Tuesday, March 8, 2011

Nampak sangat lalang terbesar didunia.......

Kelab peminat sememangnya memiliki satu sejarah yang teramat hebat dimata dunia kerana memiliki Presiden yang kaya tapi setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Perak tidak kiralah dimana pun pastinya subsidi percuma ingin dikecapi.Pemain pemain gendang kelab peminat dibayar hasil dari kutipan derma dari pihak pihak tertentu termasuklah mendapatkan harga subsidi untuk kenderaan rombongan kelab peminat.

Mari kita imbas kembali sejarah kelab ini dimana mereka ini yang diwakili Jamil lalang, sebenarnya tidak layak untuk memimpin semua penyokong penyokong Perak kerana yang pertama mereka ini adalah sekadar peminat,untuk pengetahuan kalian peminat hanya akan meminati sesuatu itu apabila sesuatu itu berada di atas nun jauh dikayangan.Yang kedua,apabila PAFA tidak memberi sebarang imbuhan terhadap mereka,Dengan kuasa Jamil sebagai Presiden Kelab Peminat menghalang pemain pemain gendang bermain gendang.termasuklah bersumpah tidak akan menyokong pasukan,inikah calon ketua kita semua....renung renungkanlah.Yang ketiga,apabila kelab mereka ini hampir tenggelam kedalam tanah batu 2,mulalah menfitnah orang lain,dan menjatuhkan segala perkara yang berada dikeliling mereka dengan harapan mereka akan kembali berada di atas.

Apa yang memalukan pada kali ini pula,sanggup mengeluarkan kata kata kesat apabila pemain pemain gendang seramai 7 orang tidak dapat masuk secara percuma ke dalam stadium.Kononnya sudah lama memberi sokongan terhadap pasukan,yelah mana tidaknya asyik dapat subsidi saja dan asyik dapat free saja.Kali ini sikap sedemikian bukan saja dimiliki oleh Presiden mereka,ianya sudah berjangkit dengan begitu serius sekali,dimana Ahli Ahli jawatankuasa mereka turut mengatakan bahawa jangan marah kalau bunyi paluan gendang tak lagi kedengaran distadium sepanjang perlawanan berlangsung,kerana tak dibenarkan masuk secara percuma.kononnya paluan gendang itu adalah penaik semangat kepada pemain pemain.padahal bunyinya taklah kuat sangat kuat lagi bunyi kereta bomba depan stadium itu.

Entahlah adakah kelab peminat bakal menemui ajal mereka lebih awal.atau mereka sebenarnya tak dapat sebarah habuan dari dato zainol sepertimana mereka dapat ketika dibawah pimpinan Dato Zahid,Dato Tajul Rosli dan dibawah pimpinan Dato Muhyiddin.
Kalau macam itu lah,lebih baik stadium Ipoh ditukarkan kepada stadium kelab lalang jamil ataupun negeri perak ni letak saja nama jamil,ambik percuma sampai kiamat.

Saturday, March 5, 2011

JAMIL MEMALUKAN DIRI SENDIRI..........

Ketika pasukan Perak berperang ditengah padang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dengan sebuah pasukan Kelab iaitu Sime Darby,Jamil pula sedang berperang seorang diri dihadapan pintu Pentas utama,kerana tidak dibenarkan untuk memasuki stadium secara percuma bersama sama 7 orang ahli kelab peminat yang terlibat dengan gendang.

Beliau mempertikaikan kewibawaan PAFA dimana kononnya hampir 10 tahun dibenarkan masuk secara percuma tanpa sebarang halangan dan rintangan walaupun yang turut mengikuti masuk secara percuma hampir berpuluh orang.Katanya ketika sedang memberontak bagai orang gila(kami bukan nak duduk kat grand stand tapi kami nak duduk kat tempat terbuka untuk bermain gendang dan untuk memberi sokongan kepada pasukan),wajarkah kita memasuk kestadium secara percuma semata mata untuk memberi sokongan. Sudahlah setiap pemain pemain gendang mendapat elaun sebanyak RM15,masuk pula inginkan secara percuma,adilkah untuk kumpulan penyokong yang lain terutama kepada pemain pemain gendang ataupun dram.

