Tuesday, March 8, 2011

Nampak sangat lalang terbesar didunia.......

Kelab peminat sememangnya memiliki satu sejarah yang teramat hebat dimata dunia kerana memiliki Presiden yang kaya tapi setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Perak tidak kiralah dimana pun pastinya subsidi percuma ingin dikecapi.Pemain pemain gendang kelab peminat dibayar hasil dari kutipan derma dari pihak pihak tertentu termasuklah mendapatkan harga subsidi untuk kenderaan rombongan kelab peminat.

Mari kita imbas kembali sejarah kelab ini dimana mereka ini yang diwakili Jamil lalang, sebenarnya tidak layak untuk memimpin semua penyokong penyokong Perak kerana yang pertama mereka ini adalah sekadar peminat,untuk pengetahuan kalian peminat hanya akan meminati sesuatu itu apabila sesuatu itu berada di atas nun jauh dikayangan.Yang kedua,apabila PAFA tidak memberi sebarang imbuhan terhadap mereka,Dengan kuasa Jamil sebagai Presiden Kelab Peminat menghalang pemain pemain gendang bermain gendang.termasuklah bersumpah tidak akan menyokong pasukan,inikah calon ketua kita semua....renung renungkanlah.Yang ketiga,apabila kelab mereka ini hampir tenggelam kedalam tanah batu 2,mulalah menfitnah orang lain,dan menjatuhkan segala perkara yang berada dikeliling mereka dengan harapan mereka akan kembali berada di atas.

Apa yang memalukan pada kali ini pula,sanggup mengeluarkan kata kata kesat apabila pemain pemain gendang seramai 7 orang tidak dapat masuk secara percuma ke dalam stadium.Kononnya sudah lama memberi sokongan terhadap pasukan,yelah mana tidaknya asyik dapat subsidi saja dan asyik dapat free saja.Kali ini sikap sedemikian bukan saja dimiliki oleh Presiden mereka,ianya sudah berjangkit dengan begitu serius sekali,dimana Ahli Ahli jawatankuasa mereka turut mengatakan bahawa jangan marah kalau bunyi paluan gendang tak lagi kedengaran distadium sepanjang perlawanan berlangsung,kerana tak dibenarkan masuk secara percuma.kononnya paluan gendang itu adalah penaik semangat kepada pemain pemain.padahal bunyinya taklah kuat sangat kuat lagi bunyi kereta bomba depan stadium itu.

Entahlah adakah kelab peminat bakal menemui ajal mereka lebih awal.atau mereka sebenarnya tak dapat sebarah habuan dari dato zainol sepertimana mereka dapat ketika dibawah pimpinan Dato Zahid,Dato Tajul Rosli dan dibawah pimpinan Dato Muhyiddin.
Kalau macam itu lah,lebih baik stadium Ipoh ditukarkan kepada stadium kelab lalang jamil ataupun negeri perak ni letak saja nama jamil,ambik percuma sampai kiamat.

No comments:

Post a Comment