Thursday, March 8, 2012

Sudah muak???????????


Setelah hampir 2 tahun,ingin menyaksikan akan ada perubahan dari segi taknikal dan taktikal dibawah pimpinan Cikgu Jan,inginkan bintang baru dilahirkan oleh Cikgu Jan,inginkan peningkatan dibawah pimpinan Cikgu Jan,ini semua hanyalah angan angan sahaja,sudah pasti kesemua yang dinginkan berkubur ditengah muka bumi ini sahaja.

Kerana apa,kerana sememangnya Cikgu Jan tiada ilmu yang mendalam mengenai semua tentang bola sepak termasuklah pengurusan PAFA yang ada.gagal itulah perkataan paling sesuai untuk we all semua didalam PAFA.

Mungkin ramai yang hairan kenapa??? ini disebabkan tiada sebarang tindakan terhadap jurulatih ini,apabila jelas kelihatan didalam sesebuah perlawanan menampakkan taktikal dan taknikal yang dilaksanakan gagal,dan masih menggunakan perkara yang sama hampir 2 tahun atau 2 musim,masih belum berjaya dibantu atau melakukan sesuatu agar memastikan corak permainan dan taktikal pasukan Perak diubah.

Atau mungkin ini semua gara gara kehendap pengurusan???atau mungkin kesemua yangada memang sekadar nakkan kuasa walhal pada hakikatnya semua buta terhadap ilmu didalam bidang ini.

Salah satu contoh, barisan pemain dan corak permainan dari musim lepas sampai musim tiada sebarang perubahan,yang ada perubahan cuma mengeluarkan beberapa pemain lama masukkan muka baru dalam barisan kesebelasan utama,sendiri pikirlah siapa yer........malas nak terang detail.

Lepas tuer,udah jelas ada beberapa pemain yang berada dalam kesebelasan utama memiliki prestasi yang hambar masih dikekalkan sampailah pemain itu injured or sampai digantung perlawanan. apa ke jadahnya setannnnnnnnnnnnn.

Yang palin aku pelik bin babi, dari beberapa musim lagi pasukan Perak terkenal dengan ketumpulan serangan, kenapa tak cari penyerang yang bagus tak kiralah pemain tempatan atau pemain luar tempatan. ini tidak guna Popovic yang dah tua dan gaji pula dibayar samapai berpuluh ribu,ada akal tak. buat kerja macam orang bodoh dan tak bertamadun.

Persoalannya,adakah akan ada perubahan selepas nie,kalau boleh tukar dari timbalan presiden sampai ke penolong jurulatih. takpun presiden pecat sahaja pihak pengurusan yang gagal melaksanakan tugasan masing masing.

Nak cakap banyakpun tak guna korang yang kat dalam pafa buat kerja gunakan akal,jangan guna kepala lutu kambing ataupun kepala lutut babi.

Monday, February 27, 2012

Menyepi sehingga kini..........

Penerimaan wang sumbangan ihsan pilihanraya dari MB Perak kepada beberapa kelab penyokong dan kelab peminat bolasepak Perak telahpun diterima.Inilah sejarah buat pertama kali di Perak ianya menerima semaksimum Rm 7ribu dan manimum Rm 3 ribu.

Tapi yang aku hairan,kenapa sehingga ke hari ini semua kelab yang menerima senyap,bagaikan nyamuk yang sedang menyembunyikan diri dari musuh. Apakah ianya digunakan untuk ahli berjawatan bergerak ke vaneu vaneu secara percuma menggunakan wang sumbangan tersebut.

Paling aku suka tengok tapi sebenarnya dalam perasaan hairan lah jugak, kerana melibatkan kumpulan penyokong siber macam yob4ever. setahu aku Perakfa news.com juga dikendali oleh seorang penyokong yang tidak ada apa apa dalam Pafa,termasuklah Seladang Dot Net,dikendalikan dengan sendiri dan kedua dua laman ini mencari maklumat untuk tontonan kepada orang ramai secara aktif,tetapi tidak pula di beri apa apa sumbangan pula. ini kira macam tidak adillah betul tak kawan kawan,

Kalau nak kata yob 4ever.com aktif aku tengok laman sesawang mereka takderla aktif dan dikemaskini setiap waktupun.

Itu mengenai kumpulan penyokong di laman sesawang,ini mengenai kelab seladang dan kelab peminat,aku tengok kedua dua kelab nie banyak betul aduan.....kira aku nie dapat maklumat macam aduan rakyat kat tv3 tuerla.

