Friday, September 28, 2012

Jamil Kembali Lagi...................

Cerita pendek nie kisahnya masa antara 2 perlawanan terakhir dalam saingan Piala Malaysia 2012 di Ipoh.
Jamil kembali lagi dengan perangai buruk ala ala kebudak budakannya,dimana suatu waktu bukan waktu sembahyang tapi waktu menonton perlawanan di stadium la kan takkan di rumah pulak........

Si anak nya yang taklah comel dan bijak pun,menggunakan alat pembesar suara nampak macam hebat,tapi menggunakan alat tersebut salah disisi undang undang muka bumi Malaysia dimana anaknya mengeluarkan bunyi bunyian ala ala polis....sehinggakan mendatangkan kemarahan kepada pihak polis.

dengan lagaknya anggota polis yang hadir untuk mengambil tindakan merampas alat pembesar suara tersebut   berjaya dihalang oleh bapaknya iaitu Jamil(president kelab peminat Perak yang malu nak mampus)
alasan yang diberi oleh mangkuk ayun nie,kenapa kumpulan ultras sahaja yang dibenarkan menggunakan alat pembesar suara,apa kelebihan ultras kerana diberi kelonggaran menggunakan alat tersebut.Jamil cakap kalau nak rampas alat pembesar suara milik anaknya sila rampas dahulu alat pembesar suara ultras barulah melayakkan polis merampas alat pembesar suara milik anaknya.

Disebabkan itu,pihak Polis mengambil tindakan turut untuk merampas alat pembesar suara milik ultras...apa yang terjadi selepas itu hanya mereka dan keluarga serta keturunan mereka sahaja yang tahu........udahlah buat setakat ini sahaja la cerita si jamil kembali lagi

Monday, September 24, 2012

Pembongkaran

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai kisah PAFA HOLDING SDN BHD telah ditubuhkan pada tarikh 1 Jun 2012 yang berlamat di 23 Jalan Chew Boon Juan 30250 Ipoh Perak.

Individu individu yang menjadi Pengarah syarikat tersebut adalah 1 Khairuddin@Suhaimi Bin Ahmad,Pengarah 2 Abdul Aziz bin Yeop Jamaluddin dan Pengarah ketiga Meor Afendy Bin Abdullah. Kalau diikut dengan nama nama ini semangnya secara automatik dimana pemikiran kita akan berfikir PAFA HOLDING SDN BHD memiliki pengarah pengarah yang hebat dan mampu menjadikan sebuah syarikat mampu untuk berdaya saing dengan megah sekali. tetapi setelah pembongkaran mengenai status kewangan syarikat tersebut maka apa yang difikirkan sudah pasti kita akan berubah.

Syarikat tersebut didaftarkan dengan bermodalkan Ringgit Malaysia 100 ribu,dinilaikan dengan modal tersebut kalau untuk sebuah syarikat sudah mencukupi tetapi apakah urusan perniagaan syarikat ini?
Adakah urusan membeli dan menjual ikan ditepi jalan,atau menumpang dipejabat Perak Fa sekadar menjadi hiasan? perbagai tanda tanya akan tercetus.


Apa yang menarik sekali mengenai status kewangan syarikat ini,setelah beberapa bulan syarikat yang memiliki pengarah pengarah dan memiliki sebuah organisasi mantap atau tidak hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu, kewangan syarikat ini adakah masih mempunyai amount yang sama seperti mana mereka mengeluarkan modal permulaan sebelum ini? Adakah syarikat ini sekadar proxy Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk mengaburi perbelanjaan mereka?

Pertikaian yang berlaku kini,tujuan ditubuhkan untuk membantu meningkatkan dan kantong Perak fa,tetapi kini kantong syarikat sendiri dah surut macam mana nak bantu Perak Fa?jawapan ini hanya mereka sahaja yang tahu.....

Sunday, September 23, 2012

Siapa yang mentadbir PAFA HOLDING

Aku dapat tahu kononnya PAFA holding ditubuhkan semata mata untuk menambahkan dana kantung Perak Fa. tapi betulker..........

