Saturday, February 13, 2010

ANGKARA SIAPA?

Persatuan Bola Sepak Perak gagal menghantar wakil ke F.A.M untuk menghadiri mesyuarat mengenai kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung Di Afrika tidak lama lagi. Ini memalukan nama persatuan itu sendiri dan rakyat negeri Perak.

Kenapa dan Mengapa ianya terjadi. Adakah pihak Admin Persatuan menganggap ianya hanya perkara Remeh atau sengaja berkomplot dengan individu tertentu untuk menjatuhkan orang orang yang tertentu,Sudahlah sebelum ini ada yang ingin melakukan kerja syaitan untuk menjatuhkan pengurusan dan jurulatih sedia ada.

Diharapkan perkara sebegini rupa tidak berulang lagi dan pihak kami sukan untuk semua mengharapkan pihak pengurusan sedia ada akan lebih peka mengenai perkara perkara yang bakal wujud selepas ini demi menjaga maruah pasukan. Pihak pengurusan dan jurulatih perlulah mengambil langkah sewajarnya terhadap yang mengabaikan perkara sebegini rupa dan akan sentiasa berhubung dengan pasukan lain setiap waktu demi memastikan perkara sebegini rupa tidak berulang lagi.

No comments:

Post a Comment