Kelab peminat dengan kelab seladang masalah utama mereka nie,bila dapat duit senyap takda apa apa info yang diberikan kepada ahli maisng masing. Ingat ahli ahli yang ada nie takda perasaan ker,seolah olah mereka nie tiang kayu.

Bukan itu sahaja malah ada yang mushkil kerana pengalaman mereka yang lepas terutama dibawah pimpinan saudara Jamil,Presiden kelab peminat,sebelum nie dapat sampai berpuluh ribu, tapi just dapat mafla.yang lain dikebas oleh mereka mereka tidak bertanggungjawab.

Maka atas pengalaman itu mereka mereka yang ada di kelab seladang mengharapkan akan ada perkembangan terkini untuk diketahui secara umum kepada ahli ahli terutama ahli seumur hidup.

Monday, February 20, 2012

Mampukah Sukan dibawah PAFA maju???????

Pemerhatian aku selama ini mengenai sikap beberapa individu dalam PAFA membuatkan aku merasa musykil dengan kemajuan sukan dibawah pimpinan Pafa yang lebih kearah menggunakan tenaga kroni,walaupun pada hakikatnya kroni kroni mereka itu tidak berkelayakan dan tidak berpengatahuan.

cuba kita pantau dengan nasib sukan pembangunan bola sepak ataupun futsal di negeri kesayangan kita,apa yang mampu untuk kita rakyat Perak bangga dan apa yang mampu untuk kita senyum tanda kemegahan, tiada apa sebenarnya.

Malah dierak moden kini masih ada daerah iaitu sekutu dengan PAFA atau lebih dikenali ahli gabungan gagal melaksanakan tugasan pembangunan dari kalangan remaja yang berbakat untuk diketengahkan.

Aku masih ingat kira kira tahun 2007 ada beberapa remaja yang berbakat dalam sukan bola sepak sedaerah dengan Fazrul hazli,Syazwan Roslan terpaksa menabur bakti dinegeri orang, namun malangnya pasukan tersebut tak mampu membayar gaji pemain pemain walaupun bayaran terhadap mereka begitu rendah berbanding pasukan negeri atau kelab yang ada di malaysia ini.

Lebih menyayatkan hati,tugas pengendali pun ditentukan oleh mereka mereka yang tidak berkenaan. dari segi pemilihan pemain dari segi meletakkan pemain dalam kesebelasan utama.
macam profesional sangat.

Ok kita berbalik kepada tajuk yang asal, dimana aku pernah mengetahui maklumat ini, pernah wujud sebuah daerah yang memiliki akaun bank yang expired date,nampak sangat daerah tertentu tak berfungsi ataupun duit keluar masuk guna akaun sendiri aloooo kawan apa sudah jadi.........macam mana nak bina semangat kesukanan disetiap individu di negeri kami.

adakah PAFA hanya mementingkan pasukan utama sahaja di bawah naungan andamatau korang memang tak pedulikan langsung terhadap pembangunan macam mana korang nak lahirkan lagi individu individu seperti kinta express,azizul abu hanifah,ahmad shahrul azhar dan mungkin macam azrul amri burhan.

itu baru dalam bola sepak, dalam sukan bola sepak wanita,futsal kita belum tahu macam mana pulak betul tak kawan kawan.sampaikan dalam sukma yang lepas skuad futsal perak adalah pasukan belasahan tak pernah menang tak pernah seri,macam cikgu jan bawak skuad malaysia dalam pertandingan piala asia,asyik kene belasah sampai 5-0,5-1 dan keputusan tebaik kalah 2-0. udahlah skuad futsal perak jadi pasukan belasahan,ambik coaching tangkap muat je plak tuer.

wahai orang orang pafa berubahlah,jangan terus berada di takuk lama,kembalikan maruah sukan diperak,kuatkanlah barisan sukan sukan diperak yang berada dibawah pimpinan pafa.
fikirkan macam mana nak bangunkan sukan diperak,apa yang aku nampaklah sukan diperak kembali ke bawah.dimana reputasi pafa yang melahirkan pemain pemain berwibawa melahirkan pemain bersikap gagah perkasa. takkan nak tunggu kiamat tiba baru nak berubah.takkan nak tunggu kejayaan datang bergolek tanpa melakukan sesuatu.

