Thursday, January 28, 2010

WAJARKAH

Wajarkah seorang Presiden Kelab Peminat menyuarakan tidak akan jejakkan kaki ke stadium Selagi Presiden Pafa Diterajui Oleh Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar.Walhal Beliau menjadi seorang Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak,bukan Untuk Menjadi Presiden Kelab Peminat mana mana Parti Politik.

Sebagai seorang Presiden Kelab Peminat harus menarik seberapa ramai hadir kestadium untuk menyokong pasukan Kerana Semua telah mengetahui Bahawa sukan Bola Sepak dinegeri Perak ini adalah sukan no 1 dikalangan peminat dan penyokong. Tidakkah kita kasihan dengan pemain pemain muda kita yang terlalu dahagakan sokongan padu daripada kita semua. Wajarkah kita harus mengekalkan Jamil sebagai Presiden Kelab Peminat.

Untuk pengetahuan kepada semua Pemabaca pembaca beberapa hari yang lalu,Saudara Jamil hampir hampir menjadi seorang penjenayah kerana, Beliau bergaduh dengan salah seorang penyokong dan peminat bola sepak Perak,dimana Jamil mengeluarkan Senjata tajam untuk menikam seseorang.Wajarkah tindakan sebegitu rupa dilakukan.

Terlalu ramai yang bersuara ingin Kelab Peminat membuat EGM dimana untuk memberi peluang kepada orang yang lebih layak untuk menerajui Kelab tersebut.Kepada Jamil tidak perlulah Anda mengekalkan jawatan tersebut,kerana anda seorang Presiden yang mampu untuk menjatuhkan pasukan dimata dunia,dan menjadikan Kelab tersebut jatuh ke alam Khayalan sahaja.

Semua telah mengetahui bahawa kelab Peminat kini tidak layak untuk menjual tiket kerana tindakan Jamil yang berhutang dengan PAFA selama ini. Kalau ingin melihat kembali Kelab mendapat hak tersebut semula sila letak jawatan dengan segera,dan sila bayar hutang piutang kelab ke PAFA dengan kadar segera. Kasihanilah ahli ahli yang berada di dalam kelab,Jangan hanya fikir diri sendiri dan poket sendiri.

No comments:

Post a Comment