Kenapa perkara sedemikian tidak dihebahkan dan kenapa perlu senyap dan menyepikannya? kenapa tidak disiarkan mahupun diwebsite perak fa ataupun media cetak dan elektronik. Siapakah yang menjadi Pengerusi sehinggalah ke bahagian terendah dalam PAFA holding.

Malah hanya orang orang perak fa sahaja yang mengetahui dimana alamatnya yang didaftarkan,dan bila ianya ditubuhkan dan hanya mereka mereka yang tertentu mengetahui siapa pemegang saham terbesar hingga terkecil.

nantikan artikel seterusnya mengenai pembongkaran mengenai isu PAFA HOLDING.






Monday, August 27, 2012

PANS PANAS PANAS!!!!!!!

Sebelum episod kekalahan dalam skrip untuk perlawanan antara Perak keatas skuad Kelab Felda United di Ipoh tempoh hari,pasukan Perak digemparkan dengan berita sungguh panas yang tak sepanas api neraka iaitu berjaya menghidu aktiviti pemain mengatur keputusan perlawanan.

Yang pelik bin sial nya kenapa baru nak menghidu sekarang kenapa tidak dihidu dari awal permulaan liga pada musim lepas lagi,adakah kerana takutkan seseorang yang amat berpengaruh dalam PAFA ataupun kerana memang pengurusan yang ada pekak dan tuli,buta dan bangang.


Sewajibnya perkara ini tidak harus hanya menyalahkan 2 ekor beruk yang terlibat,ianya mesti menyalahkan sepenuhnya terhadap seekor lagi beruk dajal yang berada didalam Pafa itu sendiri,kerana beruk dajal itulah penentu segala keputusan.Disebabkan terasa dirinya tidak akan dicabar ataupun di ganggu maka beruk dajal tersebut dengan bermaharajalela melakukan penentuan keputusan perlawanan dengan sebebas bebasnya.
Ynag ditangkap hanya dua ekor beruk,tapi aku pasti dengan seyakin yakinnya,ada lagi beberapa pemain terlibat,ini seharusnya dihapuskan dengan seluas luasnya dan Pafa bertanggungjawab menghebahkannya demi memartabatkan kembali pasukan Bolasepak Perak dan mengembalikan maruah anak anak Perak yang berada diseluruh dunia.tidak kira yang sudah mati ataupun yang masih hidup dimuka bumi Allah swt ini.

Kemasukan JANG JUNG jurulatih pasukan Perak bukanlah jalan penyelesaian sepenuhnya untuk menguatkan pasukan Perak,selagi ada Beruk Dajal itu wujud bukan saja menajdi agen malah menganggu tugasan jurulatih untuk menentukan line up.........apa yang melucukan kemasukan Norizan Bakar menjadi jurulatih disebabkan Beruk Dajal,semua makhluk sudah tahu kemampuan Norizan Bakar yang tidak sehebat manapun,ditambah pula atas gangguan Beruk Dajal maka keputusan yang wujud sebelum ini terjadi.

Kesimpulannya,PAFA perlu menyingkirkan beberapa pemain yang terlibat dengan gejala menjijikkan ini dan menamatkan perkhidmatan Beruk Dajal(antara pegawai PAFA) SECARA hina dan hebahkan kpada umum agar menjadi tauladan dan pedoman kepada yang bakal menceburi bidang penghinaan dan yang sedang berada dalam bidang tersebut..Kepada yang terlibat sukanuntuksemua ingin mengatakan korang tak ubah seperti babi bai yang hina dan lebih hina dari Kumpulan SYIAH...



Tuesday, August 7, 2012

"KENYATAAN ATAU KHAYALAN"

Suasana disetiap jiwa penyokong menaruh harapan agar musim ini akan menjadi juara Piala yang tertua iaitu piala malaysia. Harapan ini bagaikan tinggi ke angkasa yang sukar sebenarnya untuk digapai.

