Tuesday, June 15, 2010

DS NISAR PRESIDEN PAFA LETAK JAWATAN

2010/06/14

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkuatkuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Mohd Nizar berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mengambil arahan dan pendirian pimpinan negeri serta rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, pelantikan beliau sebagai Presiden PAFA sebelum ini atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak ke-10 dan atas perkenan Sultan Perak.

No comments:

Post a Comment