Wednesday, June 2, 2010

KERESAHAN MULA MENIMPA JIWA PENYOKONG SETIA YOB

Kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan yang digelar skuad seladang, ditambah pula dengan bantuan F.A.M dimana mencetak jadual untuk pasukan Perak 3 perlawanan yang berterusan dari utara iaitu Perlis ke selatan Johor Fc dan Ke timur Kelantan dengan hanya selang beberapa hari sahaja.

Tetapi wajarkah perkara sedemikian rupa harus di jadikan alasan yang kukuh untuk diterjemahkan kepada para penyokong setia skuad seladang ini.

Perbagai rintisan dan keluhan yang telah dikeudarakan oleh penyokong terhadap pengurusan mahupun terhadap jurulatih. Tetapi tiada sebarang perubahan yang dilaksanakan termasuklah pergantunggan terhadap jurulatih. Jurulatih memainkan peranan yang paling penting dimana pemain pemain memerlukan seseorang individu iaitu jurulatih mahupun pembantu jurulatih untuk memimpin mereka disaat genting ini.

Tapi apakah langkah yang dilakukan oleh mereka mereka yang dipertanggungjawapkan untuk melakukan sesuatu perkara yang drastik demi menaikkan semula semangat pemain dan kemabalikan keceriaan dalam skuad muda ini.

Sehinggakan ada yang sudah bosan dengan corak permainan pasukan Perak kini,banyak perkara diluar jangkaan terjadi,dimana pemain pemain mula bermain dalam keadaan yang serupa dengan corak permainan liga soccer kids atau liga kampung. Memang tidak dinafikan oleh pihak kami,semua ini tidaklah boleh disalahkan jurulatih dan pemain seratus peratus,tetapi adakah kedua dua pihak ini melakukan sesuatu agar prestasi dan nama baik pasukan Perak terus berada diatas??????

Wajarkah perkara sedemikian harus didiamkan begitu sahaja????/wajarkah suara penyokong harus dipadamkan begitu sahaja???? Ini tidak apabila suara penyokong berkibar diangkasa mulalah ada pihak mengatakan penyokong hanya menyokong ketika menang dan mengherdik pasukan ketika pasukan tewas. Perkara sedemikian sebenarnya salah,suara penyokong yang setia dan melancarkan serangan keudara ini menandakan kami sayangkan pasukan.Tetapi tidak dinafikan juga ada suara suara yang terbang keudara demi kepentingan diri sendiri. Tetapi harus diingat suara penyokong setia memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.

Ada juga khabar khabar angin yang bertiup kencang di lembah klang ada yang mengatakan bahawa Raja Azlan ketua jurulatih pasukan Perak takut bini,dengar cakap bini,perkara ini hanya mampu dinafikan ataupun diiyakan oleh Raja Azlan sendiri.Kalau perkara sebegini rupa benar maka terjawap sudah kenapa pasukan tewas........Tetapi nasihat pihak sukanutnksemua mengharapkan segala perkara yang diceritakan ini seharusnya diselidik dahulu......takut takut terkena batang hidung sendiri......

Apa yang pasti Raja Azlan masih perlu pelajari lagi dalam ilmu kejurulatihan kerana ilmu yang tersedia ada belum layak untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Profesional ini. Diharapkan kepada pihak pengurusan yang ada tolong cari peganti baru agar nama baik pasukan Perak terus berada di tempat yang sewajarnya...

Penyokong tetap disini walau apapun yang terjadi terhadap pasukan
Jurulatih,pengurusan dan pemain akan pergi bila waktunya tiba....

No comments:

Post a Comment