Saturday, September 18, 2010

KENAPA DAN MENGAPA ATAU SEBAB APA???

Tentu ramai pembaca tertanya tanya mengenai tajuk diatas.....

Kini kita boleh lihat betapa peritnya pemain pemain yang terpaksa mengharungi perjalanan jauh dengan hanya menaiki Bas S.U.K Kerajaan Negeri Perak yang kian uzur.
Mungkin ini bukanlah alasannya untuk kami mahupun penyokong diluar sana mempertikaikan perkara sedemikian. Tetapi ini adalah demi pemain pemain yang inginkan keselesaan demi mengharungi perjalanan yang jauh.

Masalahnya kini kemanakah menghilangnya Bas yang pasukan menyewa sebelum ini.Adakah pihak syarikat Bas tersebut tidak lagi mahu menyiksakan diri mereka untuk membawa pasukan secara berhutang,ataupun pasukan sendiri yang sengaja tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatan Bas tersebut,ataupun masalah yang lain.

Difahamkan PAFA telah berhutang dengan syarikat bas tersebut hampir mencecah RM2OO ribu.Mungkinkah kerana tidak sanggup berhutang lagi maka jalan penyelesaian menggunakan khidmat Bas dari Kerajaan Negeri.

Friday, September 17, 2010

COACH RAJA AZLAN HARUS AMBIL RISIKO???????

Sepertimana yang telah diketahui hampir keseluruhan penyokong Perak,dimana pasukan kini memiliki 3 penjaga gol yang berwibawa iaitu Khairul Amri,Kamarul Efendi dan Khairul Izwan,termasuk jurulatih merangkap pemain Megat Amir.

Tetapi apa yang menghairankan kenapa dan mengapa Coach masih lagi gagal dalam menajlankan tugasan.Semua orang tahu tidak kira siapapun seseorang jurulatih itu pastinya akan menurunkan pemain yang berada diprestasi terbaik, tetapi Raja azlan agak pelik,kerana sudah jelas dari segi zahir dan batinnya dimana Khairul Amri sudah bersedia dari semua aspek kecuali perasaan gemuruh. Namun beliau tetap tidak diberi peluang walaupun Khairul Amri telah menunjjukkan Prestasi yang menakjubkan ketika perlawanan Liga super iaitu ketika menentan Negeri Sembilan,dalam Perlawanan Persahabatan ketika menentang skuad selangor.

Apa sebenarnya yang telah terjadi.Jangan jadikan alasan kononnya pemain tersebut tidak bersedia.Kita semua ketahui dimana Shahrizal Saad tidak dapat diturunkan akibat pergantungan perlawanan.Razali Umar Kandasamy masih dibelengu masalah disiplin,kecederaan dan perbagai lagi. Kenapa tidak menurunkan Fauzi Kassim untuk digandingkan bersama sama pemain lain.... Kalau kita perhatikan sebelum sebelum ini dalam perlawanan persahabatan juga tidak diturunkan,lepas itu mulalah jurulatih memberi alasan pemain tersebut tidak mempunyai fungsi dalam pasukan,walhal pemain tersebut hanya diberi peluang sekali sekala macam bagi duit raya setahun sekali sahaja.

Setahu teman seseorang pemain itu harus memiliki rakan gandingan untuk berlatih dan bermain bersama,barulah keserasian itu wujud.Seandainya dalam sesi latihan digandingkan antara pemain a dan b,janganlah pula ketika perlawanan sebenar gandingkan pemain a dan pemain z,itu taktikal kurang pandai.Apa yang menghairankan raja azlan gemar menurunkan pemain yang berjersi no 10 iaitu Nazri Kamal, dalam pemerhatian kami,Nazri kamal gemar bermain sendirian tanpa menghiraukan pergerakan rakan rakan dikiri dan kanan,corak permainan yang diterapkan oleh Nazri kamal hanya sesuai untuk perlawanan futsal.

Thursday, September 16, 2010

CABAR PAFA

Pihak pengadil dengan beraninya menganiaya pemain pemain dan penyokong Perak,dimana dengan sesuka suka hati menjatuhkan hukuman yang tidak sepatutnya kepada pemain dalam masa yang sama membuatkan emosi penyokong penyokong Perak ke tahap yang panas sepanjang permainan atau perlawanan dilangsungkan.