Contoh seperti Segelintir ahli kumpulan silverstate ultras yang datang nun dari lembah kelang,sudahlah masuk kena beli tiket,berdiri sambil menyanyi dituruti paluan dram atau gendang sepanjang 90 minit tanpa masa kecederaan,tidak pula meminta simpati untuk mendapat subsidi masuk secara percuma.Tidak pula memekik seperti orang gila untuk mendapatkan tiket percuma,atau mendapat apa apa imbuhan dari PAFA.

Secara logiknya dimana seseorang penyokong yang ingin memberi sokongan tidaklah perlu mendapat subsidi percuma untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Perak,Kita harus faham,untuk memberi sokong bukan sahaja perlu bermain gendang dengan mendapat imbuhan dan masuk secara percuma,kerana kalau 10,000 orang yang bermain gendang takkan semua sekali boleh masuk percuma,dengan cara membeli tiket dan memberi sorakan semangat untuk pasukan sendiri itu adalah lebih wajar dan berkesan itu barulah dinamakan memberi sokongan.

Untuk pengetahuan kalian,Saudara Jamil iaitu presiden Kelab peminat tak pernah masuk bayarpun kestadium,cuma datang kestadium menggunakan kuasanya sebagai presiden kelab peminat dan dapatlah masuk secara percuma untuk duduk di pentas utama.

Nasihat kami dari sukanuntuksemua,wajarnya Jamil menjadi Presiden pesakit pesakit sakit jiwa hospital TG RAMBUTAN atau di TAMPOI.........
Mmemalukan sahaja...........

Saturday, February 12, 2011

Adilkah PAFA?

Pasti ada yang perasankan kedatangan pasukan RELA menjadi pasukan keselamatan Stadium selain FRU di Stadium Perak, Ipoh pada musim ini. Apakah pasukan RELA ini benar-benar mematuhi etika untuk menjadi pasukan keselamatan stadium pada musim ini? Apa tidaknya, ada segelingtir penyokong yang membeli tiket berasa tidak puas hati setelah melihat beberapa anggota pasukan RELA membiarkan penyokong menggunakan pas bermusim berulang-kali dengan menghulur kepada rakan mereka diluar pagar. Sediamaklum, pas bermusim hanya dibenarkan digunakan sekali bagi tiap-tiap perlawanan dengan kod keselamatan yang telah "discan", namun apa yang mendukacitakan, setelah kad tersebut "discan" dan didapati "error", pasukan keselamatan ini masih membenarkan penyokong masuk kestadium.

Dan ada pula khabar angin mengatakan pengawal yang sekian lama berkhidmat dengan PAFA ditolakkan elaun lebih 20% bagi setiap perlawanan. Sedangkan kerja makin bertambah kerana lebih 40 anggota RELA ini tidak mempunyai pengalaman dan masih perlu banyak belajar. Selain itu juga, manakah peranan RELA yang menjadi penunjuk arah kepada para penyokong yang hadir ke stadium? ini kerana dilaluan kaki lima mengelilingi stadium (pertengahan tempat duduk) penyokong berdiri dan telah menghalang penonton atau kanak-kanak yang duduk dibelakang penyokong PENGACAU ini. Kalau nak berdiri silalah bersama-sama SilverState Ultras yang berdiri bersorak tanpa henti dan tidak perlu menonton dihadapan penonton yang duduk. Dan adakah RELA ini menerima arahan Ketuanya sebelum perlawanan berlangsung, kerana dikhabarkan juga, ketua pasukan RELA itu sendiri datang lambat ke stadium. Displinkah mereka ini? sama-sama kita lihat. Mereka berdiri di balapan ditepi padang melihat "kita" atau menonton "bola" sama-sama kita renungkan dan selamat menyokong!

Friday, February 11, 2011

SHABERY CHEEK BUAT SEGELINTIR PENYOKONG BERANG



Menteri yang pendek akal telah membuatkan segelintir penyokong berang akibat kenyataannya beliau terhadap sekumpulan penyokong adalah P.E.N.G.A.C.A.U....

Kenyataan yang dibuat beliau sebelum ini menyebabkan imej negara Malaysia mula dipandang rendah kerana hanya 5000 penyokong sahaja yang menghadirkan diri untuk memberi sokongan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan tempoh hari di stadium Shah Alam.

