Monday, February 22, 2010

HASIL UNDIAN TERHADAP PASUKAN PERAK

Hasil undian mengenai mampukah pasukan Perak menjuarai sekurang kurangnya satu piala untuk musim 2010,nampaknya hampir 75 peratus mengatakan mampu.

Tetapi kalau dilihat kembali prestasi semasa untuk sepanjang saingan musim ini sehingga perlawanan yang terakhir iaitu ketika pasukan Perak menentang skuad T-Team dimana 15 peratus mengatakan tidak mampu.

Bagaimana perkara sebegini rupa boleh terjadi,sehinggakan antara kita mempunyai satu impian ataupun satu harapan yang berbeza.Mungkinkah disebabkan prestasi pasukan Perak yang kini sudah tidak seperti dahulu,kerap berada di satu tahap yang membingungkan semua penyokong yang menyaksikan pasukan berentap.Bukan itu sahaj malah 4 peratus kurang yakin dengan pemain pemain dan jurulatih yang sedia ada,mungkin ini juga adalah punca paling utama menyebabkan segelintir diantara kita masih lagi kurang pasti untuk terus menyokong pasukan atau tidak.

Apa yang diharapkan oleh penyokong yang masih yakin dan masih lagi mahu terus menyokong pasukan mengharapkan jurulatih terus mengandakan latihan mengenai taktikal dan asas bola sepak kepada pemain pemain agar prestasi yang dimiliki akan terus meningkat.Ada juga yang berpendapat mengharapkan agar jurulatih berfikiran lebih terbuka dimana bijak mengatur strategi perlawanan yang berbeza kerana strategi yang dilakukan oleh jurulatih kini sudah lapuk dan memudahkan pasukan lawan untuk mengetahui kelemahan dalam pasukan Perak.

No comments:

Post a Comment