Saturday, February 12, 2011

Adilkah PAFA?

Pasti ada yang perasankan kedatangan pasukan RELA menjadi pasukan keselamatan Stadium selain FRU di Stadium Perak, Ipoh pada musim ini. Apakah pasukan RELA ini benar-benar mematuhi etika untuk menjadi pasukan keselamatan stadium pada musim ini? Apa tidaknya, ada segelingtir penyokong yang membeli tiket berasa tidak puas hati setelah melihat beberapa anggota pasukan RELA membiarkan penyokong menggunakan pas bermusim berulang-kali dengan menghulur kepada rakan mereka diluar pagar. Sediamaklum, pas bermusim hanya dibenarkan digunakan sekali bagi tiap-tiap perlawanan dengan kod keselamatan yang telah "discan", namun apa yang mendukacitakan, setelah kad tersebut "discan" dan didapati "error", pasukan keselamatan ini masih membenarkan penyokong masuk kestadium.

Dan ada pula khabar angin mengatakan pengawal yang sekian lama berkhidmat dengan PAFA ditolakkan elaun lebih 20% bagi setiap perlawanan. Sedangkan kerja makin bertambah kerana lebih 40 anggota RELA ini tidak mempunyai pengalaman dan masih perlu banyak belajar. Selain itu juga, manakah peranan RELA yang menjadi penunjuk arah kepada para penyokong yang hadir ke stadium? ini kerana dilaluan kaki lima mengelilingi stadium (pertengahan tempat duduk) penyokong berdiri dan telah menghalang penonton atau kanak-kanak yang duduk dibelakang penyokong PENGACAU ini. Kalau nak berdiri silalah bersama-sama SilverState Ultras yang berdiri bersorak tanpa henti dan tidak perlu menonton dihadapan penonton yang duduk. Dan adakah RELA ini menerima arahan Ketuanya sebelum perlawanan berlangsung, kerana dikhabarkan juga, ketua pasukan RELA itu sendiri datang lambat ke stadium. Displinkah mereka ini? sama-sama kita lihat. Mereka berdiri di balapan ditepi padang melihat "kita" atau menonton "bola" sama-sama kita renungkan dan selamat menyokong!

No comments:

Post a Comment