Monday, February 20, 2012

Mampukah Sukan dibawah PAFA maju???????

Pemerhatian aku selama ini mengenai sikap beberapa individu dalam PAFA membuatkan aku merasa musykil dengan kemajuan sukan dibawah pimpinan Pafa yang lebih kearah menggunakan tenaga kroni,walaupun pada hakikatnya kroni kroni mereka itu tidak berkelayakan dan tidak berpengatahuan.

cuba kita pantau dengan nasib sukan pembangunan bola sepak ataupun futsal di negeri kesayangan kita,apa yang mampu untuk kita rakyat Perak bangga dan apa yang mampu untuk kita senyum tanda kemegahan, tiada apa sebenarnya.

Malah dierak moden kini masih ada daerah iaitu sekutu dengan PAFA atau lebih dikenali ahli gabungan gagal melaksanakan tugasan pembangunan dari kalangan remaja yang berbakat untuk diketengahkan.

Aku masih ingat kira kira tahun 2007 ada beberapa remaja yang berbakat dalam sukan bola sepak sedaerah dengan Fazrul hazli,Syazwan Roslan terpaksa menabur bakti dinegeri orang, namun malangnya pasukan tersebut tak mampu membayar gaji pemain pemain walaupun bayaran terhadap mereka begitu rendah berbanding pasukan negeri atau kelab yang ada di malaysia ini.

Lebih menyayatkan hati,tugas pengendali pun ditentukan oleh mereka mereka yang tidak berkenaan. dari segi pemilihan pemain dari segi meletakkan pemain dalam kesebelasan utama.
macam profesional sangat.

Ok kita berbalik kepada tajuk yang asal, dimana aku pernah mengetahui maklumat ini, pernah wujud sebuah daerah yang memiliki akaun bank yang expired date,nampak sangat daerah tertentu tak berfungsi ataupun duit keluar masuk guna akaun sendiri aloooo kawan apa sudah jadi.........macam mana nak bina semangat kesukanan disetiap individu di negeri kami.

adakah PAFA hanya mementingkan pasukan utama sahaja di bawah naungan andamatau korang memang tak pedulikan langsung terhadap pembangunan macam mana korang nak lahirkan lagi individu individu seperti kinta express,azizul abu hanifah,ahmad shahrul azhar dan mungkin macam azrul amri burhan.

itu baru dalam bola sepak, dalam sukan bola sepak wanita,futsal kita belum tahu macam mana pulak betul tak kawan kawan.sampaikan dalam sukma yang lepas skuad futsal perak adalah pasukan belasahan tak pernah menang tak pernah seri,macam cikgu jan bawak skuad malaysia dalam pertandingan piala asia,asyik kene belasah sampai 5-0,5-1 dan keputusan tebaik kalah 2-0. udahlah skuad futsal perak jadi pasukan belasahan,ambik coaching tangkap muat je plak tuer.

wahai orang orang pafa berubahlah,jangan terus berada di takuk lama,kembalikan maruah sukan diperak,kuatkanlah barisan sukan sukan diperak yang berada dibawah pimpinan pafa.
fikirkan macam mana nak bangunkan sukan diperak,apa yang aku nampaklah sukan diperak kembali ke bawah.dimana reputasi pafa yang melahirkan pemain pemain berwibawa melahirkan pemain bersikap gagah perkasa. takkan nak tunggu kiamat tiba baru nak berubah.takkan nak tunggu kejayaan datang bergolek tanpa melakukan sesuatu.

lantak koranglah nak marah ker nak maki aku ker peduli apa ini yang aku nampak tapi media media dimalaysia tak minat nak cari berita berita macam aku cari diorang sukakan sukan yang dah ada kat atas jer termasuklah utamakan sukan luar jer.itu jugaklah yang menyebabkan sukan kat malaysia nie hancur berderai macam kaca yang pecah berderai.

aku hampir terlupa nak tanya sukan futsal felda kebangsaan tahun 2011 nie ada ke wakil dari perak...........sebab aku tanya aku pun dah lupa pasal media kita tak gemar buat liputan pasal pasal nie. itu jerla hari nie yer nanti aku teringat nak tulis lagi aku tulis........

yang terakhir aku tau aku nyer penulisan memang kurang ajar,tapi ini blog aku suka ati akulah ada aku kesah..... bye bye

No comments:

Post a Comment