Thursday, May 26, 2011

CABAR PAFA.......

Dengan berita kehilangan Razali Umar Kandaasamy sekali lagi setelah di beri amaran terakhir,diharapkan pihak berwajib didalam Persatuan Bola Sepak Perak menggugurkan beliau atau mengantung dalam tempoh tertentu demi memberi kesedaran betapa pentingnya disiplin dalam kehidupan ataupun kerjaya.

Agak terkilan dengan sikap Razali yang tidak pernah berubah dari mula mula beliau menjadi pemain bola sepak sehingga ke hari ini sikapnya tidak pernah berubah.Malah kerana tingkah lakunya merencatkan sedikit strategi yang ingin dilakukan oleh jurulatih.Tidak dinafikan bahawa Razali Umar Kandasamy sebenarnya seorang pemain yang berpotensi dan beliau juga adalah seorang pemain penyerang yang terhebat di Malaysia dengan kepantasan lariannya dan bagus dalam kawalan menendang dan mengawal bola.

Tanyalah mana mana pemain pertahanan,pasti gerun dan akan mengawal seketat ketatnya terhadap Razali setiap kali beliau melakukan larian solo tanpa bola mahupun ketika berlari bersama sama bola,rembatannya juga padu dan mengelirukan.Apa yang lebih menarik tentang beliau,bukan sahaja memiliki penyokong dari negeri Perak sahaja malah mempunyai penyokong di merata dalam negara ini termasuk pengulas sukan Astro Arena sendiri mengakui meinati dan menyokong terhadap Beliau.Namun disebabkan masalah disiplin prestasinya agak merudum terlalu jauh kebawah,sehingga mampu dipintas oleh penyerang muda yang ada didalam negara kita.

Apa apapun hukuman berat wajib dijatuhkan ini demi menyedarkan dan mengembalikan beliau ke jalan yang lurus tanpa was was.

No comments:

Post a Comment