Wednesday, February 17, 2010

WAHAI JAMIL DAN MUSTAPHA JANGANLAH BERMAIN POLITIK DIDALAM SUKAN

Kenyataan Preisden kelab Peminat(Jamil) dimedia pada hari ini melambangkan ada lagi niat yang tidak betul terhadap kepimpinan PAFA. Kenyataan kali ini melibatkan tentang kutipan derma RM1 terhadap PAFA yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Perak. Disebabkan jumlah wang derma yang tidak dihebahkan oleh PAFA dan pihak yang berwajib maka Jamil timbulkan perkara ini di media cetak(akhbar),menyatakan kononnya jangan permainkan perasaan dan wang peminat yang menderma.

Apa yang menghairankan kenapa ketika dizaman pemimpin pemimpin sebelum ini yang tidak melunaskan gaji dan bonus pemain pemain tidak pula si Jamil membuat kenyataan di media cetak?Walhal ketika di musim 2008 persatuan bola sepak Perak begitu mewah sehinggakan wang belanjawan PAFA musim 2009 telahpun digunakan pada musim 2008,itupun masih lagi tidak mampu untuk melunaskan gaji pemain pemain selama 4 bulan.Kenapa ianya tidak dipanaskan sehingga ke corong corong radio dan di kaca televisen. Diharapkan PAFA keluarkanlah pula kenyataan di akhbar mengenai kemana hilangnya wang jualan tiket yang telah dicuri oleh JAMIL.Jangan jadi pengecut hanya mendiamkan diri sedarlah PAFA kini berada dilandasan yang sangat sangat terpuji,Bongkarkan rahsia yang terpendam selama ini.

Lain pula kenyataan si Mustapha yang gila kuasa ini, kononnya kenapa didalam Pafa punya 2 kelab penyokong/peminat. Bagi pihak sukan untuk semua rasanya kalau wujud kelab penyokong/peminat sehingga beribu tidaklah ada salahnya,dan tidaklah mendatangkan peperangan,pepecahan dan permusuhan. Kononnya terwujudnya kelab yang baru ini berlandaskan politik. Wahai mustapha anda kenalkah siapa yang berada didalam komuniti kelab baru tersebut,janganlah buat kenyataan seperti budak baru nak belajar membaca.Kenapa anda tidak mempertikaikan terwujudnya beribu kelab penyokong untuk pasukan diluar negara contoh sepeti Liverpool,Chelsea dan yang lain lain,adakah penyokong penyokong yang ada berpecah,terutama cuba kita lihat penyokong Manchester United ketika perlawanan persahabatan di stadium bukit jalil selama 2 hari,walhal bukan semua yang berada dibawah satu bumbung.

Persoalannya kini kenapa dan mengapa Kelab peminat yang sedia ada dibawah kepimpinan JAMIL YANG GILA KUASA itu tidak melaksanakan tugasan mereka dengan sewajarnya,contoh yang pertama, mengpa tidak membenarkan ahli mereka untuk bermain gendang sepanjang perlawanan berlangsung,kononnya dengan alasan PAFA tidak membenarkan mereka dari Kelab Peminat yang sah ini untuk menjual tiket,janganlah persalahkan pihak PAFA seratus peratus sedangkan ketika PAFA membenarkan kelab peminat menjualnya kerana silalah bayar hutang piutang kelab terhadap PAFA,kalau kata tiket tidak laku mana perginya tiket yang tidak terjual itu,takkan semua sudah dibuang kedalam lubang najis rumah mustapha atau lubag najis rumah JAMIL.

Bagi pihak kami dari sukan untuk semua tindakan kelab baru yang ditubuhkan ini teramat membanggakan rakyat negeri Perak kerana mereka tetap menyokong pasukan sehinggakan setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Perak di Stadium paling buruk didunia ini(STADIUM IPOH) pasti ada pemain pemain Perak yang akan menerima anugerah asalkan pasukan tidak tewas.Memiliki pemain pemain kompang bukannya ditanggung oleh PAFA,Kelab Peminat ataupun MBI. Kelab yang dimaksudkan ialah Seladangfc.com.

Dimanakah yang menyebabkan mustapha membuat kenyataan apabila terwujudnya kelab peminat yang baru membuatkan perpecahan. Untuk pengetahuan wahai rakyat negeri Perak sebenarnya diPerak kini bukan sahaja ada 2 kelab Peminat malah ada banyak,iaitu
SELADANGFC,SELADANG.NET,YOB4EVER dan yang terbaru SILVER STATE ULTRAS,sepanjang pemerhatian pihak kami distadium Ipoh yang uzur itu, mereka menyokong dan menyaksikan perlawanan tetap akan sentiasa bersama,malah yang jauh dari Perak tetap turun dan ingin bersama sama yang lain distadium,tetapi kelibat mustapha dan Jamil tidaklah pula nampak distadium yang kami nampak diakhbar sahaja.

Kami mengharapkan pihak pihak yang tertentu bertaubatlah sebelum anda ditaubatkan dan juga kami mengharapkan akan ada pihak membuat sembahyang hajat agar manusia manusia yang bergelar anak syaitan ini berubah demi maruah rakyat negeri Perak dan Paukan bola sepak Perak.

No comments:

Post a Comment