Tuesday, June 15, 2010

MAMPUKAH???????

Skuad Perak musim ini sekali lagi memiliki Presiden yang baru setelah Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizam Jamaluddin melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Pafa,dimana turut mengikut langkah beliau iaitu Timbalan Presiden Pafa YB Seah Leong Peng, Pengurus pasukan Liga super Ustaz Nor Azli Penolong Pengurus pasukan Liga super En Anuar Zakaria, Setiausaha Kehormat Haji Anuar Hashim dan Bendahari Kehormat Haji Abdul Rahim(maklumat dari seladang.net) Dikhabarkan Naib Presiden 1 PAFA kini dinaikkan ke Presiden PAFA Iaitu Dato Abdullah Hisan.

Mampukah pasukan Perak terus berada dilandasan yang terbaik demi mengembalikan semula keyakinan penyokong dan peminat untuk menghadirkan diri kestadium untuk menyaksikan perlawanan. Mampukah pengurusan baru menjaga kebajikan pemain serta pegawai ditahap yang terbaik.Mampukah pemain pemain sedia ada diberi gaji yang lumayan dan mampukah pemain pemain bintang yang berasal dari negeri ini kembali menyarung jersi pasukan Perak.

Persoalan persoalan sebegini rupa yang hanya mampu terkeluar dari mulut dan hati penyokong diluar sana. Yang melaksanakannya sahaja tahu mampukah ianya dilaksanakan.
Tidak kira sesiapapun yang memerintah persatuan,asalkan masalah masalah tidak membayar gaji tidak menjaga kebajikan akan terwujud sekali lagi. Semua sedia maklum PAFA juga kini masih lagi dilanda hutang piutang termasuk hutang kenderaan yang digunakan untuk membawa pemain pemain ke destinasi tertentu di seluruh Malaysia ini iaitu Bas Sri Maju hutang yang dilakukan oleh zaman pemerintah terdahulu.Bukan setakat Bas Sri Maju sahaja Malah dengan bas catar yang disewa selama ini juga yang telah dilakukan oleh pemerintah yang terdahulu.Hutang stadium sehingga hampir mencecah setengah juta.Mampukah kerajaan negeri Perak membantu untuk melangsaikannya.

Itu masalah hutang belum lagi dengan masalah pemain yang hanya menerima gaji terlalu rendah disebabkan busuk hatinya pihak kerajaan yang turut menyekat segala kemasukan penaja terhadap pasukan Perak dibawah kepimpinan Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin. Mungkin semua diluar sana tidak mengetahui masalah yang telah menimpa Dato Seri selama 2 musim ini,dimana seratus peratus wang Dato Seri sendiri menanggung perbelanjaan Persatuan tanpa ada bantuan kewangan dari mana mana pihak termasuk F.A.M.

Setelah pucuk pimpinan PAFA kini sudah diambil alih oleh orang orang kerajaan sendiri diharapkan masalah sebeginirupa mampu dilangsaikan dengan segera. Buktikan kewibawaan Kerajaan dimata kami. Laksanakannya demi kebaikan sukan dinegeri Perak.

No comments:

Post a Comment