Saturday, June 26, 2010

APAKAH AKAN ADA PERUBAHAN???

Ketika Persatuan Bola Sepak Perak dipimpin oleh DS Nizar Jamaludin,hampir keseluruhan penyokong Perak tidak berminat hadir ke stadium untuk menyaksikan pasukan Perak beraksi,terutamanya penyokong Perak yang berpengkalan dilaman sendiri iaitu di negeri Perak sendiri.

Alasan itu tercetus setelah pasukan Perak berada dilandasan yang sangat sangat merbahaya dimana berkemungkinan besar musim hadapan,seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan pasukan yang diberikan jolokan skuad Seladang ini akan beraksi dalam saingan liga Perdana,kerana apa kedudukan Pasukan kini berada di tangga yang ke 11. Kononnya pemimpin serta pengurusan yang ada pada musim ini tidak layak menjaga sebuah pasukan yang kononnya profesional. Malah pasukan Perak beraksi tanpa pemain pemain ternama seperti Pemain kuda kuda tua iaitu Indra putra,Khalid Jamlus dan banyak lagi.

Persoalannya kini siapakah yang berani menaja pasukan Perak dimana pasukan dipimpin oleh ahli politik dari parti pembangkang,walhal penaja penaja yang ingin menaja pasukan adalah sebuah syarikat korporat yang sering berurusan dengan kerajaan.Ini menyebabkan pasukan Perak hanya mampu memiliki pemain yang berpotensi untuk menjadi pemain ternama dua tiga tahun kehadapan.

Kini masalah ini mungkinkah akan selesai setelah DS Nizar serta beberapa individu yang dibenci telahpun berundur untuk memberi ruang dan peluang kepada yang teramat kemarukkan jawatan tersebut,tetapi mungkinkah yang bakal mengambil alih jawatan tersebut layak? atau yang bakal mengambil alih jawatan tersebut antara golongan golongan kaki makan duit haram??? sama sama kita saksikan.

Kepada penyokong yang kononnya bencikan pengurusan sebelum ini mampukah anda memenuhkan stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan setelah pasukan diambil alih oleh orang orang yang anda semua sanjung mengalahkan sanjungnya agama masing masing.

Pihak kami mencabar kewibawaan anda yang lantang bersuara di merata tempat ayuh kita penuhkan stadium,tidak kira dimana kedudukan pasukan,kerana ada diantara anda anda diluar sana berkata(kami tidak kisah pasukan tewas janji bukan Ds Nizar menjadi presiden Pafa). Kalau benar ini yang tersimpan dihati masing masing buktikan jangan jadi manusia yang cakap tidak serupa bikin.

No comments:

Post a Comment