lantak koranglah nak marah ker nak maki aku ker peduli apa ini yang aku nampak tapi media media dimalaysia tak minat nak cari berita berita macam aku cari diorang sukakan sukan yang dah ada kat atas jer termasuklah utamakan sukan luar jer.itu jugaklah yang menyebabkan sukan kat malaysia nie hancur berderai macam kaca yang pecah berderai.

aku hampir terlupa nak tanya sukan futsal felda kebangsaan tahun 2011 nie ada ke wakil dari perak...........sebab aku tanya aku pun dah lupa pasal media kita tak gemar buat liputan pasal pasal nie. itu jerla hari nie yer nanti aku teringat nak tulis lagi aku tulis........

yang terakhir aku tau aku nyer penulisan memang kurang ajar,tapi ini blog aku suka ati akulah ada aku kesah..... bye bye

Tuesday, February 14, 2012

GILA KUASA SAMA MACAM BABI...............

Aku tak pahamlah dunia orang gila kuas diera nak dekat kiamat nie.
Penyokong setia bola sepak pun boleh kena hentam macam mereka mereka ini penjenayah terdasyat kat muka bumi ciptaan allah nie.

Aku bukan apa yang rasa marah sangat dengaN Pafa dan FRU anak babi tuer.terutama masa game semalam antara singapore(israel) dgn Perak(palestin)sebaik habis game...biasalah aku tgk kumpulan kumpulan anak muda perak nie digelar ultras(silvermania)......menyanyi dan berarak ramai ramai.walaupun adakalanya lagu lagu mereka nie kasar ayatnya tapi sedap didengar.....

Ada satu masalah nie yang aku perhatikan berlarutan sampai ari nie.......Pihak berkuasa(babi) dan Pafa seolah olah tidak mengizinkan anak anak muda ini untuk terus mara secara berkumpulan sehingga ke pentas utama.ada sahaja perkara yang dihalang ada sahaja perkara yang nak dicari pasal........ingat kawasan perkarangan stadium tuer hak milik korang ker...setahu aku hanya hak milik mbi itupun duit rakyat .bodo punyer babi (fru).

Yang paling paling aku tak puas hati skali...kenapa babi babi yang beruniform nie suka sangat belasah orang suka suka hati......adakah menteri yang bertanggungjawap..dan mak bapak yang melahirkan mereka mereka mmg dicipta khas untuk belasah orang awam suka suka hati.dan didunia ini hanya (fru)(polis) boleh memukul dan menumbuk orang awam sesuka hati.........

Aku cabar kepada orng2 awam tmasuk akulah tuer kan.....apabila babi babi ini bergerak datang utnuk menghentam kita ayoh kita cabar babi babi terlibat bukak uniform lawan 1 vs 1..... tgk siapa yang berani ataupun siapa yang hebat.

yang terakhir aku harpa sangat org org pafa jgn jadi sial,paham paham la sendiri yer

Thursday, February 9, 2012

APA SUDAH JADI.........

Aku baru dapat berita ini,walaupun ianya mungkin sudah basi bagi sesetengah pihak atau individu.
Ini mengenai peristiwa mencari sukarelawan atau petugas pengawal keselamatan distadium untuk musim 2012.

Kononnya kepada yang hadir untuk ditemuduga perlu mengisi borang yang lengkap dan wajib menyediakan sekeping gambar berukuran pasport. syarat syarat yang diberi memang profesional dan bagus untuk mendisiplinkan kepada individu yang hadir.

Persoalannya pada kali ini yang sedang panas diperbualkan oleh mereka mereka yang mengetahuinya,ketika ramai yang hadir untuk ditemuduga dengan membawa segala keperluan yang lengkap,turut terlibat beberapa orang yang berasal keturunan melayu dan berjantina wanita hadir tanpa mencukupi syarat dan tidak dibenarkan untuk ditemuduga.....

secara tiba tiba yang memanaskan suasana kesejukan.......bila tiba waktu menjelma.....individu tersebut lulus dan berjaya menjadi antara ahli keluarga pengawal keselamatan dibawah jagaan PAFA. WOW HEBATKAN KAWAN KAWAN.......

Malah lebih membanggakan mereka mereka (orang lama) tidak berjaya menjadi ahli keluarga tersebut..aku difahamkan bahawasanya mereka mereka yang terpilih orang orang baru dan dari ahli keturunan kuala kangsar yang menopoli kawalan kawalan distadium........