Mampukah pihak tertentu menentukan kejuaraan kali ini memihak kepada pasukan dan rakyat negeri Perak.setelah bertahun tahun lamanya tiada sebarang piala yang mampu untuk ditakluki, kali terakhir kejuaraan sumbangsih sahaja mampu dijulang dan dikucupi serta dibawa bersiar siar mengenali negeri Perak..

Barisan kepimpinan,pengurusan,kejurulatihan,pemain dan penyokong pada kali ini pada pandangan mata kasar jelas sudah berada di peringkat yang tertinggi dan memiliki rekod dan reputasi yang mampu untuk menjadi angkuh,riak dan takbur seperti pasukan ternama diluar sana.Bukan rekod dan reputasi dalam kancah bola sepak tapi dalam kancah LAIN LAIN HAL...

Perjalanan pasukan seja diambil alih kuasa semula oleh barisan yang ada pada saat ini,tiada rekod yang mampu sebenarnya untuk kita bangga dan dikongsi bersama,peruntukan yang kencang,pemain yang ternama,keistimewaan perbagai sudut diberikan namun tiada sebarang keputusan yang boleh dihormati,kerana dalam tidak disedari rekod yang dicipta oleh bintang bintang lusuh ini menyamai rekod dengan barisan barisan hingusan sebelum ini.

Cuba kita kaji dan selaminya mendalam Barisan bintang yang ada pada hari ini sebenarnya tida bersemangat waja untuk menakluki sesuatu kejayaan,kerana jelas terpancar mereka sekadar mahukan pulus dan kalau ada extra dikiri dan kanan harapan yang menggunung dari penyokong hanyalah khayalan. itulah hadiah kepada mereka yang bertungkus lumus menyokong bintang lusuh ini.

Latihan dan perlawanan persahabatan telahpun dirangka terutama perlawanan persahabatan semalam dimana pasukan gelaran seladang ini bertemu skuad kenari yang hampir hilang sayapnya. dibawah Jang jung yang juga bekas bintang skuad Perak 20 tahun dahulu.keputusannya sekadar seri bolos 3 gol dan jaringan 3 gol.

mungkin kerana faktor ramadhan membuatkan stamina dan akal fikiran pemain tidak mampu berfungsi dengan cergas dan cerdas. Namun mampukah Jang jung memberikan kelainan kepada rentak pasukan.
Perak adalah pasukan kelima yang akan dipimpin oleh Jang jung.adakah pasukan Perak turut mendapat keputusan yang sama seperti rekod Jang jung bersama 4 pasukan sebelum ini,(tiada sebarang kejuaraan)

1998-2002Geylang United (Coach)
2003-2005Balestier Khalsa (Coach)
2006-2007Sri Lanka U-23
2007-2012Sri Lanka
2012-Perak FA

Pertikaian seperti ini juga sebenarnya harus tidak ditimbulkan,hanya kerana rekodnya dahulu,persoalannya adakah tugas Jang jung turut akan diganggu seperti jurulatih yang ada sebelum ini dibawah kendalian pengurusan bertaraf dunia yang ada pada waktu dan saat ini.Ayu kita perhatikan dari jauh adakah maruah anak anak perak akan dijual lagi,atau maruah anak anak perak dikembalikan dengan penuh kehormatan,



Monday, July 9, 2012

TAHNIAH YOB................

Tidak terkeluar sebarang ungkapan disetiap bibir rakyat Perak akibat kekecewaan yang terlalu kuat,penderitaan yang terlalu hebat berjaya dihadiahkan oleh barisan pemain ternama skuad seladang dan barisan terhebat pengurusan Perak fa.

Kekalahan 0-6 keatas skuad Kelantan,bukanlah satu penghinaan,tetapi semua bola yang dibolosi ibaratkan kanak kanak yang tak kenal apa itu permainan bolasepak.Corak permainan dari bahagian atas sehingga ke penjaga gol tidak ubah seperti budak mentah,bodoh dan paling bangang dalam dunia,rasanya mereka semua dah banyak masuk kot kat poket sebelah kiri???????

