Tuesday, March 26, 2013

PALESTIN LEBIH GAGAH

Skuad Rajagopal sekali lagi mengulangi kejayaan tewas dalam perlawanan persahabatan walaupun kali ini adalah perlawanan amal.


Tidak sewajarnya barisan pemain Harimau malaya memperaga aksi sedemikian kerana beraksi dilaman sendiri,Faktor cuaca,keamanan,jadual perlawanan dan kelengkapan tempat serta keperluan peralatan untuk diguna pakai dalam sesi latihan jauh lebih jelas Malaysia memiliki kelebihan berbanding Palestin. Bukan kecewa sebab tewas tapi kecewa sebab mutu permainan dan mutu asas permainan bolsepak barisan pemain negara lebh teruk dan mundur berbanding barisan pemain Palestin.

Barisan pemain tengah sememangnya gagal menjadi nadi setiap gerakan pasukan,jentera tengah pasukan negara turut gagal membantu pemain penyerang untuk menjaringkan gol.Letaklah penyerang terbaik dunia sekalipun sekiranya bahagian tengah dan sayap gagal membantu dan melakukan hantaran kemas dan tepat kepada penyerang agak mustahil akan terlaksana jaringan.

Pemain pemain seolah olah tidak tahu tugasan masing masing,dari segi pergerakan untuk menyerang dan bertahan,seringkali melakukan tindakan yang tidak masuk akal,serta gagal melakukan cubaan tepat kearah gol. Pertikaian terhadap Rajagopal.kata sudah kenal pemain pemainnya,tapi kenapa masih gagal melaksanakan satu taktikal yang mampu untuk dipikul dan digalas pemain pemainnya,antaranya perlukan corak pemainan yang baru seperti melakukan hantaran hantaran pendek dan jarak antara pemain pemain jangan terlalu jauh kerana apa yang dilihat dari mata kasar ini pemain pemain kebangsaan tidak memiliki kekuatan larian dan hantaran yang kurang tepat.


No comments:

Post a Comment