Friday, August 13, 2010

Peruntukan RM32j FAM belum diguna

13/08/2010
sumber berita harian

KEKANGAN kewangan didakwa dihadapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam melaksanakan kegiatan tahun ini mencetus persoalan berikutan jumlah RM44 juta yang masih tersimpan dalam kantung badan induk itu sejak akhir tahun lalu.

Lebih menghairankan, RM32 juta itu diperuntukkan untuk program pembangunan bola sepak, tahun ini masih belum disentuh dengan jumlah itu adalah tiga kali ganda tabung pembangunan bola sepak diilhamkan Kementerian Belia dan Sukan selepas kemenangan skuad Bawah 23 tahun di Sukan Sea 2009.
Dengan jumlah itu, FAM sudah pasti tidak bergantung kepada ihsan kerajaan menjalankan aktiviti pembangunan dan tidak sepatutnya berdepan masalah mendapatkan pembiayaan menghantar Harimau Muda A untuk kunjungan latihan kedua ke Slovakia.
Difahamkan, masalah kewangan disebut-sebut sebagai punca mengapa barisan Bawah 21 kebangsaan yang kini dibimbing Ong Kim Swee terlepas untuk beraksi dalam Liga Divisyen Satu di Slovakia yang sudah bermula pada pertengahan bulan lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi menjelaskan RM32,454,395 dikhaskan bagi pembangunan sebenarnya diperuntukkan untuk infrastruktur pejabat baru FAM di Janda Baik, Pahang.

Jumlah itu sebenarnya untuk projek di Janda Baik. Jawatankuasa Kewangan yang menentukan perbelanjaan dan saya tidak boleh bercakap panjang lebar mengenainya, katanya.

No comments:

Post a Comment