Thursday, April 21, 2011

Harap harap adalah taktikal lain pula ohhh perak

Sewajarnya perlawanan yang lalu dijadikan pengajaran,janganlah asyik keluar artikel(kita akan memperbaiki segala kelemahan) habuk pun tak der.Apa yang aku perhatikan,dari cikgu jan pegang team penang sampai ke team Perak nie,sama je dia ingat team bola macam jalan raya hanya perlu pakai bahan yang sama sampai akhir zaman. udahla gemor hanya menurunkan pemain yang sama tak kira situasi perlawanan,Aku tak la kata pemain pemain yang ada tak baguih tapi kenela tengok situasi bukan main bedal jer, mcm sekarang nie la game ganu,sabah,kelantan barisan dan corak taktikal yang sama cuma sorang jerla ada perubahan sikit.

Tidak dinafikan keupayaan Shahman,Khairi,Nasril nordin dan K.nanthakumar untuk mengemudi posisi masing masing dan mampu menjalankan tangunggjawap yang diberi,tetapi hanya sekadar kemampuan dalam perlawanan tertentu sahaja.Aku terasa pelik and bin heran,kenapa dan mengapa,beberapa pemain yang berpotensi besar dan telah menunjukkan satu prestasi yang agak mengagumkan dimana mampu menggalaskan tugas dengan jayanya, iaitu Ariff ismail yang juga seorang pemain pertahanan tengah,Azmeer Yusoff yang juga seorang pemain tengah dan pernah beraksi dengan baik di pertahanan kanan dan kiri,Khalis Ibrahim yang juga seorang pemain sayap kanan dan mampu beraksi cemerlang disayap kiri dan penyerang,Nurridzuan yang juga seorang pemain tengah dan mampu beraksi di sayap kiri dan kanan dan Shazuan Marthew yang juga seorang penyerang dan mampu beraksi baik di sayap kiri....Adakah Cikgu Jan tak yakin dengan keupayaan pemain pemain muda atau memang tak sukakan pemain pemain muda.Yang jadi persoalan dimulut mulut penyokong setia kenapa dan mengapa khairul amri penjaga gol yang berpotensi besar dan telah menunjukkan kehebatannya dimusim lepaih berbanding bekas penjaga gol Perak iaitu Megat Amir,bekas penjaga gol no 1 perak musim lepaih tak diberi peluang dan ruang untuk beraksi,adakah kerana terlalu kurang percayakan mereka mereka ini...

Harapan kali ini bukan sekadar untuk mendapatkan 3 mata tapi perubahan taktikal dan teknikal haruslah dilakukan segera demi menjaga maruah penyokong penyokong setia Perak,jangan sampai ada yang terluka melampaui batas,hargailah penyokong penyokong dan dengarlah pendapat orang sekeliling dan kajilah sedalam dalamnya. Pada pandangan aku lagi baguih kalau Cikgu jan hentikan pertukaran pemain pemain disaat akhir,kalau boleh buat la pertukaran tuer kira kira setengah jam sebelum permainan tuer berhenti,kalau tinggal 5 minit 3 minit kasi masuk Drogba pun tak boleh buat apa setakat tendag sekali dua bolehlah.

Pada pandangan akulah,nex game lawan ganu di kuala Terengganu nie K.nanthakumar diberi ruang beraksi 60 atau 50 minit pertama saje, kerana tenaga dia pun tak mampu sampai 90 minit dan masukkan Nazri kamal berganding dengan Shahrulnizam,Nazri kamal sebenarnya seorang pemain yang rajin mampu membantu dibahagian pertahanan.manakala Isma alif pasti akan dikeluarkan apakata digantikan dengan Shazwan Marthew lebih awal jangan sampai minit ke 85 udahlah.Aku juga mengharapkan seandai hishamudin tak dapat diturunkan ariff ismail ganding yang sesuai untuk digantikan untuk bersama sama di pertahanan tengah,kerana selama ini dilihat beliau tidak sesuai beraksi di pertahanan kiri dan kanan,beliau akan lebih kebal diposisi tersebut. maka diposisi pertahanan tengah untuk perlawanan ini tidak sesuai buat Shahman,kerana beliau seorang yang berbadan berat dan larian yang perlahan,diposisi tersebut lebih wajar meletakkan Nor hazrul ataupun Shazwan roslan.

Bagi aku dibahagian serangan sebenarnya takdak masalah yang besar,kerana penyerang kembar pasukan Perak iaitu Akmal rizal dan Shafiq jamal mampu menjaringkan gol,buktinya shafiq jamal dengan 5 gol dan akmal 6 gol. mungkin razali boleh digandingkan pula dengan Shafiq jamal di babak pertama dan babak kedua Akmal akan digandingkan kembali dengan pasangan beliau. Telinga aku jugak sekarang nie tak habis habis kedengaran konon kononnya ada penentuan keputusan dilakukan dan lebih menguatkan dimana sebuah laman web judi yang ada didunia ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat malaysia berbangsa cina dan ejennya iaitu berbangsa melayu memang sudah mengeluarkan jumlah gol yang akan tebolos,tapi keputusan tepat tak dipaparkan.

Aku pun terpikir jugak kalau perkara nie takder masakan jumlah gol sudah dapat di keluarkan ataupun senarai pasukan pasukan yang beraksi didalam senarai mereka. kerana aku pernah menyemaknya sendiri dimana apabila sesebuah perlawanan itu tak terlibat maka didalam sebuah kotak akan kosong.tapi bab bab nie aku tak berani nak cakaplah kan sebab tak der bukti.yang penting strategi coach perlu diubah sikit,yang lain mantap.........

No comments:

Post a Comment