Contoh yang terbaru dimana pengadil yang mengadili pasukan Perak menentang pasukan ATM, Distadium Ipoh, dengan sengaja membiarkan pihak lawan menerjah dan mengasari pemain pemain Perak,lantas juga tiada sebarang tindakan yang dikenakan keatas pemain pemain lawan walhal kesalahan tersebut harus dikenakan hukuman kad Merah atau atas budi bicara pengadil tersebut kesalahan boleh dikenakan kad kuning.

Salah satu kesalahan yang tidak boleh diterima langsung dimana pemain ATM menerajang kaki pemain Perak dan selepas itu baru mencari bola,ianya berlaku betul betul dihadapan mata pengadil itu sendiri,tetapi pengadil menganggap ianya perkara yang tidak boleh dianggap satu kesalahan.

Pemain Perak yang dikasari dengan cara disiku oleh Pemain lawan juga tidak dianggap satu kesalahan,Masalahnya kini apabila pemain pertahanan pasukan Perak mengeluarkan bola fari kawasan bahaya,dan selepas tindakan tersebut baru kaki pemain tiba,ianya dianggap satu kesalahan yang serius dengan lantas pemain pasukan Perak dikenakan kad kuning,adakah tindakan pengadil tersebut adalah wajar.

Seandainya perkara sebegini rupa tidak lagi mahu berulang maka pihak pengurusan PAFA yang baru ini wajib membuat aduan ke pihak yang berwajib dan haruslah memastikan pengadil perlawanan yang bakal mengadili pasukan Perak selepas ini,pengadil yang benar benar bersih,cekap dan amanah.

Sekiranya perkara sedemikian tidak dilaksanakan oleh pihak pengurusan yang baru ini,jelas pengurusan yang ada pada hari ini gagal demi memastikan pemain pemain pasukan Perak bermain dengan penuh keseronokan disebabkan pasti mereka ini akan dianiaya oleh pengadil lagi.

Monday, August 23, 2010

PENGURUSAN BERJANJI???

Kini pasukan Perak mula menunjukkan satu prestasi yang amat amat dibanggakan. Dimana pemain pemain mula memainkan peranan masing masing dan memastikan sepanjang perlawanan persahabatan yang diadakan diakhiri dengan kejayaan,mungkin ini adalah langkah pertama untuk membuktikan sesuatu kepada pengkritik diluar sana.

Sebelum itu mari kita kenangkan semula 6 perlawanan terakhir pasukan Perak yang telah kembali bernyawa untuk terus perjuangan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal menyusul kira kira tak sampai 20 hari lagi. Apa yang menariknya, ketika perlawanan pertama yang dihadapi pasukan Perak dibawah kepimpinan yang baru setelah tamatnya saingan Piala Dunia,ketika itu pasukan Perak menjadi tuan rumah untuk menentang pasukan yang kononnya terkuat di Malaysia iaitu Pasukan Selangor, dimana pengurusan telah berjanji akan membawa pemain pemain ke bandung seandainya pasukan berjaya mengutip mata sebanyak 12,namun jelas pasukan hanya mampu mengutip 11 mata sahaja. Namun ianya dikhabarkan tetap akan diteruskan.

Apa yang menariknya pada kali ini,janji kedua telah ditaburkan lagi....dimana pasukan akan dibawa terbang ke MANCHESTER UNITED....... seandainya pasukan Perak menjuarai Piala Malaysia musim 2010.......mampukah ianya dilaksanakan.... sama sama kita lihat

Friday, August 13, 2010

Peruntukan RM32j FAM belum diguna

13/08/2010
sumber berita harian

KEKANGAN kewangan didakwa dihadapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam melaksanakan kegiatan tahun ini mencetus persoalan berikutan jumlah RM44 juta yang masih tersimpan dalam kantung badan induk itu sejak akhir tahun lalu.