Paling ketara yang sedang menjual maruah orang orang Perak ialah Nasril Nordin,suka tercengang,terpaku apabla bola menghampiri gawang gol,(nasril dah baper riban ko dapat)berjuta manusia menyaksikan perlawanan tersebut yang dibuat secara langsung melalui stesen berbayar,Bola yang dibolosi adakalanya tidak sampaipun seminit nampak sangat ada yang tidak kene,sebelum gol dibolosi oleh Nasril, kapten pasukan mengamuk kerana tindakan Nasril sengaja mencari bala petaka.

Lagipun seluruh warga kampung dan bandar telah mengetahui siapa Nasril Nordin,Knanthakumar, dan seorang lagi pemain memang kaki penentu keputusan perlawanan pun,ini bukan fitnah tapi realiti,kalau tidak yakin dengan kata kata ini,jom kita cabar mereka mereka yang bakal menjadi penghuni neraka mengangkat sumpah laknat disaksikan seluruh penyokong tegar skuad seladang.jangan asyik nak komen kat laman sosial jerrrrrr.

Wahai mereka mereka yang terlibat,sedarkah korang,bahawasanya maruah kami orang orang Perak telahpun korang jual seperti pelacur yang tergilakan batang sialan.korang tak malukah,bahawa korang kini dipandang hina sehina hinanya mengalahkan kaum israel.

Kami bukan nak tunjuk pandai,tapi kenyataannya,antara agen yang menentukan keputusan perlawanan bukan orang lain,orang tersebut juga sangat rapat dengan kita semua,malah rakan agen tersebut telah berundur dari percaturan ini akibat tidak mendapat sebarang imbuhan seperti yang telah dijanjikan.

Kepada korang yang terlibat,kami yakin korang ini dari keturunan yang baik baik,tetapi kenapa korang sengaja menjadikan maruah korang sendiri kedalam kancah penghinaan,adakah gaji yang ditawarkan takcukup,ataupun korang terpaksa membayar komisen kepada seseorang atas dasar membalas jasa,ataupun  korang memang seronok dengan duit haram.Atau pada dasar kehidupan korang mak bapak korang tak pernah beri didikan agama dengan sewajarnya,dan membuatkan korang nie seolah olah tidak beragama.

Malam ini lawan Kedah,korang menang atau kalah bukanlah kehebatan korang yang sebenar,kami sangat yakin,yang pasti akan ada agen berada dibangku bangku yang wujud distadium Ipoh,Ingat apa apapun,korang ni sebenarnya manusia paling sial,dan manusia paling haram jadah.

Biar kalah kerana keikhlasan untuk berjuang bukan kalah kerana makan duit haram.........

Thursday, June 21, 2012

Jangan sia siakan Bakat Muda Perak

Musim 2012 boleh dianggap musim gemilang untuk PAFA kerana berjaya membawa 2 piala ke Ipoh,iaitu Piala Belia yang dimenangi keatas skuad Perlis ketika perlawanan berlangsung di stadium UUM sintok,dan Piala Presiden pula menang keatas pasukan NS Bateria di stadium keramat Ipoh.


Jelas sekali didalam negeri Perak masih ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan dan mampu untuk bersaing diperinkat yang lebih tinggi,malah PAFA sendiri pernah melahirkan ramai bintang untuk mewakili pasukan negara antara yang sempat diingati,Azizul Abu Hanifah,Shahrul Azhar,Shahrulnizam,Khalid Jamlus,V Saravanan,Safee salie,Nor shahrul idlan talaha dan ramai lagi yang sempat diingati dan terbaru Shahrul saad adik kepada Shamsul saad(coach) dan Shahrizal saad(johor fc).


Tapi yang masih menjadi persoalan kenapa,mengapa dan sampai bila pasukan Perak akan terus kempunan untuk mendakapi piala dalam saingan liga tempatan. terutama piala Liga Super(MSL) belum pernah pasukan Perak kecapi,adakah kerana terlalu taksub mengambil pemain bintang dari luar negeri Perak dan terlalu yakin kepada pemain import untuk mengecapi sesebuah kejayaan.Sehingga mampu untuk melupakan bakat bakat muda yang wujud didalam negeri sendiri.


