Thursday, February 10, 2011

NAJIB INGIN BERTANDING PRESIDEN KPBP


Dengan keberanian Najib untuk menjadi Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak harus diberi penghormatan,kerana difahamkan Presiden yang ada kini iaitu Jamil telah hampir sedekad memegang jawatan tersebut,Jamil mampu bertahan bukan disebabkan sememangnya beliau layak tetapi disebabkan taktik menipu dan merasuah menguatkan Jamil kekal didalam KPBP.

Najib juga berkata beliau ingin bertanding untuk merebut jawatan tersebut apabila Mesyuarat agung yang akan dibuat tahun hadapan,demi menaikkan kembali imej KPBP yang telah tercalar selama ini gara gara sikap buruk Jamil.Najib juga mengharapkan agar penyokong dan peminat semua bersatu demi menaikkan imej rakyat negeri Perak dimata luar.Najib juga ada berkata,walaupun beliau salah seorang yang memegang jawatan didalam KPBP,bukan bermakna beliau harus bermusuh dengan kelab kelab lain iaitu Kelab Seladang,Silver state ultras,Yob4ever,Seladang dot net dan banyak lagi.

Najib juga mengharapkan perlawanan akan datang seluruh penyokong setia bola sepak Perak memenuhi setiap tempat duduk yang ada distadium demi memberi sokong padu terhadap pasukan,bukan diatas sebab faktor politik,ataupun keadaan pasukan yang tidak kuat.Contohilah penyokong diluar negara, walaupun pasukan berada dibawah namun penyokong mereka tetap berada di belakang pemain dan pasukan.

Najib juga mengharapkan kepada yang belum mendaftar untuk menjadi ahli KPBP moh ke gerai kelab peminat.Najib juga menasihati seandainya KPBP mengadakan mesyuarat agung dimasa akan datang,kesemua ahli turut hadir menjayakannya.Najib juga mengharapkan kesemua penyokong yang ada janganlah bermusuh antara satu sama lain kerana ianya merugikan diri sendiri,dan pihak luar akan memandang rendah terhadap kita semua.

No comments:

Post a Comment