Lebih menghairankan, RM32 juta itu diperuntukkan untuk program pembangunan bola sepak, tahun ini masih belum disentuh dengan jumlah itu adalah tiga kali ganda tabung pembangunan bola sepak diilhamkan Kementerian Belia dan Sukan selepas kemenangan skuad Bawah 23 tahun di Sukan Sea 2009.
Dengan jumlah itu, FAM sudah pasti tidak bergantung kepada ihsan kerajaan menjalankan aktiviti pembangunan dan tidak sepatutnya berdepan masalah mendapatkan pembiayaan menghantar Harimau Muda A untuk kunjungan latihan kedua ke Slovakia.
Difahamkan, masalah kewangan disebut-sebut sebagai punca mengapa barisan Bawah 21 kebangsaan yang kini dibimbing Ong Kim Swee terlepas untuk beraksi dalam Liga Divisyen Satu di Slovakia yang sudah bermula pada pertengahan bulan lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi menjelaskan RM32,454,395 dikhaskan bagi pembangunan sebenarnya diperuntukkan untuk infrastruktur pejabat baru FAM di Janda Baik, Pahang.

Jumlah itu sebenarnya untuk projek di Janda Baik. Jawatankuasa Kewangan yang menentukan perbelanjaan dan saya tidak boleh bercakap panjang lebar mengenainya, katanya.

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN.......



Alhamdulillah dimana Allah mengizinkan kita terus berada dimuka bumi ini,untuk bertemu dengan bulan yang dinanti nantikan seluruh umat islam didunia ini iaitu Bulan Ramadhan.
Dimana bulan ini adalah bulan ibadah,bulan yang paling mudah untuk kita beribadah tanpa ganguan syaitan yang jahanam.

Oleh itu pihak SukanUntukSemua ingin mengambil peluang disini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran.Pihak kami juga medoakan kepada seluruh umat islam diluar sana kehidupan anda semua diberkati dan di rahmati.

Sunday, August 8, 2010

KONGRES TAHUNAN PAFA YANG KE 52

7 OGOS 2010

12.40 TENGAHARI

HERITAGE HOTEL IPOH
(maklumat dari laman web www.seladang.net)
------------------------------------------

Kongres tahunan pafa yang ke 52 telahpun selesai dan berjalan lancar. Majlis dipengerusikan oleh En Aziz Yeop Jamaluddin.Beberapa muka baru telah mewarnai kepimpinan PAFA kali ini.

Apa yang mengejutkan dimana jawatan Presiden,Timbalan Presiden,Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2 tiada pencabar,dan mereka yang menang adalah menang tanpa bertanding.

Dua individu yang menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden ialah En Ishsam Shahruddin dan En Aziz Yeop Jamaluddin.

Ini adalah senarai di dalam pengurusan PAFA yang baru:

Presiden : Dato Zainol Padzi Paharuddin
Timbalan Presiden : Dato Seri Abdullah Hisan
Naib Presiden 1: Khairuddin Bin Ahmad
Naib Presiden 2 : YB DRS Nizar Bin Zakaria

9 Ahli Majlis yang menang bertanding

1 - Hj Joharudin bin Johar Ali
2 - Hj Anuar Salim Bin Moen
3 - Roslan Bin Zainal Abidin
4 - Zainal Anuar Bin Abdul Rashid
5 - Hj Baharin Bin Khamis
6 - Nor Azizi Bin Mohd Din
7 - M.Subramaniam
8 - Hashim Bin Yeob Nordin
9 - G.Iruduanathan

Harapan kami sebagai penyokong yang setia kepada pasukan bukan kepada pengurusan sahaja,diharapkan akan ada peningkatan prestasi dari segi kebajikan,kedudukan pasukan dan tidak lagi akan terwujudnya masalah kewangan,walaupun diberitahu oleh Tuan Presiden sendiri dimana PAFA kini menanggung hutang piutang dari tahun 2004 hingga 2008,sejumlah Rm 4 Juta,jangan jadikan ianya alasan.

Diharapkan juga setiap daerah memainkan peranan yang paling besar terhadap pasukan,dimana mencari bakat bakat baru untuk diketengahkan demi mengembalikan nostalgia yang digeruni terhadap pasukan.