Bukan kerana hanya mementingkan anak watan,tapi harus diingat kita orang Malaysia,masih memiliki jiwa kenegerian walaupun sudah beraksi diperingkat yang tertinggi.contoh seperti Safee salie walaupun namanya mula dikenali ketika beraksi dengan pasukan Sarawak,namun dia tetap memiliki jiwa menyayangi pasukan negeri Perak,kerana diperaklah mulanya beliau menyepak bola iaitu di padang majlis Tapah dan pernah beraksi diperingkat remaja bawah 12 dan 14 perak bersama adiknya.


Namun disebabkan terlalu ramai bintang luar ketika itu Safee terpaksa mencari haluan agar periuk nasinya tidak terkubur dinegeri Perak,itu baru cerita Safee salie,belum lagi Norshahrul idlan talaha,V,saravanan,Khalid Jamlus,Hardi Jaafar,Fakri saarani dan ramai lagi pemain kelahiran Perak yang beraksi dengan pasukan lain.Sekarang zaman ekonomi,barang semua naik,kos hidup semua naik,malah kerjaya sebagai pemain bolasepak tidak lama,sudah pasti pemain pemain perlukan gaji yang berbaloi dengan bakat dan tenaga mereka.


Kenapa Pafa sudi menabur wang bertaburan demi pemain yang tidak ada faedah untuk pasukan antaranya mengambil pemain yang sudah tua,mampu untuk mengalami kecederaan berterusan,yang sudah diketahui latar belakangnya,yang sudah pasti tidak mampu mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Perak seperti dahulu kala.


Satu sistem yang tidak sepatutnya diteruskan,iaitu hanya menyimpan pemain pemain muda di bangku penonton atau bangku simpanan,kerana ketika mereka masih muda inilah jurulatih dan pasukan menggunakan tenaga mereka sepenuhnya,kerana disatu tahap prestasi mereka ini akan berada setaraf pemain pemain ternama diluar sana,kalau tidak apa guna ada pemain muda dalam pasukan diseluruh dunia ini.


Memang tidak dinafikan pemain muda sekarang ini kekurangan kretiviti,kekurangan idea dan kurangnya pengalaman apabila beraksi disaat getir,disinilah tanggungjawap jurulatih membentuk mereka mereka ini,ini tidak pemain muda turut diberi latihan stamina semaksimum dengan pemain tua(anjing tua). sewajarnya pemain pemain muda harus diberi tekanan dari segi aspek taktikal,taknikal dan asas bola sepak itu sendiri,kerana pemain pemain muda memiliki tahap stamina yang baik,cuma masalahnya pemikiran mereka tidak diberi tekanan yang sewajarnya oleh jurulatih.


Dari sinilah juga bermulanya tugas pengurus dan penolong pengurus,untuk bersama sama jurulatih memikirkan satu formula bagaimana dan apakah cara yang terbaik bagi memastikan pemain pemain muda ini berada disatu landasan yang tapat seperti landasan kapal terbang untuk berlepas dan mendarat kalau tidak tepat mampu untuk memusnahkan semua penumpang dan petugas pesawat tersebut.


Malah kepada semua yang berada didalam satu organisasi pula perlu memikirkan dan mengerah tenaga untuk mencari dana,bagi menampung segala perbelanjaan baik untuk peringkat pembangunan mahupun untuk seluruh organisasi pasukan,seperti pengulas sukan RTM Hafizal Hamad berkata" andai inginkan keputusan yang cemerlang maka pengurusan perlu mengurus pasukan dengan cemerlang tepuk dada tanya selera".


Setakat ini sahajalah pendapat yang mampu diberikan,tetapi sebaik mana pendapat diberi tetapi tiada perlaksanaan dan usaha dilakukan maka jawapannya sama seperti membasuh najis tanpa air.