Friday, February 11, 2011

SHABERY CHEEK BUAT SEGELINTIR PENYOKONG BERANG



Menteri yang pendek akal telah membuatkan segelintir penyokong berang akibat kenyataannya beliau terhadap sekumpulan penyokong adalah P.E.N.G.A.C.A.U....

Kenyataan yang dibuat beliau sebelum ini menyebabkan imej negara Malaysia mula dipandang rendah kerana hanya 5000 penyokong sahaja yang menghadirkan diri untuk memberi sokongan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan tempoh hari di stadium Shah Alam.

Ramai beranggapan Shabery Cheek hanya tahu bercakap menggunakan kepala lutut,dimana tidak tahu menilai Mercun,Bunga api dan Flare ataupun Bom asap.....
Untuk pengetahuan wahai si menteri mulut buih dimanakah anda ketika pasukan berada dibawah dan hanya menjadi pasukan Belasahan.Dimanakah pihak pihak yang pada hari ini mula tampilkan diri kehadapan sedangkan dahulunya menyepikan diri di belakang batu nisan kubur.

Sewajarnya anda sebagai seorang menteri tidak patut berkata kata seperti anak yang baru kenal perkataan.Pihak kami memuji sekumpulan penyokong yang tidak henti henti memeriahkan suasana distadium tidak kiralah dimana kedudukan pasukan negara,mereka sanggup melakukan apa sahaja baik menyanyi sepanjang perlawanan,membakar flare bagi menampakkan suasana yang meriah demi memastikan pemain pemain bermain dengan penuh bersemangat.Bukan seperti anda dan bukan seperti satu stesen radio swasta dimalaysia ini mengatakan Kumpulan penyokong tersebut adalah penyokong yang tidak bertamadun.

Tidakkah semua orang tahu bahawasanya ketika penyokong yang berada diera zaman kegemilangan pasukan Malaysia dahulu,Flare telahpun digunakan distadium,Jelas dan nyata Shabery seorang yang sebenarnya tidak tahu apa apa mengenai sukan,yang hanya tahu membuihkan mulut sahaja.Tidak lupa juga kepada pengacara radio yang mengatakan sekumpulan penyokong tersebut tidak bertamadun.Kalau tak tahu mengenai sokongan jangan berkata apa apa tentang penyokong.

Seandainya Shabery Cheek tidak memohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia,selagi itulah kekecohan pasti akan melanda negara,dan rakyat akan terus membenci dan menyumpah shabery kealam jahanam.

No comments:

Post a Comment