Sunday, December 20, 2009

SIAPA KATA PAFA KINI HANCUR TANPA KEPIMPINAN YANG BARU

Ramai yang bersuara menyatakan selagi Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar memegang jawatan sebagai Presiden PAFA Maka hancur dan leburlah segala harapan dan impian rakyat negeri Perak untuk melihat pembangunan Bola sepak Perak terus maju. Ada juga suara suara sumbang menyatakan Pasukan Perak akan terus merudum dan juga harapan seluruh rakyat negeri ini tidak akan dapat melihat dan merasai nikmat kejuaraan pasukan. Apakah ini benar?

Cuba kita renungkan kembali sejarah dua ke tiga thun kebelakangan ini,semasa PAFA dibawah pemerintahan Dato Muhyiddin/Dato Zahid Hamidi. Adakah pasukan mampu melahirkan ramai bakat bakat muda untuk diperketengahkan dan mampukah mereka membawa piala sepeti yang diharapkan. Pokok pangkalnya semuanya harus diperlakukan oleh pemain pemain itu sendiri. Tidak guna miliki Presiden yang berpengaruh tinggi,tidak guna miliki pengurusan yang mantap dan tidak guna miliki jurulatih import,seandainya pemain pemain itu sendiri tidak menggunakan kesemua itu dengan berkesan dan tidak bermain secara mati matian.

Apa guna gaji yang ditawarkan sehingga berpuluh puluh ribu,sedangkan gaji tertunggak sehingga empat ke lima bulan, caruman kwsp tertunggak sehingga bertahun tahun,pembayaran Perkeso yang sedikit pun mampu untuk tidak dibayar.Apakah pengurusan Sebeginirupa harus dipanggil kembali untuk memerintah PAFA. Bukan itu sahaja pemimpin sebelum sebelum ini sanggup berhutang sehingga beratus ratus ribu kepada syarikat bas yang menghantar dan mengambil pemain dan pegawai untuk dibawa ke destinasi tertentu.Itu baru mengenai hutang piutang yang dilakukan belum kira lagi wang yang disalah gunakan,contoh salah satu ketika Pasukan Bola Sepak Perak layak untuk bermain dalam saingan piala AFC. ada makhluk Allah yang membawa keluarga bersama sama pemain dan pegawai ke luar negara dengan menggunakan wang persatuan.

Apakah ini semua berlaku dibawah pemerintahan Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar. untuk pengetahuan kepada semua pembaca pembaca,selama persatuan ini dibawah pimpinan beliau belum ada lagi gaji yang tertunggak belum timbul lagi caruman kwsp tidak dibayar,belum wujud lagi berhutang dengan syarikat bas dan belum serunya lagi untuk terus berhutang dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Apa yang lebih menarik perbelanjaan persatuan musim 2009 PAFA tidak dapat menggunakan satu sen pun wang geran dari F.A.M akibat telahpun diambil oleh pihak pengurusan ketika dibawah kepimpinan yang terdahulu. Walaupun wang yang ditaja dari syarikat tertentu tidak mencukupi namun kesemua masalah mampu diselesaikan secara profesional,kecuali gaji gaji pemain yang tertunggak dibawah kepimpinan terdahulu.

Walaupun gaji pemain dimusim 2009 agak rendah namun pemain pemain tidak dapat merasakan kesusahan kerana gaji dibayar mengikut masa selewat lewatnya 7 haribulan. Apakah kita semua ingin melihat pemain pemain dibayar gaji yang mahal tetapi mereka tidak dapat gaji sehingga tujuh ke lapan bulan. fikir fikirkanlah wahai pengkritik diluar sana.

No comments:

Post a Comment