Ramai beranggapan Shabery Cheek hanya tahu bercakap menggunakan kepala lutut,dimana tidak tahu menilai Mercun,Bunga api dan Flare ataupun Bom asap.....
Untuk pengetahuan wahai si menteri mulut buih dimanakah anda ketika pasukan berada dibawah dan hanya menjadi pasukan Belasahan.Dimanakah pihak pihak yang pada hari ini mula tampilkan diri kehadapan sedangkan dahulunya menyepikan diri di belakang batu nisan kubur.

Sewajarnya anda sebagai seorang menteri tidak patut berkata kata seperti anak yang baru kenal perkataan.Pihak kami memuji sekumpulan penyokong yang tidak henti henti memeriahkan suasana distadium tidak kiralah dimana kedudukan pasukan negara,mereka sanggup melakukan apa sahaja baik menyanyi sepanjang perlawanan,membakar flare bagi menampakkan suasana yang meriah demi memastikan pemain pemain bermain dengan penuh bersemangat.Bukan seperti anda dan bukan seperti satu stesen radio swasta dimalaysia ini mengatakan Kumpulan penyokong tersebut adalah penyokong yang tidak bertamadun.

Tidakkah semua orang tahu bahawasanya ketika penyokong yang berada diera zaman kegemilangan pasukan Malaysia dahulu,Flare telahpun digunakan distadium,Jelas dan nyata Shabery seorang yang sebenarnya tidak tahu apa apa mengenai sukan,yang hanya tahu membuihkan mulut sahaja.Tidak lupa juga kepada pengacara radio yang mengatakan sekumpulan penyokong tersebut tidak bertamadun.Kalau tak tahu mengenai sokongan jangan berkata apa apa tentang penyokong.

Seandainya Shabery Cheek tidak memohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia,selagi itulah kekecohan pasti akan melanda negara,dan rakyat akan terus membenci dan menyumpah shabery kealam jahanam.

Thursday, February 10, 2011

NAJIB INGIN BERTANDING PRESIDEN KPBP


Dengan keberanian Najib untuk menjadi Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak harus diberi penghormatan,kerana difahamkan Presiden yang ada kini iaitu Jamil telah hampir sedekad memegang jawatan tersebut,Jamil mampu bertahan bukan disebabkan sememangnya beliau layak tetapi disebabkan taktik menipu dan merasuah menguatkan Jamil kekal didalam KPBP.

Najib juga berkata beliau ingin bertanding untuk merebut jawatan tersebut apabila Mesyuarat agung yang akan dibuat tahun hadapan,demi menaikkan kembali imej KPBP yang telah tercalar selama ini gara gara sikap buruk Jamil.Najib juga mengharapkan agar penyokong dan peminat semua bersatu demi menaikkan imej rakyat negeri Perak dimata luar.Najib juga ada berkata,walaupun beliau salah seorang yang memegang jawatan didalam KPBP,bukan bermakna beliau harus bermusuh dengan kelab kelab lain iaitu Kelab Seladang,Silver state ultras,Yob4ever,Seladang dot net dan banyak lagi.

Najib juga mengharapkan perlawanan akan datang seluruh penyokong setia bola sepak Perak memenuhi setiap tempat duduk yang ada distadium demi memberi sokong padu terhadap pasukan,bukan diatas sebab faktor politik,ataupun keadaan pasukan yang tidak kuat.Contohilah penyokong diluar negara, walaupun pasukan berada dibawah namun penyokong mereka tetap berada di belakang pemain dan pasukan.

Najib juga mengharapkan kepada yang belum mendaftar untuk menjadi ahli KPBP moh ke gerai kelab peminat.Najib juga menasihati seandainya KPBP mengadakan mesyuarat agung dimasa akan datang,kesemua ahli turut hadir menjayakannya.Najib juga mengharapkan kesemua penyokong yang ada janganlah bermusuh antara satu sama lain kerana ianya merugikan diri sendiri,dan pihak luar akan memandang rendah terhadap kita semua.

Monday, February 7, 2011

Mampukah Penyokong bersatu ? ? ?

Mampukah ianya direalisasikan......Itulah persoalan yang berada disetiap bibir hampir kesemua penyokong bola sepak Perak...

