursday, January 13, 2011

MAMPUKAH PASUKAN PERAK MENJUARAI LIGA MUSIM 2011

Dengan kehadiran beberapa pemain yang kononnya berkualiti antaranya Akmal Rizal bekas pemain Kedah,Selangor,Kelantan,Kebangsaan dan sebuah kelab yang berpengkalan di Prancis.Termasuk beberapa pemain yang pernah beraksi untuk pasukan Perak dan beberapa muka baru.Adakah mampu untuk menjuarai antara 3 piala yang dipertandingkan iaitu Liga super,Piala F.A dan Piala Malaysia.

Dengan tergugurnya beberapa pemain yang berpotensi iaitu Shahrizal Saad,Hafiszuan Sallehuddin,Wan Azwari,Shafuan Adli dan tidak terlepas dengan kecederaan pemain yang terpaksa berehat lama iaitu Ariff Ismail.Ditambah pula dengan penurunan pangkat dari skuad utama ke skuad bawah iaitu Khalis Ibrahim dan beberapa pemain skuad piala presiden yang hanya sekadar menjadi pemain simpanan kerana ingin mengutamakan pemain pemain tua seperti Khairy Zainuddin.Ditambah dengan kehadiran Bekas jurulatih Kebangsaan,Perlis,Pualau Pinang dan Kelantan iaitu Norizan Bakar.

Mampukah skuad Perak memiliki ramuan yang mantap dengan menambah 2 bekas pemain untuk menjadi penolong pengurus iaitu Isham Shaharudin dan Shahrul Azhar.
Semua ini menjadi tanda tanya didalam pemikiran penyokong setia pasukan Perak.
Mampukah pasukan Perak beraksi dengan gah dimana kini pasukan telah memiliki bas tajaan Arwana Travel & Tours SDN BHD.

Mampukah pemain pemain beraksi dengan jayanya apabila sentiasa mendapat sokongan yang padu dari penyokong penyokong yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan dari beberapa buah kelab.Apakah pemain pemain yang ada mampu menghindari dari gejala gejala tidak bermoral termasuk R.A.S.U.A.H. Semua ini hanya mampu dijawab oleh pemain pemain sendiri.