Monday, February 7, 2011

Mampukah Penyokong bersatu ? ? ?

Mampukah ianya direalisasikan......Itulah persoalan yang berada disetiap bibir hampir kesemua penyokong bola sepak Perak...

Yang pasti dan jelas dimana ramai yang tidak mahu bersatu selagi Jamil Presiden kelab syok sendiri berada didalam organisasi yang mungkin akan ditubuhkan.Semua orang tahu Jamil seorang individu yang pentingkan diri sendiri dan suka memburukkan sesiapa sahaja yang menjadi pencabarnya.Terutama yang bakal menjadi ketua antara penyokong penyokong yang ada.bukan itu sahaja malah orang ramai sudah amat membenci beliau atas sebab berpolitik didalam sukan.Sehingga sanggup bersumpah tidak akan menyokong pasukan Perak.

Kami yakin seandainya Pemimpin PAFA kini juga pasti menerima nasib bencana yang sama seandainya pasukan Perak berada didalam satu suasana yang memeritkan. Pasti Presiden PAFA akan dihentam selumat lumatnya. Apa yang mengejutkan dimana ketika pasukan Perak bertemu dengan pasukan Kuala lumpur distadium Cheras kelab tersebut tertera dengan kata kata Dulu,Kini dan selama lamanya menyokong pasukan Perak,walhal musim lepas mereka langsung tidak menyokong,malah mengharamkan pemain pemain gendang untuk memalu gendang distadium setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Perak kecuali mewajibkan memalu gendang ketika Pasukan lagenda Perak bertemu pasukan Lagenda Selangor.

Sekarang ini tugas Jamil adalah untuk membodek dan mendapatkan sesuatu dari PAFA demi keuntungan diri sendiri,wajarkah Jamil berada didalam kelompok penyokong setia Perak. Jamil juga tidak berpuas hati apabila tertubuhnya banyak kumpulan penyokong.Beliau terasa kumpulan penyokong yang tertubuh adalah kumpulan pengugat kelab peminat yang sudah hampir 10 tahun bertapak di Perak.Apa yang pasti Jamil akan terus berusaha untuk menjatuhkan maruah kumpulan kumpulan penyokong yang sedia ada dan yang tumbuh disekeliling Perak ini.Beliau akan guna apa cara sekalipun.

No comments:

Post a Comment