Thursday, June 21, 2012

Jangan sia siakan Bakat Muda Perak

Musim 2012 boleh dianggap musim gemilang untuk PAFA kerana berjaya membawa 2 piala ke Ipoh,iaitu Piala Belia yang dimenangi keatas skuad Perlis ketika perlawanan berlangsung di stadium UUM sintok,dan Piala Presiden pula menang keatas pasukan NS Bateria di stadium keramat Ipoh.


Jelas sekali didalam negeri Perak masih ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan dan mampu untuk bersaing diperinkat yang lebih tinggi,malah PAFA sendiri pernah melahirkan ramai bintang untuk mewakili pasukan negara antara yang sempat diingati,Azizul Abu Hanifah,Shahrul Azhar,Shahrulnizam,Khalid Jamlus,V Saravanan,Safee salie,Nor shahrul idlan talaha dan ramai lagi yang sempat diingati dan terbaru Shahrul saad adik kepada Shamsul saad(coach) dan Shahrizal saad(johor fc).


Tapi yang masih menjadi persoalan kenapa,mengapa dan sampai bila pasukan Perak akan terus kempunan untuk mendakapi piala dalam saingan liga tempatan. terutama piala Liga Super(MSL) belum pernah pasukan Perak kecapi,adakah kerana terlalu taksub mengambil pemain bintang dari luar negeri Perak dan terlalu yakin kepada pemain import untuk mengecapi sesebuah kejayaan.Sehingga mampu untuk melupakan bakat bakat muda yang wujud didalam negeri sendiri.


Bukan kerana hanya mementingkan anak watan,tapi harus diingat kita orang Malaysia,masih memiliki jiwa kenegerian walaupun sudah beraksi diperingkat yang tertinggi.contoh seperti Safee salie walaupun namanya mula dikenali ketika beraksi dengan pasukan Sarawak,namun dia tetap memiliki jiwa menyayangi pasukan negeri Perak,kerana diperaklah mulanya beliau menyepak bola iaitu di padang majlis Tapah dan pernah beraksi diperingkat remaja bawah 12 dan 14 perak bersama adiknya.


Namun disebabkan terlalu ramai bintang luar ketika itu Safee terpaksa mencari haluan agar periuk nasinya tidak terkubur dinegeri Perak,itu baru cerita Safee salie,belum lagi Norshahrul idlan talaha,V,saravanan,Khalid Jamlus,Hardi Jaafar,Fakri saarani dan ramai lagi pemain kelahiran Perak yang beraksi dengan pasukan lain.Sekarang zaman ekonomi,barang semua naik,kos hidup semua naik,malah kerjaya sebagai pemain bolasepak tidak lama,sudah pasti pemain pemain perlukan gaji yang berbaloi dengan bakat dan tenaga mereka.


Kenapa Pafa sudi menabur wang bertaburan demi pemain yang tidak ada faedah untuk pasukan antaranya mengambil pemain yang sudah tua,mampu untuk mengalami kecederaan berterusan,yang sudah diketahui latar belakangnya,yang sudah pasti tidak mampu mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Perak seperti dahulu kala.


Satu sistem yang tidak sepatutnya diteruskan,iaitu hanya menyimpan pemain pemain muda di bangku penonton atau bangku simpanan,kerana ketika mereka masih muda inilah jurulatih dan pasukan menggunakan tenaga mereka sepenuhnya,kerana disatu tahap prestasi mereka ini akan berada setaraf pemain pemain ternama diluar sana,kalau tidak apa guna ada pemain muda dalam pasukan diseluruh dunia ini.


Memang tidak dinafikan pemain muda sekarang ini kekurangan kretiviti,kekurangan idea dan kurangnya pengalaman apabila beraksi disaat getir,disinilah tanggungjawap jurulatih membentuk mereka mereka ini,ini tidak pemain muda turut diberi latihan stamina semaksimum dengan pemain tua(anjing tua). sewajarnya pemain pemain muda harus diberi tekanan dari segi aspek taktikal,taknikal dan asas bola sepak itu sendiri,kerana pemain pemain muda memiliki tahap stamina yang baik,cuma masalahnya pemikiran mereka tidak diberi tekanan yang sewajarnya oleh jurulatih.


Dari sinilah juga bermulanya tugas pengurus dan penolong pengurus,untuk bersama sama jurulatih memikirkan satu formula bagaimana dan apakah cara yang terbaik bagi memastikan pemain pemain muda ini berada disatu landasan yang tapat seperti landasan kapal terbang untuk berlepas dan mendarat kalau tidak tepat mampu untuk memusnahkan semua penumpang dan petugas pesawat tersebut.


Malah kepada semua yang berada didalam satu organisasi pula perlu memikirkan dan mengerah tenaga untuk mencari dana,bagi menampung segala perbelanjaan baik untuk peringkat pembangunan mahupun untuk seluruh organisasi pasukan,seperti pengulas sukan RTM Hafizal Hamad berkata" andai inginkan keputusan yang cemerlang maka pengurusan perlu mengurus pasukan dengan cemerlang tepuk dada tanya selera".


Setakat ini sahajalah pendapat yang mampu diberikan,tetapi sebaik mana pendapat diberi tetapi tiada perlaksanaan dan usaha dilakukan maka jawapannya sama seperti membasuh najis tanpa air.

No comments:

Post a Comment