Thursday, January 14, 2010

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Pernah disuarakan oleh presiden kelab peminat bola sepak perak iaitu saudara JAMIL, selagi Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar tidak melepaskan jawatan sebagai Presiden Pafa Beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden kelab peminat.

Tetapi kini lain pula jadinya dimana saudara Jamil kini berpendirian lain pula,beliau hanya menguruskan rombongan kelab ke perlawanan luar dari Perak dengan mendapat bantuan daripada menteri besar Perak iaitu dato Zamry untuk menggunakan bas kerajaan negeri. Beliau tidak akan menghadirkan diri ke stadium Ipoh ataupun kemana mana saja stadium selagi Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar berada didalam Pafa.

Kalau dilihat tindakan beliau menampakkan beliau cuba bermain politik didalam sukan,apakah sewajarnya manusia sebegini rupa dijadikan presiden ataupun dihormati sebagai manusia ataupun juga melihatnya sebagai seorang insan yang berguna.Beliau juga telah mempengaruhi golongan golongan tertentu dan cuba memisahkan antara penyokong yang lain. Sesiapa sahaja yang cuba menubuhkan kelab baru dan cuba mengambil alih tugas beliau sebagai presiden kelab peminat akan dijadikan musuhnya.

No comments:

Post a Comment