Benar atau tidak cerita ini,mungkin ada makhluk allah yang kurang mempercayai cerita ini pergilah sendiri kestadium ipoh dan bertanya terus kepada yang berwajib dan kepada yang teraniaya.....

salam satu israel./...... takbir

Thursday, January 26, 2012

Gugurkan Popovic ...............

Sememangnya disuatu ketika dahulu sebelum tiba ke malasyia Popovic seorang striker yang hebat namun bukanlah kerana geraknannya tapi kerana jaringannya dihadapan garisan gol hasil hantaran rakan rakannya yang hebat.

Beliau juga dibuang oleh pasukan lamanya kerana sudah tidak mampu untu menjaringkan gol,malah tidak mampu beraksi dengan baik,inilah dikatakan tindakan yang berani dan profesional oleh bekas pasukan beliau sertai.

yang menariknya,kenapa pasukan Perak gemar ambil pemain import yang memiliki kualiti begitu menjijikkan seperti Popovic,apakah kerana rekodnya sebelum ini,atau kerana nilai nya begitu tinggi.walaupun pada hakikatnya beliau pada hari ini seorang pemain bertaraf pemain amatur peringkat sekolah menengah sahaja.

Penonton yang tak miliki pengetahuan terhadap mutu permainan pun tahu menilai Popovic nie hebat atau teruk kualitinya,dengan larian yang lembab,pemalas nak kejar bola,suka berada dikedudukan yang salah ketika kawan nak hantar bola,pantang disentuh suka jatuh macam kene hentak dengan dua atau tiga orangmusuh dari belakang,suka marah kawan kalau tak hantar bola ke kaki dia,inikah kualiti pemain import yang dicari oleh pihak pengurusan pafa selama ini,sudahlah gaji sama mahal dengan safie salie.tapi kualiti.....?????????????

Cuma persolan yang besar timbul di fikiran kini,adakah PAFA sebuah pengurusan pasukan bola sepak profesional,atau masih ditakuk lama iaitu amatur.Sebagai sebuah pasukan profesional,tidak perlu memberi ruang terlalu lama kepada pemain import,paling kurang 6 ke 7 perlawanan sahaja termasuk jumlah perlawanan persahabatan.seandainya prestasi pemain tersebut masih ditahap biasa biasa sahaja...gugurkan terus.bukanlah dengan cara melantik seseorang untuk memastikan Popovic berada ditahap prestasi seperti yang diharapkan,Popovic seorang pemain import maknanya beliau adalah pemain profesional,tidak perlu menggunakan seseorang untuk membantunya.

Tidak dinafikan juga beliau seorang pemain yang mempunyai bakat yang baik dari segi hantaran hantaran tidak kira jauh ataupun dekat, tetapi kalau setakat itu sahaja baik tak payah,bayar saja lima ke enam ribu lantik Popovic untuk melakukan tugas hantaran sahaja tak perlu berlari,tak perlu jaringkan gol,tak perlu berpeluh ditengah padang tuer.Penonton pun tak marah,penyokong pun tak sakit hati.

Thursday, January 5, 2012

Ada Pihak Didalam Pafa Bakal Disaman

Setelah Isu Dato Seri Abdullah Hisan Dipecat dengan Alasan Beliau Telah Diistihar Muflis Oleh Jabatan Insolvensi Malaysia,Dimana Didalam Perlembagaan FAM dimana Individu yang telah diistihar Muflis tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan didalam organisai sukan.

Tetapi adakah perlembagaan itu dikuatkuasa pada musim ini,atau musim sebelum ini atau musim hadapan.Persoalan utamanya adakah didalam perlembagaan PAFA Itu sendiri memiliki perundangan sebegitu rupa?

Khabar angin itu kini kuat bertiup kencang dari selatan ke utara dari timur ke barat dan dari atas ke bawah. Ada harapan besar saman itu berjumlah puluhan Juta,tetapi siapakah mereka yang bakal disaman.

Apa yang menariknya saman keatas Persatuan bola sepak Perak hanya RM1,Ini mengingatkan kita kepada Yusri Che Lah yang hanya mengenakan bayaran perpindahan RM1 terhadapa persatuan Bola sepak Selangor.

Siapakah mereka yang bertanggungjawap,adakah PRESIDEN PAFA,SETIAUSAHA ADMIN DAN AGUNG PAFA ataupun AHLI MAJLIS PAFA.sama samalah kita nantikannya dan saksikan pertarungan baru didalam PAFA.