Yang pasti dan jelas dimana ramai yang tidak mahu bersatu selagi Jamil Presiden kelab syok sendiri berada didalam organisasi yang mungkin akan ditubuhkan.Semua orang tahu Jamil seorang individu yang pentingkan diri sendiri dan suka memburukkan sesiapa sahaja yang menjadi pencabarnya.Terutama yang bakal menjadi ketua antara penyokong penyokong yang ada.bukan itu sahaja malah orang ramai sudah amat membenci beliau atas sebab berpolitik didalam sukan.Sehingga sanggup bersumpah tidak akan menyokong pasukan Perak.

Kami yakin seandainya Pemimpin PAFA kini juga pasti menerima nasib bencana yang sama seandainya pasukan Perak berada didalam satu suasana yang memeritkan. Pasti Presiden PAFA akan dihentam selumat lumatnya. Apa yang mengejutkan dimana ketika pasukan Perak bertemu dengan pasukan Kuala lumpur distadium Cheras kelab tersebut tertera dengan kata kata Dulu,Kini dan selama lamanya menyokong pasukan Perak,walhal musim lepas mereka langsung tidak menyokong,malah mengharamkan pemain pemain gendang untuk memalu gendang distadium setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Perak kecuali mewajibkan memalu gendang ketika Pasukan lagenda Perak bertemu pasukan Lagenda Selangor.

Sekarang ini tugas Jamil adalah untuk membodek dan mendapatkan sesuatu dari PAFA demi keuntungan diri sendiri,wajarkah Jamil berada didalam kelompok penyokong setia Perak. Jamil juga tidak berpuas hati apabila tertubuhnya banyak kumpulan penyokong.Beliau terasa kumpulan penyokong yang tertubuh adalah kumpulan pengugat kelab peminat yang sudah hampir 10 tahun bertapak di Perak.Apa yang pasti Jamil akan terus berusaha untuk menjatuhkan maruah kumpulan kumpulan penyokong yang sedia ada dan yang tumbuh disekeliling Perak ini.Beliau akan guna apa cara sekalipun.

Thursday, January 13, 2011

MAMPUKAH PASUKAN PERAK MENJUARAI LIGA MUSIM 2011

Dengan kehadiran beberapa pemain yang kononnya berkualiti antaranya Akmal Rizal bekas pemain Kedah,Selangor,Kelantan,Kebangsaan dan sebuah kelab yang berpengkalan di Prancis.Termasuk beberapa pemain yang pernah beraksi untuk pasukan Perak dan beberapa muka baru.Adakah mampu untuk menjuarai antara 3 piala yang dipertandingkan iaitu Liga super,Piala F.A dan Piala Malaysia.

Dengan tergugurnya beberapa pemain yang berpotensi iaitu Shahrizal Saad,Hafiszuan Sallehuddin,Wan Azwari,Shafuan Adli dan tidak terlepas dengan kecederaan pemain yang terpaksa berehat lama iaitu Ariff Ismail.Ditambah pula dengan penurunan pangkat dari skuad utama ke skuad bawah iaitu Khalis Ibrahim dan beberapa pemain skuad piala presiden yang hanya sekadar menjadi pemain simpanan kerana ingin mengutamakan pemain pemain tua seperti Khairy Zainuddin.Ditambah dengan kehadiran Bekas jurulatih Kebangsaan,Perlis,Pualau Pinang dan Kelantan iaitu Norizan Bakar.

Mampukah skuad Perak memiliki ramuan yang mantap dengan menambah 2 bekas pemain untuk menjadi penolong pengurus iaitu Isham Shaharudin dan Shahrul Azhar.
Semua ini menjadi tanda tanya didalam pemikiran penyokong setia pasukan Perak.
Mampukah pasukan Perak beraksi dengan gah dimana kini pasukan telah memiliki bas tajaan Arwana Travel & Tours SDN BHD.

Mampukah pemain pemain beraksi dengan jayanya apabila sentiasa mendapat sokongan yang padu dari penyokong penyokong yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan dari beberapa buah kelab.Apakah pemain pemain yang ada mampu menghindari dari gejala gejala tidak bermoral termasuk R.A.S.U.A.H. Semua ini hanya mampu dijawab oleh pemain pemain sendiri.